Aha .. ramai pengguna kad TnG yang tidak ambil kisah apa yang berlaku pada kad lama mereka. Kalau anda jenis prihatin, tentu terkejut bila dapat tahu masih ada baki dalam kad TnG, dan kalau dicampur boleh bayar tol dari Alor Setar sehingga ke Kuala Lumpur.
Cara Nak Buat Refund Kad Touch n Go atau Plusmiles
Sebelum anda nak dapatkan refund pada baki dalam kad TnG atau Plusmiles anda, pastikan dulu nombor kad tersebut telah didaftarkan atas nama anda (berdasarkan kad pengenalan).1. Pergi ke web ini - https://www.touchngo.com.my/eservices/Step1.aspx
2. Isi nombor kad TnG anda, untuk kad Plusmiles anda boleh lihat di bahagian belakang, gunakan nombor SN diberikan. Klik 'Next'..
3. Isikan pula info dan maklumat berkaitan peribadi anda (personal details) untuk tujuan rujukan. Kemudian anda isi butiran mengenai cara pembayaran baki (refund) kad TnG atau Plusmiles anda. Anda perlu isikan butiran bank dan nombor akaun bank. Anda juga diminta untuk mengisi sebab kenapa refund dibuat.
Klik 'Submit' apabila semua butiran telah diisi lengkap.
4. Paparan di bawah akan keluar setelah anda menghantar permohonan untuk dapatkan refund TnG dan juga Plusmiles.
Untuk info, sebelum anda menggunakan perkhidmatan refund TnG/Plusmiles ini, baca dahulu perkara penting di bawah ini supaya anda tidak buang masa memohon refund.
- Perkhidmatan borang e-Refund ditawarkan kepada pelanggan yang telah mendaftarkan kad mereka di portal Touch 'n Go. Bagi pelanggan yang belum mendaftarkan kad, sila pastikan kad anda masih aktif* sebelum mendaftarkan kad itu melalui pautan di bawah:
- https://tngportal.touchngo.com.my/tngPortal/register/card.do?execution=e2s1
- Bagi permohonan pembayaran balik baki kad tidak aktif yang belum berdaftar, pelanggan boleh menghubungi Careline Touch 'n Go di talian 03-27148888.
- Pembayaran balik baki kad hanya akan dikreditkan ke dalam bank akaun pelanggan yang diselenggara di Malaysia sahaja. Sila pastikan Nama Pemilik Bank Akaun dan ID Pelanggan menyamai butir-butir pemilik Kad Berdaftar.
- Permohonan pembayaran balik baki kad akan diproses dalam tempoh 30 hari bermula daripada tarikh penghantaran borang e-Refund oleh pelanggan.
- Bagi permohonan pembayaran balik baki kad yang hilang atau dicuri, jumlah pembayaran balik baki kad adalah berdasarkan kepada jumlah nilai yang direkodkan di dalam sistem dan pengesahan oleh Touch ‘n Go Sdn. Bhd.
Ok? Jelas? Perkara penting ialah kad TnG yang anda ingin minta refund ni mesti dah didaftar dalam sistem.
[Dah Baca?] Cara Semak Kada Tol Lebuhraya Terkini Malaysia Tanpa Guna Aplikasi
Untuk TnG pada kad pengenalan, biasanya ianya akan didaftar secara automatik, kerana ia menggunakan id kad pengenalan pengguna.
Setiap permohonan refund yang telah anda buat, akan dihantar butirannya ke email anda. Anda perlu buat semakan, dan jadikan bukti atau rekod bahawa permohonan telah dibuat. Anda akan nampak baki wang dikembalikan ke dalam akaun bank yang telah anda isi dalam tempoh 30 hari setelah permohonan dibuat secara online.
Semoga panduan ini dimanfaatkan sepenuhnya. Jangan tunggu ia dihantar ke bahagian Wang Tak Dituntut pula, lagi banyak kerja nanti. :)
if i pay wrongly to somebody u mobile phone number, how to stop payment at touch n go?
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.