Kisah penceraian antara kisah hangat yang diperkatakan dua tiga menjak ni, apatah lagi ia melibatkan selebriti dan artis terkenal di Malaysia. Ia satu kisah yang sebenarnya tak elok untuk diperbesarkan kerana ada kebarangkalian ia akan membuka aib yang sepatutnya dirahsiakan dalam hubungan suami-isteri.

Namun, apakan daya, dunia tanpa sempadan ini tak mampu nak menutup mulut dan mengelakan jari jemari dari menyebar cerita sebegini. Netizen cepat betul mengambil tahu, malah anda yang berusaha menyelongkar kisah-kisah rumahtangga selebriti dan artis yang terlibat.

5 Pesanan Prof Muhaya Dalam Mencari Pasangan Berumahtangga

Elak kena tipu dalam rumahtangga
Saya tak mahu nak berceloteh pasal kisah penceraian ini, namun dalam post ini, saya suka nak berkongsi tips yang pernah dikongsikan oleh Prof Muhaya kepada majalah Remaja.

Prof Muhaya telah berkongsi 5 tips atau pesanan dalam mencari pasangan hidup, terutama dalam mengelakkan diri dari ditipu oleh pasangan ketika berada di dalam rumahtangga. Saya rasa pesanan ini cukup bagus untuk diambil tahu sebagai benteng awal buat pasangan yang sedang merancang untuk diijab-kabul secara sah.


Ini adalah antara yang dipesan oleh Prof jika anda serius untuk menjadikan pasangan sebagai teman sehidup semati.

Bagi wanita yang mula jatuh cinta pada lelaki sila lihat kekuatan agama beliau dan fikir apa tujuan hubungan tersebut samada kerana Allah serta akhirat atau sebaliknya.

Pesanan #1

Pesanan Prof Muhaya Elak Tertipu Dalam Rumahtangga
“Jangan bazirkan masa, emosi, wang dan kehidupan dengan aktiviti sia-sia tanpa terus pada tujuan perkahwinan dan membina diri ke arah menjadi ibu bapa mithali.”

Jika si dia tak mempunyai perancangan jangka masa panjang, buat apa kita hendak terus bersamanya? Bukanlah bermaksud anda perlu mendesak si dia untuk cepat-cepat berkahwin. Takut nanti pasangan anda tu lari takutkan akan komitmen yang cuba untuk dicapai.


But at some point, this topic should be filled into your conversation.

Pesanan #2

Tips memilih pasangan hidup untuk elak ditipu dalam rumahtangga
“Kepada kaum Adam, pilihlah seseorang akan menjadi ibu bakal anak-anak kita iaitu guru pertama anak kita.”

Kasih sayang ibu itu tak terperi nilainya. Jadi semasa memilih pasangan, fikir sebentar jika si dia itu dapat menjadi ibu yang baik untuk bakal anak-anak anda kelak. Kalau tak dapat nak dibayangkan ....jadi faham-fahamlah.

Jangan sampai sudah terlewat, kerana nanti akibat buruk yang akan diterima akan kena pada anak-anak. Kasihan mereka.

Pesanan #3

“Jangan menyesal kerana tersilap pilih semata-mata nafsu saja. Kecantikan akan hilang tetapi akhlak kekal.”

Ingat, bukan lelaki saja yang bernafsu. Perempuan pun ada nafsunya. Jadi janganlah kita mendekati si dia hanya disebabkan hartanya, rupanya, tubuh badannya dan segala ciri-ciri fizikal. Ya memang umumnya, ramai antara kita mahukan yang cantik, kacak dan yang boleh memberikan segala kemewahan.

Harta boleh bertambah-tambah. Kecantikan dan kekacakan pula tidak kekal.

Pesanan Prof Muhaya Mencari Pasangan Hidup
Namun personaliti seseorang itu sukar sekali untuk berubah ... walaupun ada yang akan kata ... "dia akan berubah bila dah kahwin nanti" atau "lepas dah kahwin nanti, mesti dia akan jadi lebih bertanggungjawab".

Pesanan #4

“Gambaran cara wanita itu dibesarkan adalah cerminan keluarga beliau.”

Pernah dengar tak seseorang menyebut, “Lihat cara lelaki melayan ibunya. Itulah cara dia akan melayan bakal isterinya. Atau, “Lihat cara perempuan berkata-kata. Itulah perkataan yang akan dikatakannya kepada bakal anaknya.”

Jika anda mahu mencari seorang wanita yang cintakan kekeluargaan, lihat bagaimana dia melayan keluarganya - ibubapa, adik-beradik. Jika suara penuh kelembutan, in Sha Allah .. begitulah nanti dia akan melayan diri anda serta anak-anak.


Pesanan #5

“Pilih keluarga yang kita nak jadikan sebagai keluarga kita. Baru tidak berlaku masaalah mertua dan menantu.”

Ya, cinta antara pasangan sahaja tak mencukupi. Love can conquer all difficulties. Tetapi dalam budaya kita di Malaysia, anda bukan hanya mengahwini pasangan; anda harus sedar bahawa anda juga ‘berkahwin’ dengan keluarganya. Jika tidak mendapat restu terutamanya daripada kedua-dua orang tua, sukarlah perjalanan rumahtangga tersebut.

Pasangan yang tidak mempunyai hubungan baik dengan keluarga dan keluarga mertua, pasti akan hadapi masalah, walaupun puncanya kecil sahaja.


Bagi saya, apa yang penting ialah kesediaan diri dan pasangan untuk menerima diri seadanya. Tidak mahu lebih dan tidak juga memandang kekurangan. Kehidupan berumahtangga ini adalah saling melengkapi.

Ikut sahaja saranan Nabi Muhammad S.A.W dalam mencari pasangan hidup sejati, in Sha Allah .. rumahtangga akan kekal bahagia, dan dapat elakkan diri dari ditipu dan tertipu oleh pasangan.

Jika ada masalah, berdoalah pada Allah S.W.T, kerana Dia Maha Mengetahui dan sebaik-baik Perancang.

4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. terima kasih atas perkongsian ini ye...

    BalasPadam
  2. Alhamdulilah...terima kasih atas perkongsiannya HH ..

    BalasPadam
  3. terima kasih atas perkongsian yg baik

    BalasPadam
  4. terima kasih atas perkongsian ini..semoga rumahtangga kita semua kekal hingga ke jannah..InsyaAllah aamiin

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement