Daulat Tuanku. Daulat Taunku. Daulat Tuanku. Merafak sembah dan setinggi ucapan tahniah buat Sultan dan Tunku Ampuan Pahang atas pertabalan sebagai Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke 16.

Hari ini, 30 Julai 2019 adalah tarikh rasmi pertabalan DYMM Yang di-Pertuan Agong ke 16 Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah Shah dan juga Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.

Biodata DYMM Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong 16

Biodata DYMM Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong 16
Post kali ini saya nak berkongsi dengan anda semua beberapa fakta serta kisah menarik DYMM Agong 16 yang baharu, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan juga permaisuri baginda Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Ada banyak info menarik berkaitan pasangan diraja ini yang sangat disenangi rakyat jelata khasnya rakyat negeri Pahang. In Sha Allah, dapat sama-sama ambil manfaat dan pengetahuan am mengenai Agong ke 16 ini.

Biodata DYMM Yang di-Pertuan Agong 16 - Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

Biodata DYMM Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong 16
  • Gelaran dan Nama Sebagai Sultan Pahang - Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah
  • Keputeraan pada 30 Julai 1959 di Istana Mangga Tunggal, Pekan, Pahang

Latar Pendidikan DYMM Agong 16

  • 1965 : Pra-sekolah di Sekolah Clifford, Kuala Lipis, Pahang
  • 1966 – 1969 : Sekolah Kebangsaan Ahmad, Pekan, Pahang.
  • 1970 – 1974 : Sekolah Rendah Kebangsaan St Thomas dan Sekolah Menengah Kebangsaan St Thomas, Kuantan, Pahang
  • 1975 – 1977 : Aldenham School, Elstree, Hertfordshire, United Kingsdom; Davies College, London, United Kingdom.
  • 1978 – 1979 : The Royal Military Academy Sandhurst, United Kingdom
  • 1980 – 1981 : Worchester & Queen Elizabeth College, United Kingdom. Dianugerahkan Diploma In International Relations And Diplomacy Ketenteraan
  • 1980 : Leftenan Muda, Royal Military Academy, Sandhurst, England (ditauliahkan oleh Ratu Elizabeth II)
  • 1980 : Kapten Pasukan Kor Kavelri Diraja Malaysia.
  • 1 Mei 1999 : Leftenan Kolonel, Rejimen 505 Askar Wataniah
  • 1 Jun 2000 : Kolonel Rejimen 505 Askar Wataniah
  • 1 April 2004 : Brigadier Jeneral, Komander Rejimen 505 Askar Wataniah



Pelantikan Tengku Mahkota Pahang

1 Julai 1975, Baginda dilantik menjadi Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang dan kemudiannya dimasyhurkan pada 23 Oktober 1977 di Istana Abu Bakar Pekan.

Pelantikan Pemangku Raja Pahang

Baginda pada usia 20 tahun dilantik menjadi Pemangku Raja Pahang pada 28 April 1979, untuk tempoh lima tahun iaitu selama tempoh Seri Paduka Ayahanda Baginda, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah, menjadi Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong VII.

Pada 8 Disember 2016, Baginda sekali lagi dilantik menjadi Pemangku Raja Pahang sehingga 11 Januari 2019 iaitu setelah Jumaah Pangkuan Diraja Negeri memutuskan untuk melantik baginda sebagai Sultan Pahang Keenam.

Penglibatan dalam Sukan

Baginda begitu meminati bidang sukan dan ketika di England, baginda mengetuai Pasukan Polo Diraja Pahang dalam perlawanan antarabangsa di Windsor Polo Club, England, seterusnya mengambil bahagian dalam pertandingan di Singapura, Manila, Filipina, Brunei, Argentina, Amerika Syarikat, Sepanyol dan Belgium.

Di Pekan, Baginda menubuhkan pasukan bola sepaknya sendiri dinamakan Pasukan Sri Mahkota Alam dan Baginda juga meminati sukan lain seperti golf, go-kart dan penerbangan ultralight.

Jawatan Disandang


  • Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang
  • Yang Dipertua Badan Kebajikan Kerabat-Kerabat Negeri Pahang
  • Canselor Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
  • Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  • Canselor Universiti Automotif DRB-HICOM Malaysia
  • Bola Sepak : Ahli Majlis Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF), Ahli Jawatankuasa Eksekutif FIFA
  • Pernah menyandang jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)
  • Presiden Persekutuan Hoki Malaysia, Presiden Persekutuan Hoki Asia, Ahli Lembaga Eksekutif Persekutuan Hoki Antarabangsa
  • Presiden Persatuan Polo Diraja Malaysia (RMPA), Presiden Kelab Polo Diraja Pahang (RPPC)
  • Presiden Kelab Skuasy Pahang (PSC)
  • Presiden Kelab Golf Diraja Pahang (RPGC)
  • Presiden Kelab Menembak Diraja Pahang
  • Pengerusi Jawatankuasa Penganjur 1997 FIFA World Youth Championship
  • Ahli Jawatankuasa Penganjur 2003 FIFA Confederations Cup, Paris
  • Pengerusi Jawatankuasa Penganjur 2011 FIP Polo World Cup, Malaysia
  • Pengerusi Jawatankuasa Penganjur 2012 FIH Congress, Kuala Lumpur
  • Pengerusi 2015 AFC Asian Cup Australia
  • Ahli Jawatankuasa Penganjur 2018 World Cup, Russia

Biodata DYMM Seri Paduka Raja Permaisuri Agong 16 - Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah

