15+ Gambar Percutian Menyusuri Sungai Melaka dengan Malacca River Cruise

Jutawan Homestay
Percutian di Melaka. Melaka memang destinasi yang seronok untuk bercuti bersama keluarga. Ada banyak tempat menarik yang boleh dilawati, samada yang percuma mahupun yang berbayar. Setiap tempat menarik ini pula ada keunikannya sendiri, yang mungkin tiada di tempat lain.

Tahun 2019, saya berkesempatan untuk bawa famili bercuti singkat ke negeri Melaka. Ketika itu, kami bermalam di Putrajaya, jadi percutian di Melaka tidak memerlukan kami menempah penginapan. Pergi pagi, petang kami pulang semula ke Putrajaya.

Percutian Singkat Sehari di Bumi Melaka Penuh Sejarah

Gambar percutian Melaka - Menyusuri Sungai Melaka dengan Malacca River Cruise
Ada banyak aktiviti pelancongan boleh dilakukan di Melaka. Selain makan-makan, shopping dan melawat zoo serta muzium, salah satu aktiviti yang best untuk dibuat ialah menyusuri Sungai Melaka. Sungai Melaka agak panjang, dan ia dulunya menjadi nadi kehidupan penduduk negeri Melaka.

Sungai Melaka menjadi laluan penting perdagangan dan aktiviti perniagaan sangat rancak di sepanjang tebing sungai ini sehinggalah ke Selat Melaka.

Cara Susuri Sungai Melaka

Terdapat dua cara untuk menyusuri Sungai Melaka ini.
  1. Dengan berjalan kaki sepanjang tebing Sungai Melaka
  2. Dengan menaiki bot - Malacca River Cruise

Sepanjang Sungai Melaka memang banyak benda unik yang boleh anda temui, antaranya Restoran Melayu, Panggung Bangsawan, Kampung Morten, Rumah Melayu paling tua di Melaka dan banyak lagi.

[Dah Baca?] Percutian Bermain Air di Gold Coast International Melaka

Memandangkan kami kali terakhir menaiki bot Malacca River Cruise lebih 4 tahun dahulu, kami ambil keputusan untuk menyusuri Sungai Melaka dengan bot.

Sejarah Baik-Pulih Sungai Melaka

Kalau anda nak tahu, Sungai Melaka dulunya sangat kotor tidak seperti yang boleh anda nampak sekarang. Hasil usaha Kerajaan Negeri Melaka, masyarakat setempat dan badan NGO .. Sungai Melaka diperindahkan setelah dipulihkan.


Kalau tak silap sayalah, projek  pengindahan  dan  pemulihan  Sungai Melaka  telah dilaksanakan mulai tahun 2009.  Projek  tersebut  dibahagikan  kepada  tiga  fasa.

Fasa Pertama terbahagi kepada dua bahagian:
  1. Projek pembangunan kawasan dari Jambatan Hang Jebat ke Kampung Morten
  2. Pembangunan kawasan dari Jambatan Chan Koon Cheng ke Jambatan  Tan  Kim  Seng  di  Jalan  Laksamana.  
Fasa Kedua merangkumi  pembangunan kawasan  dari  Jambatan  Chan  Koon  Cheng  ke  jambatan  Hang  Tuah  dan  disambung  sehingga  ke  hilir Sungai  Melaka  yang  menghala  ke  Kampung  Morten.

Akhir  sekali  ialah  Fasa  Ketiga,  projek  pembinaan yang  meliputi  seksyen  di  sekitar  pelabuhan  lama  dari  Jambatan  Tan  Kim  Seng  berhadapan  Plaza Stadthuys  ke  Flor  De  La  Mar  dan  Jambatan  Abdul  Aziz  berhampiran  dengan  muara  Sungai  Melaka.

[Dah Baca?] 6 Taman Tema Air Untuk Percutian Bajet

Pembinaan  struktur  ini  telah  mengubah  ciri-ciri  fizikal  sungai, sehingga ia menjadi tarikan pelancongan.

Projek pemulihan sungai pula melibatkan  penguatkuasaan  polisi  melarang  pembuangan  bahan  sisa  ke  Sungai Melaka,  sebaliknya  air  sisa  kumbahan  dialirkan  ke  dalam  roji  untuk  rawatan  sebelum  dilepaskan  ke Sungai Melaka. Proses pemulihan sungai ini juga bertujuan menggalakkan pertumbuhan semula pelbagai spesies tumbuhan sungai seperti pokok nipah dan berembang di sepanjang laluan pejalan kaki di seberang Kampung  Mortem.


Saya tak pasti bagaimana rupa asal Sungai Melaka suatu waktu dahulu, tetapi daripada beberapa sahabat berasal dari Melaka, faktanya ialah, dulu Sungai Melaka agak luas berbanding sekarang. Keluasan sungai yang menjadi sempit mungkin disebabkan oleh aktiviti pembinaan struktur di tebing Sungai Melaka.

Kalau anda nak baca mengenai Sungai Melaka, boleh baca menerusi penulisan ini - Sungai Melaka sebagai suatu daya tarikan pelancongan baru di Negeri Melaka: Satu ulasan kritis

Ok.

17+ Gambar Percutian Menyusuri Sungai Melaka dengan Malacca River Cruise

Jom menikmati gambar percutian saya di Melaka bersama keluarga, menyusuri Sungai Melaka dengan perkhidmatan Malacca River Cruise yang kini diuruskan oleh Perbadanan Pembangunan Sungai & Pantai Melaka (PPSPM).

Saya biarkan gambar bercerita, layan gambar menyusuri Sungai Melaka dengan Malacca River Cruise ini ye ...
Gambar percutian Melaka - Menyusuri Sungai Melaka dengan Malacca River Cruise
Gambar percutian Melaka - Menyusuri Sungai Melaka dengan Malacca River Cruise
Gambar percutian Melaka - Menyusuri Sungai Melaka dengan Malacca River Cruise
Gambar percutian Melaka - Menyusuri Sungai Melaka dengan Malacca River Cruise
Gambar percutian Melaka - Menyusuri Sungai Melaka dengan Malacca River Cruise


Gambar percutian Melaka - Menyusuri Sungai Melaka dengan Malacca River Cruise
Sepanjang menyusuri Sungai Melaka, boleh nampak beberapa tarikan antaranya lukisan Mural yang cantik dan unik. Binaan unik bangunan-bangunan yang sudah dimamah usia dan punyai sejarah tersendiri.

Bangunan Pejabat Polis juga agak unik sebab ada akses ke Sungai Melaka.

[Dah Baca?] Tips & Panduan Percutian di Hotel Mewah dengan Harga Murah

Gambar percutian Melaka - Menyusuri Sungai Melaka dengan Malacca River Cruise
Gambar percutian Melaka - Menyusuri Sungai Melaka dengan Malacca River Cruise
Gambar percutian Melaka - Menyusuri Sungai Melaka dengan Malacca River Cruise


Gambar percutian Melaka - Menyusuri Sungai Melaka dengan Malacca River Cruise
Gambar percutian Melaka - Menyusuri Sungai Melaka dengan Malacca River Cruise
Gambar percutian Melaka - Menyusuri Sungai Melaka dengan Malacca River Cruise
Gambar percutian Melaka - Menyusuri Sungai Melaka dengan Malacca River Cruise
Gambar percutian Melaka - Menyusuri Sungai Melaka dengan Malacca River Cruise
Gambar percutian Melaka - Menyusuri Sungai Melaka dengan Malacca River Cruise



[Dah Baca?] Percutian Best di Pulau Perhentian Terengganu Selama 3 Hari 2 Malam!

Gambar percutian Melaka - Menyusuri Sungai Melaka dengan Malacca River Cruise
Gambar percutian Melaka - Menyusuri Sungai Melaka dengan Malacca River Cruise
Gambar percutian Melaka - Menyusuri Sungai Melaka dengan Malacca River Cruise
Gambar percutian Melaka - Menyusuri Sungai Melaka dengan Malacca River Cruise

Anda boleh buat tempahan servis menyusuri Sungai Melaka .. Malacca River Cruise secara online di SINI. Harga pula dari serendah RM10 untuk warga emas berusia 70 tahun ke atas, sehinggalah ke RM25 seorang dewasa.

Oh ya, di tebing Sungai Melaka banyak kedai makan menarik selain homestay dan hotel yang unik. Kalau anda bercadang nak menginap di Melaka dan mendapatkan harga hotel penginapan yang cukup murah, boleh gunakan panduan yang disediakan di link berikut - Panduan Hotel - Teknik Dapatkan Harga Penginapan Serendah RM1

Enjoy gambar-gambar percutian menyusuri Sungai Melaka ini tak? Like la sikit ye .. :)

Post a Comment

5 Comments

  1. ray suke naik river cruise waktu malam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum cuba lagi, in Sha Allah nanti kalau bercuti dan bermalam .. nak try.

      Delete
  2. Teringin sgt nak ke Melaka lg. Kali terakhir ke sana pd 1993. Lama kan?

    ReplyDelete
  3. Memang enjoy betul tengok gambo Tuan..Saya hrtu pergi Melaka naik kapal juga tapi macam tak dan nak amik gambar sebab panas satu hal, lagi satu macam jakun tengok keliling sampai lupa nak snap gambo lelawa macam ni....

    ReplyDelete
  4. dah dua kali naik river cruise.. tapi tak berkesempatan naik waktu malam.. dengarnya lagi cantik waktu malam.. dua kali pergi haritu, waktu siang..

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.