Pertama Kali Merasa Roti Titab Kopitiam Kita, Popular di Kota Bharu

Borong Online dari China
Cuti persekolahan hari tu, saya dan keluarga telah ambil peluang untuk pergi bercuti ke Kelantan. Pada awalnya, kami merancang untuk bercuti ke Cameron Highlands, tetapi atas nasihat ramai .. kami batalkan hasrat tersebut, lagipun homestay yang saya cari untuk menginap di Cameron Highlands, semuanya penuh belaka.

Maka, dengan persetujuan anak-anak ... saya dan isteri pun booking satu appartment menerusi laman web kegemaran kami iaitu Traveloka. Kami pilih gunakan laman web booking hotel Traveloka kerana ada baucer diskaun diberikan sempena cuti sekolah. Dapatlah sedikit diskaun dari harga yang diterbitkan tu. Alhamdulillah.

Merasa Roti Titab Kopitiam Kita Yang Popular dan Terkenal di Kota Bharu

Merasa Roti Titab Kopitiam Kita Yang Popular dan Terkenal di Kota Bharu
Pengalaman makan di Kopitiam Kita Kota Bharu
Kalau anda follow akaun instagram baru saya, tentu dah tengok beberapa gambar tempat menarik yang saya pergi, singgah dan lawat. Antaranya, Bukit Bunga, Wakaf Che Yeh, muzium-muzium di sekitar bandar Kota Bharu, termasuklah Pantai Cahaya Bulan selain beberapa tempat makan yang pernah viral dan popular.

Salah satu tempat makan yang kami dah target untuk pergi ialah Kopitiam Kita. Pernah dengar tak?Dulu ada muncul dalam Majalah 3... huhu.

Saya dan isteri dah set .. nak breakfast di Kopitiam Kita pada hari kedua.

Oh ya, lupa nak kabo bila kami pergi ke Kelantan ni.

Ambil Peluang Pergi Kota Bharu Pada Awal Minggu Cuti Sekolah

Kami sekeluarga ke Kota Bharu pada awal minggu pertama cuti sekolah, iaitu pada hari Ahad 18 Mac. Kami tempah sebuah apartment satu bilik di Kota Bharu menggunakan aplikasi Traveloka, dengan baucer diskaun untuk dapatkan harga murah.
[post_ads]
Sebab excited nak ke Kota Bharu, dan lagipun ia satu perjalanan yang agak jauh, maka kami bertolak awal pagi. Tanpa rush untuk tiba, kami ambil jalan yang sangat jarang kami lalui kalau nak ke Pantai Timur Semenanjung, iaitu Jalan Sumpitan yang sangat tidak digalakkan untuk diguna kalau travel waktu malam.

Ia sebenarnya satu jalan alternatif untuk ke Gerik. Jalan pendalaman ... huhu .. kalau ikut jalan ni, ia macam jalan nak ke Fraser's Hill, cuma bezanya tak banyak kenderaan.

Ok, lain kali saya cerita lebih detail pasal jalan ni ehh ... meh fokus pada tajuk tu... huhu.

Singgah Wakaf Che Yeh - Destinasi Pertama di Kota Bharu

Pada hari pertama kami sampai, kebanyakkan masa dihabiskan di Wakaf Che Yeh. Ada la beli beberapa barang. Saya dan Amri, anak sulong saya dapat beli seluar track Adidas cuma RM30 sahaja. Kata Amri, design seluar track yang kami beli tu sedang trending di sekolahnya .. haha.

Waze dan Google Maps Tak Efektif

Pada hari kedua, barulah saya menjejaki kedai makan Kopitiam Kita tu. Anda tahu tak ... Pada awalnya tu, sesat larat jugalah sebab berpandukan Waze dan Google Maps. Pusing sana sini cari jalan ke Kopitiam Kita. Serius ... rasa bongok betul guna dua benda tu bila akhirnya dapat tahu yang lokasi Kopitiam Kita tu cuma depan apartment je.

Nyata, kadangkala gunakan Waze dan Google Maps ni tak membantu ... malah, boleh bazirkan minyak petrol kereta je. Chit chit ..

Ramainya Orang Breakfast di Kopitiam Kita

Alhamdulillah, saya dan isteri serta Najmi berjaya sampai ke Kopitiam Kita. Awal pagi. Anak saya yang lain, Amri, Zikri dan Maira serta emak saya tak ikut serta. Mereka lebih selesa menunggu di bilik apartment.
Keadaan Kopitiam Kita di awal pagi
Kopitiam Kita, Kedai Makan Popular untuk Bersarapan di Kota Bharu
Perghh .. memang ramai orang yang makan pagi di Kopitiam Kita ni. Saya boleh katakan, mereka ini datang dari pelbagai tempat .. melihatkan kepada plet-plet kereta yang pelbagai yang parking di perkarangan Kopitiam Kita, sah ramai pelanggan pagi tu bukan sekadar dari Kelantan.

Rezeki kami anak-beranak, tak susah pun nak mencari tempat duduk.

Roti Titab Kopitiam Kita

Apabila duduk sahaja, kakitangan Kopitiam Kita terus ambil pesanan. Uhh apa lagi, saya dan isteri pilih untuk merasa menu paling dikenali dan popular di situ iaitu Roti Titab. Saya order Roti Titab Special .. haha ...

Bagaimana rupa roti ni?

Ni dia ...
Roti Titab Kopitiam Kita
Sedapnya Roti Bakar Unik, Roti Titab di Kopitiam Kita, KB
Roti Titab adalah roti benggali yang dibakar atas piring leper macam masak roti canai tu. Ia kemudian diletakkan dengan sekaya pada tiap penjuru roti bakar tersebut, yang kemudiannya dipecahkan telur separuh masak di atasnya.

Cara Nak Makan Roti Titab Kopitiam Kita

Kalau Roti Titab Special tu, ada dua biji telur setengah masak .. huhu. Tempat saya dipanggil Roti Bakar Jantan .. hehe.

Untuk makan Roti Titab ni, anda perlu 'gaul' atau sebatikan antara telur separuh masak dengan kaya pada atas roti bakar. Anda boleh je tambahkan sedikit kicap masin dan juga serbuk lada hitam untuk meningkatkan rasanya. Fuhhh .... memang terbaiklah.
Kopitiam Kita, Kedai Makan Popular untuk Bersarapan di Kota Bharu
Selain menu utama roti bakar yang dikenali sebagai Roti Titab ni, ada banyak lagi menu best yang dijual di Kopitiam Kita. Segalanya dah tersedia untuk pelanggan di satu sudut kedai makan ini. Siap dengan harga .. jadi, anda boleh bajet harga yang perlu dibayar untuk makan sarapan pagi di situ.
Menu lain di Kopitiam Kita, kedai makan popular untuk breakfast di Kota Bharu
[post_ads_2]
Menu menarik di Kopitiam Kita Kota Bharu, Kelantan
Kopitiam Kita, Kedai Makan Popular untuk Bersarapan di Kota Bharu
Memandangkan saya suka makan Nasi Dagang, saya pun ambillah sebungkus Nasi Dagang Ikan yang berharga RM4.00 yang dibungkus dengan daun pisang. Lauk ikan tongkolnya memang lain la dengan resepi Gulai Ikan Tongkol yang pernah saya buat .. huhu ..

Memang sedap dan harum bau Nasi Dagang yang dijual di Kopitiam Kita ni.

[Dah Baca?] Roti Bakar Telur Goyang Parit Buntar

Saya juga sempat ambil gambar owner Kopitiam Kita ni .. tu yang pakai topi kuning dalam gambar di bawah. Kalau anda nak tahu, owner Kopitiam Kita ni memang suka simpan topi... ada banyakkk koleksi topi dia. Bila dah sama-sama bertopi, minat sama .. mudahlah nak bertegur sapa.... huhu.
Gambar pemilik Kopitiam Kita
Kedai makan ni sememangnya popular di Kota Bharu, ia jadi tumpuan untuk makan pagi kerana ada banyak pilihan menarik. Kalau ikutkan, Kopitiam Kita cuma ada dua tiga menu sendiri je ... iaitu roti bakar .. dan yang lain kebanyakkannya adalah menu dari luar ...

Anda mungkin tak percaya, di Kopitiam Kita ada juga jual Chicken Chop siap dibungkus dah, dijual dengan harga RM4.50 ...Aha .. saya siap ambil dua sebab tahu anak-anak saya suka makan Chicken Chop, hatta di awal pagi ...

Saya juga bungkus Roti Titab untuk bolehkan emak saya merasa roti bakar yang unik ni.
Chicken Chop di Kopitiam Kita
Pertama kali merasa roti titab
Memang best makan di Kopitiam Kita ni, sampaikan rasa nak bungkus semua bawa balik .. haha. Banyak makanan yang menarik perhatian. Anda tahu tak .. berapa kami perlu bayar untuk hanya bersarapan pagi di Kopitiam Kita tu?

Nah ... lihat gambar di bawah... haha jangan terkejut lak. RM 62.00 untuk makan pagi di Kota Bharu untuk 7 orang  (4 dewasa, 2 kanak-kanak, 1 bayi) ... sekali GST ye.
Harga makan di Kopitiam kita
Mulanya tu rasa macam mahal, tetapi lepas tengok apa yang kami bawa balik dari Kopitiam Kita, dan lihat pada senarai harga dipaparkan di kedai tu .. kami rasa ok dan redha. Heh ... saya makan dua benda kot ... huhu

Apapun, secara amnya .. memang puas hatilah makan di Kopitiam Kita ni.

Kesimpulan dan Tips Nak Makan di Kopitiam Kita

Oh ya, satu peringatan penting kalau nak merasa makan di sini, datanglah awal pagi kalau nak merasa Roti Titab Kopitiam Kita tanpa perlu beratur panjang. Datanglah awal kalau nak merasa menu-menu lain yang best, seperti Nasi Dagang Ikan, Nasi Dagang Ayam, Nasi Gulai Ayam Tumpat, Nasi Berlauk, Nasi Lauk Dingin dan macam-macam lagilah.

Sebab, pada hari ketiga .. saya dan isteri bawa semua sekali nak makan di sini .. jam 10:00 pagi, semua benda dah habis .... huhu. Nasib baik ada Roti Titab dan roti bakar biasa ... itupun terpaksa juga beratur dan menunggu.

Serius best makan sini. Jika ke Kota Bharu, cubalah nanti ye.




Samsung Galaxy Note 9

Post a Comment

11 Comments

  1. harga mahal nak matikk..sy org kelantan pun xpuashati dgn harga dia,,huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm ... mungkinlah kot, lebih lagi harga roti tu, tapi secara am, ok jugaklah harga tu dibandingkan dengan tempat saya ni.

      Delete
  2. saya sendiri pun belum pernah makan di sini. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke ... hmm lokasi dia agak tersorok dari jalan besar. Memang saya tak perasan sebarang papan tanda kecuali kalau lihat betul2

      Delete
  3. baru pertama kali mendengar roto titab nie..

    rupapun nampak menyelerakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Roti dia ni ... hmm memang sedap, walaupun bakar tapi lembut. Tapi itulah, harga dia tu .. sekali sekala bolehlah makan sini untuk sarapan pagi.

      Delete
  4. pernah pergi. sedap.
    https://cukaipendapatan.wordpress.com

    ReplyDelete
  5. nasib la kat sini pun ada roti titab ni..jadi le merasa juga.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang syok kat Kopitiam Kita ni bukan sekadar roti titab ni tetapi benda lain yang dijual di situ .. datang dari merata kelantan kot menu yang kat rak tu.

      Delete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.