Biodata DYMM Seri Paduka Raja Permaisuri Agong 16 - Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah


  • Gelaran dan nama - Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Al-Marhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj
  • Diputerikan pada 5 Ogos 1960 di Istana Bukit Stulang, Johor Bahru, Johor
  • Merupakan puteri ketiga kepada Almarhum Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail dengan Enche' Besar Hajah Kalsom Abdullah dan dibesarkan oleh Tunku Zanariah Tengku Ahmad.
  • Ini menjadikan baginda adinda kepada Sultan Johor terkini, Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar.
  • Diijabkabul dengan DYMM Agong 16 - Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah pada 6 Mac 1986 
  • Gelaran Tengku Ampuan Pahang, dan bukan Sultanah Pahang disebabkan darah keturunan. Ia adalah gelaran khas berlandaskan kepada Perkara 12A. (1) Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang berbunyi: ‘Raja pemerintah boleh melantik isterinya menjadi Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang dengan syarat bahawa dia adalah seorang daripada bangsa Melayu, yang berdarah raja, yang beragama Islam dan perkahwinannya dengan raja pemerintah adalah sah menurut hukum syarak dan undang-undang yang berkuat kuasa pada masa perkahwinan itu dilangsungkan.  

Latar Pendidikan Raja Permaisuri Agong 16

  • Pendidikan awal di Sekolah Perempuan Rendah Sultan Ibrahim, Johor Bahru dan meneruskan pendidikannya ke peringkat menengah di Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru.
  • Baginda kemudiannya melanjutkan pelajaran di Universiti Nasional Singapura.
  • 1963-1966 : Taman Kanak-Kanak Tengku Ampuan Besar Meriam, Johor Bahru
  • 1967-1972 : Sekolah Perempuan Rendah Sultan Ibrahim, Johor Bahru
  • 1973-1979 : Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru
  • 1982-1983 : Universiti Nasional Singapura (NUS) (Sains Politik dan Sosiologi)

Pengalaman dan Jawatan

  • Pernah mengikuti pendidikan masakan tidak formal di Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim (IPGKTI).
  • Ada buku resipi sendiri, "Air Tangan Tengku Puan Pahang" dan "Masakan Tradisional Pahang
  • Tunku Azizah menubuhkan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) pada Ogos 2004 bagi membantu wanita-wanita yang hadapi masalah mendapatkan zuriat.
  • Penaung Diraja Sahabat Asia Pasifik Persatuan Pandu Puteri Negeri Pahang, Pengakap Puteri Sedunia serta merupakan Naib Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
  • Tunku Azizah turut menjadi Pengerusi Persatuan Badminton KDYTM Tengku Ampuan Pahang (Pertap)
  • Pemegang Amanah Yayasan Istana Abdulaziz (YIA)
  • Penaung Diraja AP di Hong Kong.
  • Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Tenun Pahang Diraja Negeri Pahang
  • Penaung Yayasan Tenun Pahang Diraja
  • Naib Yang Dipertua PPPM Peringkat Kebangsaan (1999-2011)
  • Pengerusi Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Negeri Pahang
  • Ahli Lembaga Pengarah The Olave Baden-Powell Society Peringkat Dunia
  • Canselor Diraja Universiti Kolej Berjaya
  • Canselor Diraja Universiti Kolej Yayasan Pahang
  • Presiden Serantau untuk Asia Tenggara dan Timur Jauh, Persatuan Wanita Desa Sedunia (2010-2016)
  • Timbalan Presiden Jawatankuasa Bangsa-Bangsa Bersatu, Persatuan Wanita Desa Sedunia (2007- 2010)
  • Penaung Diraja Persatuan Jurumasak Pantai Timur dan Malaysia
  • Penaung Diraja Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia
  • Patron Trefoil Guild Pahang (2001)
  • Pernah viral di laman sosial apabila seorang penjual durian di Pulau Pinang secara tidak sengaja memanggil Tunku Azizah dengan gelaran 'Kak’. Kejadian tersebut berlaku ketika baginda sedang dalam lawatan tidak rasmi ke Pulau Pinang.
  • Kisah baginda viral sekali lagi di media sosial apabila kenderaan diraja yang dinaikinya tersadai di tepi jalan, akibat dari tayar pancit
  • Pernah mendapat surat penghargaan daripada banduan yang mengikuti latihan produk bawah label Tenun Pahang Diraja. Dalam surat itu tertulis, "Tuanku, seorang pemimpin yang benar-benar berjiwa rakyat kerana sudi mencemar duli bertemu dan memberi tunjuk ajar kepada patik semua walaupun patik semua adalah banduan yang sedang menjalani hukuman di penjara."
Surat viral kepada permaisuri agong 16

Putera-Puteri DYMM Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong 16

Gambar keluarga diraja DYMM Agong 16
Biodata DYMM Agong 16
Pasangan Di-Raja ini mempunyai 4 orang putera dan 5 puteri. Anakanda putera dan puteri baginda DYMM adalah:
  1. Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah
  2. Tengku Puteri Iman Afzan
  3. Tengku Puteri Ilisha Ameera
  4. Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
  5. Tengku Puteri Ilyana
  6. Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah
  7. Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah
  8. Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah
  9. Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah

Daulat Tuanku.

Sumber: Portal Di-Raja Pahang, Instagram dan BHarian Online

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Daulat Tuanku. Semoga Allah s.w.t kurniakan kesihatan yang baik buat Tuanku dan keluarga :)

    ...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement