Cabaran Besar & Tips Untuk Calon Dalam Peperiksaan Online PTD gred M41 Mei 2019

Bisnes di Shopee
Pakej Rujukan berserta Contoh Soalan untuk Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik gred M41. Untuk makluman, peperiksaan online untuk jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik gred M41 telah dijadualkan akan berlangsung pada 16 Mei 2019 iaitu hari Khamis, bermula jam 10:00 pagi hingga jam 12:25 tghari.

Pengumuman mengenai peperiksaan online jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 atau PTD M41 ini diumumkan menerusi laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan juga laman Facebook Rasmi SPA.

Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 Mei 2019 Pasti Mencabar

Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 Mei 2019
Ramai calon PTD kali ini agak kalut sebenarnya. Ini adalah kerana terdapat seksyen C - Kefahaman Bahasa Inggeris yang sebelum ini tak ada dalam seksyen penilaian peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik M41.

Semasa peperiksaan online PTD kali terakhir pada November 2017, seksyen C merupakan ujian Psikometrik, iaitu satu ujian objektif untuk menilai reaksi dan respon bersandarkan kepada tingkah-laku, situasi dan juga penyelesaian matematik.


Saya tak pasti kenapa bahagian C ditukar dari Ujian Psikometrik menjadi Kefahaman Bahasa Inggeris. Firasat saya ialah, kemungkinan besar jawatan PTD M41 kali ini akan memenuhi keperluan di kementerian yang terlibat dengan urusan antarabangsa.

[Dah Baca?] Set Soalan Exam PTD November 2017

Saya fikir PTD yang bakal dilantik kelak akan bertanggungjawab lebih kepada hubungan diplomatik luar negara terutama dalam meningkatkan hubungan antarabangsa termasuklah hubungan perdagangan. Nak-nak lagi, kerajaan sekarang dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan negara, sekaligus bakal membawa masuk pelaburan luar yang boleh memberikan kedudukan yang bagus untuk kewangan negara.

Tapi itu cuma firasat sayalah. Hanya pihak SPA dan kementerian terbabit dalam pengambilan PTD kali ini yang benar-benar tahu.

Seksyen Utama Peperiksaan Online PTD M41 - Mei 2019Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 Mei 2019

Peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 kali ini, yang dijadualkan pada 16 Mei akan merangkumi 3 seksyen utama iaitu:
  • Seksyen A - Pengetahuan Am
  • Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen C - Kefahaman Bahasa Inggeris

Iklan Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 Mei 2019


Kekosongan jawatan PTD gred M41 yang diiklankan oleh SPA sebelum tarikh tutup permohonan pada 17 Februari 2019 adalah sebanyak 400 kekosongan dengan 30 calon simpanan.

[Dah Baca?] Gaji Seorang Pegawai Tadbir Diplomatik

Saingan nampaknya akan sengit untuk para calon memastikan lulus dalam peperiksaan online PTD kali ini. Kekosongan yang terhad pasti akan menampakkan ramai calon bakal melakukan sehabis baik memastikan mereka lulus dalam peperiksaan online ini.

Mana tidaknya, dijangka ada lebih 1000 calon yang akan mengambil tempat di dalam peperiksaan online PTD 2019. Al maklumlah, jawatan PTD ini memang jawatan favourite para lepasan graduan dan IPT. Ia merupakan kerjaya idaman dalam Perkhidmatan Awam Malaysia.

Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 Mei 2019
Peperiksaan jawatan PTD M41 kali ini pasti mencabar, kerana ia merupakan peperiksaan online pemilihan calon Pegawai Tadbir Diplomatik pertama di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang baharu.

Pasti akan terdapat sesuatu yang berbeza di dalam set soalan-soalan yang bakal ditanya kepada calon-calon peperiksaan kali ini. Apa yang agaknya berbeza?

Jangkaan Soalan Exam PTD Mei 2019

Saya menjangkakan soalan-soalan untuk exam PTD kali ini pasti akan melihat berkaitan:
  • Polisi baharu pentadbiran Kerajaan Persekutuan berkaitan undang-undang, terkini berkaitan perlaksanaan cermin gelap pada kenderaan
  • Kejayaan kerajaan dalam tempoh setahun pemerintahan - isu rasuah, isu 1MDB
  • Pembentangan bajet kerajaan terutama pecahan peruntukan dan skim-skim khas ditawarkan kepada rakyat
  • Kempen-kempen khas yang dilaksanakan kementerian tertentu seperti Larangan Merokok
  • Fakta berkaitan akta yang disentuh dalam pentadbiran yang menjadi isu seperti hak-hak Sultan serta Bumiputera dan juga mengenai Perlembagaan Persekutuan

Ini cuma sekadar andaian dan jangkaan sahaja, memandangkan pastinya pihak SPA di bawah pentadbiran baharu mahu memilih calon yang peka dengan hasrat dan misi Kerajaan Persekutuan baharu. Sangat pasti, calon-calon exam perlu melihat serta meneliti manifesto PRU yang lepas untuk lihat apa yang ingin dicapai kerajaan baharu ini.

Soalan berkisar pengetahuan am pastinya akan menyentuh berkaitan barisan kabinet Kerajaan Persekutuan yang terkini. Tidak boleh tidak, calon meti hafal siapa menteri bertanggungjawab pada setiap kementerian. Ia dah tak sama seperti dahulu. Nama kementerian pun ada yang dipinda dan diganti.

[Dah Baca?] 5 Tips Untuk Lulus Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) M41

Jadi, memang satu cabaran besar buat calon-calon peperiksaan online PTD gred M41 dijadualkan pada 16 Mei 2019. Nak lagi mencabar apabila peperiksaan online kali ini dijalankan di hari bekerja !!

Calon yang bekerja memang terpaksa mengambil cuti pada 16 Mei jika mahu mengambil bahagian di dalam peperiksaan online PTD kali ini. Boleh mendatangkan stress tu.

Penyelesaian ...

Gunakan Sumber Rujukan Terkini Untuk Peperiksaan Online PTD M41 edisi 2019

Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 Mei 2019


Calon perlu mencari segera sumber rujukan dan panduan untuk menghadapi peperiksaan online PTD kali ini. Tak boleh lagi bergantung dengan soalan-soalan exam yang lalu, kerana sudah pastinya soalan pengetahuan am akan jadi lapuk dengan pertukaran kerajaan.

Calon mesti mempunyai set terkini nota-nota padat berkaitan dengan pentadbiran kerajaan baharu. Ini penting kerana salah pemahaman, salah pengetahuan akan menyebabkan calon silap memilih jawapan yang tepat.

Calon perlu tahu bagaimana seksyen C - Kefahaman Bahasa Inggeris ini ditanya. Dan paling penting bagaimana untuk menjawabnya.

Rujukan Terkini Peperiksaan PTD M41

Ini rujukan untuk calon peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 sesi Mei 2019:

Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 Mei 2019
Calon perlu mendapatkan rujukan yang tertera paparan 'Terkini 2019". Jangan dapatkan versi lama yang dah lapok !! Gunakan rujukan yang terkini yang ada format terbaharu peperiksaan PTD kali ini. Jangan silap faham format, kerana ia boleh mengelirukan.

Akses kepada rujukan ini sebelum 16 Mei 2019. Lagi anda bertangguh, anda akan terkebelakang dari calon yang lain.


Saya dapati sudah ada lebih 300 copy rujukan ini terjual sejak 12 Mei 2019 (tarikh tempahan dibuka). Ramai calon PTD yang serius nak lulus dalam peperiksaan kali ini mendapatkan rujukan ini. Mereka sedar akan cabaran berat dalam peperiksaan online kali ini.

Ikuti jejak calon-calon lain yang telah menggunakan rujukan ini. Klik pada tempahan di bawah untuk segera mendapatkan rujukan ini sebelum terlambat.
Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 Mei 2019



Post a Comment

0 Comments