Nak tukar sofa atau kerusi meja makan kepada yang baharu? Tunggu dulu! Cuba gunakan sarung kerusi atau sarung sofa, in Sha Allah, kerusi dan sofa yang dah kelihatan kusam dan pudar boleh nampak seakan baharu, cantik dan menarik.

Anda tak perlu berbelanja besar untuk dapatkan set sofa atau kerusi meja yang 'baharu'. Dengan menggunakan sarung kain elastik, anda boleh tukarkan penampilan set sofa dan juga set kerusi menjadi seakan set yang baharu.

Sarung Kerusi dan Sofa Elastik - Cara Mudah Untuk Cantikkan Kembali Set Sofa atau Kerusi Yang Nampak Kusam

Sofa cover
Sebenarnya cara dan teknik meletakkan sarung ni dah lama dipraktikkan, terutama dalam majlis kenduri-kendara di Malaysia. Malah, teknik ini memang popular di luar negara terutama di United Kingdom.

Mereka tak buang atau ganti sofa atau kerusi yang dah nampak lapuk, tetapi menyarungkannya dengan sarung kain berelastik untuk tutup 'kekurangan' yang ada. Satu cara jimat dan memastikan jangka-hayat sofa dan juga kerusi kekal lebih lama.



Isteri saya baru sahaja praktikkan teknik ini untuk perelokkan keadaan sofa dan kerusi di rumah kami. Sarung elastik ini isteri saya beli secara online dari beberapa seller di Shopee.

Kain Jenis Elastik atau Spandex

Sarung ini dari kain jenis elastik. Ada banyak pilihan dengan corak dan warna menarik yang boleh dipilih. Saiz pula adalah mengikut jenis kerusi. Bagi memilih sarung sofa, ia disediakan dalam saiz berdasarkan set sofa - single seat, double seater sofa, three seaters dan four seaters sofa.

Sofa cover
Sofa cover
Ada seller yang letakkan saiz khusus tertentu dalam sentimeter, jadi kena lihat spesifikasi produk ini ketika mahu membeli. Secara amnya, anda boleh ukur berdasarkan jumlah kerusi untuk pilih sarung sofa yang bersesuaian.

Manakala untuk kerusi, rata-rata sarung kerusi adalah free size. Cuma kena lihat samada bentuk fizikal kerusi itu adalah sesuai dan hampir sama dengan apa yang dimiliki. Samalah juga untuk pilih sarung elastik untuk sofa anda, kena lihat pada gambar disediakan seller untuk elak tersilap beli.

[Pernah Baca?] 9 Tips Untuk Beli Perabot Mewah Murah di China

Beli Secara Online di Shopee Kerana Banyak Pilihan Menarik dan Murah

Kalau anda masuk ke laman web Shopee, memang banyak penjual yang menjual produk sarung elastik kusyen atau sarung sofa dan kerusi ini. Pelbagai pilihan disediakan berdasarkan kepada corak dan warna.

Sofa cover
Sofa cover
Ada corak printing 3D, corak abstrak, corak bunga mahupun warna kosong. Ikut selera masing-masing, dan kesesuaian dekorasi dalam rumah.

Tips Pilih Sarung Elastik untuk Kerusi atau Sofa

Untuk memilih sarung sofa atau kerusi yang sesuai, pastikan deskripsi berikut ada dinyatakan:
  1. Kain mesti dari jenis elastik atau ada ciri spandex - jadi ia mudah nak disarungkan dan tidak berkedut. Ia juga untuk pastikan sarung tersebut meliputi keseluruhan ruang sofa atau kerusi yang ingin disarungkan.
  2. Saiz am dinyatakan bersandarkan kepada bentuk fizikal sofa atau kerusi.
  3. Ada gambar tunjukkan bentuk sofa atau kerusi yang telah disarungkan.
  4. Kain boleh dan senang dibasuh.
  5. Mesti ada tali pengikat pada sarung terutama untuk bahagian bawah sofa atau kerusi.
  6. Kain yang lembut, selesa dan tebal.
  7. Diberikan foam khas untuk tegangkan sarung. 
  8. Hujung pada setiap sarung ada getah.



Okeh.

Saya tak dapat nak syorkan mana satu penjual yang bagus di Shopee yang menjual produk ini, sebab isteri saya pun beli dari pelbagai penjual - setiap penjual tersebut menyediakan corak dan warna yang berbeza dan semuanya cantik-cantik belaka.

Jadi, untuk bantu anda pilih penjual yang bagus, lihat ruangan komen atau review yang ada disediakan gambar. Dari situ, setidaknya anda akan jumpa set sofa atau kerusi yang hampir sama dengan apa yang ada di rumah.



Memang puas hatilah bila gunakan sarung ni. Fabrik pun lembut, jadi bila duduk terasa sangat selesa. Sangat sesuai kalau dibalut pada jenis sofa kulit atau 'plastik' yang dah pudar warna tu.

Tak tahu cara nak pasang? Boleh lihat dan tonton video di bawah ini.

Video Cara Pasang Sarung Elastik Pada Sofa


1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. menarik perkongsian ni. tapi kena jadi kreatif. kalau buat macam tembak peluru tabur pun tak boleh.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement