Jangan Marah Lelaki Suka Pada Perempuan Cantik

AI Trade
Jangan marah lelaki yang suka pada perempuan cantik lawa, hatta lelaki tersebut seorang yang bergelar suami kepada seorang wanita lain. Ini hakikat dan merupakan naluri semulajadi seorang lelaki. Wujudnya perempuan adalah kerana kehendak lelaki. Nabi Adam a.s memohon pada Allah S.W.T untuk diberikan pasangan, iaitu seorang perempuan.

Jangan Marah Lelaki Suka Pada Perempuan Cantik

Jangan Marah Lelaki Suka Pada Perempuan Cantik
Jangan Marah Lelaki Suka Pada Perempuan Cantik
Ya, hakikat seorang lelaki memang suka pada perempuan. Ia sejak azali lagi. Janganlah marah andai suami itu suka melihat pada perempuan cantik. Ia memang sifat hakiki lelaki, walaupun lelaki itu bergelar pak imam masjid sekalipun.

Tanyalah mana-mana lelaki yang tulen, dia pasti akan kata suka pada perempuan cantik. Sebaliknya, kalau ditanya pada perempuan, belum tentu mereka akan kata suka pada seorang lelaki yang cantik .. hoho .. ekekeke...

Bila dah tahu bahawa sifat seorang lelaki itu suka pada perempuan, apatah lagi perempuan itu punyai kejelitaan; maka para isteri sepatutnya dah tahu cara untuk memikat suaminya untuk terus menyukai. Benda simple je. Cantikkan diri.

Jika seorang isteri ingin nampak cantik di mata rakan pejabat, sahabat handai dan pada sedara mara .. kenapa tidak mahu nampak cantik dan jelita pada mata suami?

Perempuan Cantik Ada Di Mana-Mana .. Tetapi ...

Bila isteri kata suaminya mata keranjang kerana melihat perempuan lain, tengok balik pada diri.

Sekali lagi, saya nak tekankan bahawa lelaki memang suka melihat perempuan cantik.

Lelaki tak memilih untuk selidik keturunan, agama, latar pendidikan hanya untuk melihat seorang perempuan cantik. Perempuan cantik ada di mana-mana.

Tetapi, seorang lelaki pasti akan memilih seorang perempuan yang bukan setakat cantik di matanya, malah cantik pada budi pekerti, pada siasah dirinya, pada keperibadian yang segalanya in Sha Allah baik andai bertunjangkan agama apabila tiba untuk memilih seorang isteri.

Itulah kelebihan seorang isteri dari seorang perempuan cantik.

Perempuan cantik setakat untuk dipandang lelaki. Tetapi isteri yang cantik akan dapat peluang untuk masuk syurga hanya dengan redha suaminya.
[post_ads]

Lelaki Suka Perempuan Cantik Adalah Sejak Azali

Ok.

Akan ada yang tanya ... "I dah cuba cantikkan diri, pergi spa, buat lansingkan badan, pakai pakaian yang suami suka..tetapi suami masih suka nak lihat perempuan lain. Kenapa?".

Sukar nak jawab sebenarnya. Keinginan seorang manusia yakni lelaki berbeza.

Ada lelaki rasa cukup dengan seorang wanita cantik jelita di dalam hidupnya. Ada segelintir lagi ... mungkin rasa tak cukup. Seperti seorang perempuan, yang tak puas memiliki hanya sepasang beg tangan jenama Gucci atau dua tiga set pinggang mangkuk jenama Itali.

Seperti awal saya beritahu, ini adalah sifat lelaki. Lelaki berkehendakkan perempuan. Itu sebab Allah S.W.T tunaikan permintaan Nabi Adam a.s. untuk hadirkan diri Hawa a.s dari rusuk kiri Adam.

Kisah Hawa a.s Diciptakan

Tahukah anda bahawa Nabi Adam a.s terlebih dahulu bermimpikan Hawa?

Dalam mimpi itu, Nabi Adam a.s terlihat susuk tubuh cantik seorang perempuan, iaitu Hawa a.s yang menjadi keinginannya untuk berpasangan, untuk menemaninya di syurga.

Menurut apa yang diriwayatkan ... "ketika itu Adam a.s turun dari atas mimbar, dan duduk di antara para malaikat. Kemudian Allah S.W.T menidurkannya. Di dalam tidurnya, Adam bermimpi melihat susuk Siti Hawa (saat sebelum Hawa diciptakan). Kecantikan Hawa, membuat Adam jatuh hati."

Anda tak rasa pelik?

