Malah, menerusi kaedah rawatan tradisional menggunakan propolis dari kelulut asli hutan, ada penyakit dilaporkan sembuh setelah mengambil madu kelulut ini. Jadi, inilah sebabnya madu kelulut semakin popular sebagai makanan alternatif terbaik untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan.
Madu Kelulut Asli dari Hutan, Banyak Kelebihan untuk Kesihatan
Saya sendiri pernah mengambil madu kelulut sebagai makanan tambahan setiap pagi dan malam. Tambahan lagi, madu kelulut sudah mudah didapati dan dibeli secara online. Rasanya sedap .. masam-masam manis gitu .. sangat sesuai dijadikan ganti untuk gula. Malah, anak kecil juga sukakan rasa madu kelulut asli dari hutan.Nak cerita pasal kelebihan madu ni memang banyak, apatah lagi andai madu itu dihasilkan dari lebah kelulut hutan yang memang pure. Memang ada beberapa perbezaan dengan hasil madu dari kelulut ternak.
Fakta Ringkas Lebah Kelulut
Lebah kelulut (juga digelar meliponini) ialah lebah tidak bersengat yang menghasilkan madu sama seperti lebah madu. Terdapat hampir 500 spesis kelulut di seluruh dunia, antaranya Trigona scaptotrigona, Trigona laeviceps, Trigona apicalis, Trigona thorasica, Trigona itama dan lain-lain lagi.Lebah kelulut boleh didapati di kebanyakan kawasan-kawasan tropika dunia, seperti Australia, Afrika, Asia tenggara, dan kawasan tropika Amerika. Ia hidup bebas di dalam hutan dan menjadi antara komoditi berharga untuk perubatan alternatif dan tradisional selain dijadikan bahan dalam industri kecantikan atau kosmetik.
Apa Beza Madu Dari Kelulut Asli Hutan dengan Kelulut Ternak?
Daripada apa yang saya tahu, madu kelulut hutan lebih banyak kandungan kimia semulajadi berbanding madu kelulut ternak. Madu yang terhasil adalah lebih matang, dan rasanya juga lebih sedap. Pastilah, sebab sumber makanan kelulut dari hutan ini adalah dari alam semulajadi yang tanpa pencemaran.Kelebihan Madu Kelulut Untuk Kesihatan
Amnya, madu kelulut dipercayai dapat memberikan manfaat penyembuhan untuk penyakit seperti diabetis mellitus, mengurangkan strok, hepetitis, selain mencegah kanser, hipertensi dan juga masalah batu karang.Untuk pesakit diabetes macam saya, madu kelulut ini boleh merendahkan tahap kandungan gula dalam darah. Dengan syarat, janganlah ambil gula ketika mengambil madu ini. Nama pun sebagai ganti gula .. ye tak?
Okay. Bukan itu sahaja kelebihan yang ada pada madu kelulut ini. Antara kelebihan lain madu kelulut adalah seperti:
- Meningkatkan daya tahan tubuh
- Melancarkan peredaran darah
- Memperkuatkan fungsi otak serta kecerdasan minda
- Meningkatkan pengeluaran hormon
- Mengendurkan urat-urat yang tegang
- Memperbaiki sel tubuh yang rosak
- Menghilangkan rasa letih
- Meningkatkan metabolisma badan
- Membantu masa penyembuhan selepas pembedahan
- Mencegah dan mengawal sel kanser
- Membantu penyembuhan luka diabetes
- Mengurangkan resdung
- Merawat batuk, selesema dan sakit kerongkong
- Mengurangkan lelah/asma
- Melancarkan penafasan
- Membantu menurunkan tahap tekanan darah
- Menghilangkan jerawat dan melembutkan rambut
Sejak zaman berzaman, madu kelulut terutama madu kelulut asli dari hutan digunakan dalam perubatan alternatif di nusantara ini. Ia mengandungi bahan-bahan semulajadi yang hebat yang penting untuk kesihatan tubuh.
Ia dijadikan makanan tambahan terbaik untuk menyahkan bendasing serta toksik dari badan. Itu sebab ia bagus untuk diamalkan setiap hari. Ia juga mampu memberikan tenaga diperlukan oleh badan dan membuatkan tubuh sentiasa rasa segar bertenaga.
Kajian daripada Pusat Penyeledikan Teknologi Makanan, MARDI menunjukkan Asid Fenilpropanaoik, Asid Protocatechuik dan Asid 4-hidroksifenilasetik adalah di antara bahan utama yang telah berjaya dikenalpasti terkandung di dalam madu kelulut yang dapat memberikan impak terbaik dalam kesihatan tubuh manusia.
Setiap bahan kimia semulajadi dijumpai itu punyai kelebihan untuk kesihatan dari segi saintifik.
Video Penerangan Kelebihan Madu Kelulut Asli
Jom tonton video di bawah ini.Selepas anda tonton video di atas, sekarang anda dah tahu, bahawa rasa madu kelulut terutama kelulut dari hutan ini adalah unik. Ia berbeza mengikut musim, malah unik untuk setiap spesis kelulut itu sendiri.
Ia adalah SUPERFOOD yang terbaik untuk kesihatan tubuh manusia.
Bagaimana Nak Dapatkan Madu Kelulut Asli dari Hutan?
Ada banyak jenama dan syarikat yang memasarkan madu kelulut asli dari hutan. Salah satunya adalah dari jenama D'Hati Madu Kelulut 100% Asli dari Hutan.Jika anda berminat nak dapatkan manfaat terbaik lebah kelulut dari hutan, boleh hubungi seperti tertera di bawah ini:
Harga madu dari lebah kelulut hutan memang agak mahal, tetapi ia sepadan dengan khasiat dan kesusahan untuk mendapatkannya. Jika anda benar inginkan sesuatu yang benar-benar asli dan tulen, maka usah kompromi soal harga.
Pun begitu, D'Hati Madu Kelulut 100% Asli dari Hutan mahu lebih ramai menikmati dan mendapatkan manfaat madu kelulut asli ini, untuk itu .. anda boleh dapatkan harga lebih murah dengan promosi khas di laman web ini - Promosi D'Hati Madu Kelulut Asli dari Hutan Nusantara
Atau anda boleh sahaja terus whatsApp ke nombor berikut (klik untuk hantar pesanan):
Ramai pelanggan yang telah memberikan respon positif dan menjadi pengguna setia produk ini.
Madu lebah kelulut bukannya menjurus kepada ubat, iaitu bila sakit baru nak ambil, tetapi lebih kepada makanan tambahan sebagai penawar kepada racun dalam badan yang terbentuk daripada pengambilan makanan lain selain punca persekitaran (udara).
Itu sebabnya madu disarankan untuk diambil setiap hari, pengganti kepada manis gula... dan sebagai makanan terbaik untuk mengekalkan kesihatan yang bagus.
Info lanjut serta sebarang persoalan mengenai D'Hati Madu Kelulut Asli juga boleh diperoleh menerusi laman web di bawah ini:
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.