Dan untuk post ini, saya kongsikan sekali lagi agar dapat bantu ramai lagi mengetahui mengenai lubuk membeli perabot yang dianggap terbaik di China. Semua catatan di bawah adalah perkongsian oleh Abang Lid, penulis dan pemilik Buku serta DVD Teknik Forex Sebenar.
9 Tips Untuk Beli Perabot Murah Fooshan
Sebelum baca post di bawah ini, pastikan anda dah baca dulu post sebelumnya - Lecong, Fooshan Lubuk Perabot Murah Berkualiti Di China
Oh ya, post ini masih lagi baharu sangat, sekitar awal Mac 2016 (dibandingkan dengan waktu entri ini ditulis). Ia telah menjadi post yang viral di Facebook, dan telah dikongsikan hampir 12,000 kali! Jika anda belum mengetahuinya, maka bolehlah baca perkongsian Abang Lid di bawah ini.
===
Kat mana ni? Macam mana nak ke sana?
Kat Lecong Furniture Market, dalam Foshan. Naik flight turun di Baiyun Airport (Guangzhou), kemudian naik teksi direct ke Lecong dalam 1 jam perjalanan. Tambang dalam 200-300 yuan (RM130-195). Kos flight around RM500-800+ sehala.
Anda perlukan Visa untuk masuk China. Caj buat Visa RM150. Kalau buat sendiri dekat RM90 gak. Better suruh agensi tolong buat lagi senang. Seeloknya 2 minggu sebelum pergi dah kena submit.
Hotel yang terdekat?

Ada restoran makanan halal tak kat sana?

Betul ke diorang tak pandai cakap English?
Ya, memang betul tapi tak semua. Ada juga yang faham basic english. Penyelesaiannya mudah saja, install apps Google Translate. Taip kat situ apa anda nak tanya, lepas tu nanti dia taip balik kat handphone anda. Make sure keyboard tu dah set Chinese (simplified) siap-siap ye. Diorang cakap Mandarin. Kalau anda pandai cakap Mandarin memang ia satu kelebihan besar.
Harga memang murah giler ke kat sana?


[Baca] Buat Duit Dengan Sublet - Sewa atas SewaSatu lagi, anda hanya perlu bayar deposit sahaja. 5-30% dari total purchase. Balance hanya perlu dibayar bila stok dah ready untuk dihantar ke port di Guangzhou. Anda boleh gunakan Telegraphic Transfer atau nak lagi senang, gunakan saja khidmat agent.
Macam mana flow nak beli barang ni?
Pilih nak beli apa > bayar deposit > ambil resit dan tunggu barang dah ready untuk dihantar ke port Guangzhou > bayar balance & caj penghantaran > barang sampai port Guangzhou untuk pengumpulan dan inspection > hantar melalui kapal ke Port Klang dan seterusnya ke rumah anda
Caj penghantaran berapa? Kena bayar cukai kastam atau caj-caj lain? Bila barang boleh sampai?
Inii soalan popular, hahaha. Caj penghantaran murah je, RM390 per cubic meter (1m x 1m x 1m). Kalau sofa mungkin makan ruang 2 cubic meter. Caj ni dah termasuk cukai dan lori ke pintu rumah anda dah. (Ground floor sahaja ye)

Barang dijangka sampai dalam tempoh 3 minggu setelah keluar dari Guangzhou, tertakluk kepada kelancaran pemeriksaan kastam.
Macam mana saya nak pastikan barang saya dapat tu memang ikut apa saya nak? Takut beli lain tapi sampai lain pulak.
Senang je, dont worry. Anda dinasihatkan ambil khidmat inspection atau pemeriksaan barang di Guangzhou. Agent boleh tolong, caj 3% sahaja dari harga barang. Kalau tak sama spec macam yang dibeli mereka akan suruh supplier tukar. Semua barang dah ok baru diorang akan hantar ke Malaysia.
Tak takut kena tipu ke beli barang kat sana?
Untuk kurangkan risiko kena tipu tu lah kena guna khidmat inspection tu. Anyway, setuju kan kalau saya kata peniaga Malaysia atau China, dua-dua pun kita boleh menipu juga. Kan? Hehehe 😅
Terima kasih, semoga bermanfaat
Tolong SHARE & TAG kawan-kawan ye, especially yang baru nak pindah rumah tu. Ramai lagi yang tak tahu pasal lubuk perabot ni.
KHALID HAMID @ ABANG LID
www.ForexSebenar.com
===
Nak tahu lebih detail tak bagaimana nak beli perabot murah dari China ni? Ada panduan sudah disediakan oleh Abang Lid.
Jika berminat, boleh dapatkan secara PERCUMA versi ebook. Klik pada butang di bawah ini ye.
Ok .. best kan perkongsian daripada Abang Lid ni? Memang mantap .. harapnya lebih ramai rakan, samada baru berkahwin, yang baru beli rumah, yang baru nak masuk rumah, yang menjadi usahawan perabot, yang menjadi usahawan sublet, usahawan homestay .. dan dropship ambil peluang dan pengetahuan ini.
Terima kasih Abang Lid. Boleh follow Abang Lid di FB di sini - https://www.facebook.com/khalidtfs
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.
**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**