Nabi Adam a.s berada di dalam syurga. Ketahuan pada semua, semua benda ada di dalam syurga. Minta apa sahaja dalam syurga, pasti akan dapat, in Sha Allah. Tapi Allah S.W.T tidak sediakan pasangan untuk Nabi Adam.

Nabi Adam a.s boleh jadi jutawan, boleh ada emas, boleh makan macam-macam, boleh rasai pelbagai nikmat tetapi Nabi Adam a.s tiada pasangan. Nabi Adam a.s sunyi.

Dalam kisah Nabi Adam a.s ini, seorang lelaki terpikat kerana cantiknya perempuan yang dilihatnya dalam mimpi. Ya, sejak Nabi Adam a.s diciptakan oleh Allah S.W.T, memang sifat seorang lelaki sukakan pada perempuan cantik itu telah ada, telah wujud. Tak boleh nafi.

Suka saya nak tegaskan di sini, Nabi Adam a.s tidak minta untuk diadakan pasangan yakni Hawa a.s kerana nafsu, tetapi lebih kepada untuk menjadi pasangannya memenuhi rasa sepi berada di dalam syurga.

Jadi, mengapa perlu marah pada lelaki yang suka pada perempuan cantik? Itu memang dah sifat mereka. Tak boleh nafi.

Cantik. Semua orang suka pada benda cantik. Hatta pada mata seorang bayi yang tak tahu apa-apa pun akan berikan reaksi suka pada benda yang cantik dan menarik. Ini fakta.

Tetapi, para isteri mungkin boleh marah .. jika ..

Hanya jika seorang lelaki yang telah dikahwini seorang perempuan bergelar isteri, melihat seorang perempuan cantik yang lain dengan rasa penuh syahwat dan keinginan seksual. Ya, ini mungkin boleh jadi punca untuk seorang isteri marah pada lelaki yang sudah sah menjadi suaminya.

Tetapi ...

Ada tetapi lagi??

Tetapi bolehkah seorang perempuan bergelar isteri berasa marah jika si suaminya melihat seorang perempuan lain dengan penuh rasa ghairah dan syahwat andai perempuan lain tersebut juga merupakan isteri kepada suaminya? (madu).

Dah tentu tidak boleh. Jika redha, lagi bagus.

Dan buat lelaki pula, bila melihat seorang perempuan cantik lain dengan penuh rasa nafsu, ia boleh merupakan satu dosa.

Tips Memikat Lelaki

Mahu melihat perempuan cantik lain, lihatlah tetapi ingatlah bahawa sebaik-baik wanita adalah yang menjadi isteri iaitu peneman ketika susah dan senang, yang bakal memberikan zuriat, yang akan mendoakan kesejahteraan, dan yang akan mendoakan suami ketika si suami sudah tiada lagi di sisi.

Sebaik isteri adalah yang taat pada suami kerana agama. Dan sebaik lelaki adalah yang menjadi khalifah, pemimpin, seorang suami yang memimpin isteri dan keturunannya menuju ke arah syurga Allah S.W.T.

Jangan marah lelaki suka pada perempuan cantik.


[post_ads_2]
Buat isteri, jadilah lebih baik daripada perempuan cantik itu.. kerana jauh dalam sudut hati seorang lelaki bergelar suami itu, mereka hanya perlu seorang teman sehidup semati yang boleh didampingi secara sah dan halal sepertimana Nabi Adam a.s di saat berada di dalam syurga.

Allahualam.

p.s: Gambar Emma Maembong sekadar penyeri...



Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

6 Comments

  1. Setuju... Sebagai perempuan dan isteri memang kena jaga penampilan diri di hadapan suami..

    ReplyDelete
  2. mmg lumrah lelaki suka pada perempuan. tapi kalau ayah syafi tgk lelebih mama cubit dia haha.. mama pun suka juga perempuan cantik dan lelaki tampan. macam mana tu? haha

    ReplyDelete
  3. Memang lelaki suka kepada perempuan jelita. Perempuan kena le jaga penampilan diri untuk suami. Semuanya kena tip top le baru jelita.

    ReplyDelete
  4. setakat pandang perempuan cantik tak pelah bagi yang sudah beristeri terutama kalau sekali pandang..

    jangan pula dua kali pandang..

    itu dah masuk dosa..

    cara terbaik ..isteri wajar juga cantik dan suami harus banyak duit..

    barulah adil

    ReplyDelete
  5. Tak salah melihat keindahan ciptaan-Nya! nak suami tengok isteri sorang je, cantikkan diri..minta sponsor suami..apa salahnya kan kikiki!

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.