Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Yayasan Bank Rakyat

Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Yayasan Bank Rakyat  adalah merupakan sebuah produk pembiayaan pendidikan yang ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang layak dan telah mendapat tawaran bagi meneruskan pengajian ke peringkat institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta. Ia merangkumi Sijil dan Diploma Kemahiran, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Profesional, Ijazah Sarjana dan juga Doktor Falsafah.

PPBU bertujuan untuk menaikkan taraf sosio-ekonomi rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan dengan memberikan peluang kepada pelajar yang layak namun tidak berkemampuan untuk mendapatkan pembiayaan pendidikan.

Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Yayasan Bank Rakyat

Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah
Buat mereka yang ada masalah kewangan untuk sambung pengajian ke peringkat lebih tinggi, memang disyorkan untuk memohon pembiayaan pendidikan ini. Menurut beberapa rakan blogger yang ada menulis mengenai PPBU ini, pembiayaan ini dianggap lebih baik daripada pembiayanan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).


Syarat Umum

Syarat umum untuk membuat permohonan PPBU adalah seperti berikut:
  1. Terbuka kepada rakyat Malaysia yang miskin tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan.
  2. Berkelayakan untuk melanjutkan pelajara secara sepenuh masa di IPT, IPTS dan Institut Latihan Awam/Swasta (ILA/ILS) di dalam Malaysia yang diiktiraf.
  3. Umur kelayakan adalah 18 tahun ke atas.

Jumlah Pembiayaan Serta Tempoh Pembiayaan

Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah

  • Sijil Kemahiran - RM14,760 (Tahap 1/Tahap 2)
  • Diploma Kemahiran - Sehingga RM30,000 (3 Tahun)
  • Diploma UiTM - RM15,000 (3 Tahun)
  • Diploma Bukan UiTM - RM22,500 (3 Tahun)
  • Ijazah Sarjana Muda UiTM - RM28,000 (4 Tahun)
  • Ijazah Sarjana Muda Selain UiTM - RM38,000 (4 Tahun)
  • Sijil Profesional - RM28,500 (3 Tahun)
  • Ijazah Sarjana - RM24,000 (2 Tahun)
  • Ijazah Kedoktoran - Sehingga RM55,800 (3+1 Tahun)


Kelebihan PPBU

Mengapa saya syorkan untuk memohon pembiayaan atau pinjaman pendidikan disediakan oleh pihak Yayasan Bank Rakyat ini? Berikut antara kelebihan yang ada pada PPBU Bank Rakyat ini ...
  1. Jumlah pembiayaan yang diberikan termasuk untuk yuran pengajian dan juga elaun sara diri.
  2. Biasiswa penuh diberikan kepada graduan yang peroleh keputusan akhir dengan cemerlang (CGPA 3.50 ke atas).
  3. Tiada sebarang kadar keuntungan atau faedah dikenakan pada jumlah pembayaran balik PPBU ini.
  4. Pembiayaan ini ditawarkan kepada kedua-dua bidang pendidikan iaitu akademik dan kemahran.

Aha .. anda nampak kenapa ada rakan blogger saya kata PPBU ini lebih baik dari PTPTN tu tak? Lihat poin ke-3 tu. Dengan kata lain, jika PPBU berikan pembiayaan RM14,000 maka RM14,000 lah yang perlu dibayar balik.

Konsep utama PPBU adalah berdasarkan "Qardhul Hassan". Melalui konsep ini, pembiayaan pendidikan tidak akan dikenakan sebarang faedah atau bayaran tambahan sepanjang tempoh pembayaran balik.

Berkaitan pembayaran balik ...

Diskaun Pembayaran Balik PPBU

Katakan tak berjaya dapat CGPA 3.50 ke atas untuk tukar pembiayaan ini menjadi biasiswa, mereka yang dapat keputusan akhir yang bagus juga akan diberikan insentif atau potongan pembayaran balik PPBU seperti tertera di bawah ini:

CGPA Diskaun Peratus Pembayaran Balik Dikenakan
3.50-4.00 100% 0%
3.00-3.49 70% 30%
2.75-2.99 50% 50%
2.50-2.74 30% 70%
<2.50 0% 100%


Jadi, bagaimana cara nak memohon PPBU ini?

Permohonan PPBU hanya boleh dilakukan secara online menerusi pautan berikut - https://yayasanbankrakyat.com.my atau https://application.yayasanbankrakyat.com.my

Sila baca dahulu beberapa info penting yang disediakan pada setiap pautan tersebut. Pendaftaran online secara percuma perlu dibuat oleh pemohon sebelum membuat proses permohonan PPBU ini.

Cara-Cara Membuat Permohonan PPBU

Oh ya, sebelum membuat permohonan PPBU secara online ini, pastikan surat tawaran melanjutkan pengajian telah diterima dari institusi berkenaan. Secara amnya, proses permohonan untuk PPBU adalah seperti tertera di bawah ini.

Cara Memohon Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah


Mereka yang dipilih dan permohonan PPBU berjaya lulus, satu pemberitahuan akan dihantar samada menerusi SMS atau Email, termasuk surat tawaran rasmi yang akan dihantar menerusi pos. Senarai permohonan yang layak juga akan dipaparkan di website Yayasan Bank Rakyat.

Kongsikan Kepada Mereka Yang Memerlukan

Saya harap perkongsian ini dapat membantu mereka yang sedang mencari pembiayaan yang berbaloi untuk tujuan meneruskan pengajian dan pendidikan ke peringkat lebih tinggi. Syabas dan tahniah atas keputusan yang melayakkan anda untuk membuat permohonan PPBU ini.

Ambil peluang ini dan buat permohonan secara online untuk Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah Yayasan Bank Rakyat ini. Realisasikan impian.

Semoga berjaya.

Untuk info lanjut, boleh hubungi:
Yayasan Bank Rakyat,
8th Floor, Tower 1
Menara Kembar Bank Rakyat,
No.33, Jalan Rakyat,
50470, Kuala Lumpur,
Malaysia

Telefon: +603 2612 9600
Faks: +603 2260 1050
Email: yayasan@bankrakyat.com




  • Borong

Post a Comment

1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.