Salam Ramadan 1440H - Selamat Berpuasa

Salam Ramadan. Salam dan selamat datang bulan penuh barakah ini. Alhamdulillah, kita semua masih ada nyawa untuk menikmati kelebihan yang ada dalam bulan mulia umat Islam sekalian alam ini. Syukur, kita dipilih untuk diberikan nyawa dan kekuatan oleh Allah S.W.T agar boleh memperbaiki diri sebaiknya.

Ada himpunan kelebihan dalam bulan Ramadan yang telah disediakan oleh Allah S.W.T seperti mana diceritakan dalam kitab suci Al-Quran dan juga menerusi pelbagai hadis yang sahih. Semua kelebihan ini adalah untuk umat Islam termasuklah menyucikan diri dari pelbagai jenis dosa.

Salam Ramadan 1440H

Salam Ramadan 1440H untuk semua pembaca blog saya. Berbanyak syukur kerana kita masih boleh bertemu, bercakap, bersenda-gurau, berbalas mesej, memberikan ucapan dan beribadat. Ramadan tahun ini mungkin Ramadan terakhir yang tiada siapa yang tahu.

Ramai yang tidak bernasib baik seperti kita.

Saya baru sahaja lihat beberapa news feed di laman sosial, mengenai rakan yang ada kehilangan ibubapa, anak dan saudara terdekat... menjelang bulan Ramadan tahun ini. Bayangkan andai kita yang mengambil tempat tersebut sebelum sempat menikmati kehebatan bulan Ramadan tahun ini.

Kita dipilih untuk meraikan dan imarahkan bulan Ramadan tahun ini. Allah S.W.T menunjukkan dan memberikan kasih dan sayangnya di sebalik segala kesalahan dan dosa yang telah kita buat selama ini.

Ini peluang. Bulan Ramadan adalah untuk kita membentuk diri menjadi lebih baik dari sebelum ini. Ada sebab kenapa Allah menjadikan bulan Ramadan, satu-satunya bulan yang ada satu malam yang maha hebat akan kelebihan dan keberkatan untuk hambaNya.

Puasa Ramadan adalah Rukun Wajib Umat Islam

Puasa dalam bulan Ramadan adalah puasa wajib ke atas umat Islam. Ia adalah rukun yang membezakan diri dari orang yang bukan Islam. Ia adalah tanggungjawab untuk diri sendiri supaya kita sedar, siapakah yang memiliki diri kita sebenarnya.

Firman Allah dalam Al-Quran, yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kalian untuk berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kalian bertakwa, (yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka, barang siapa di antara kalian sakit atau berada dalam perjalanan (lalu berbuka), (dia wajib berpuasa) sebanyak hari yang ia tinggalkan itu pada hari-hari yang lain.

Wajib bagi orang-­orang yang berat menjalankannya, (jika mereka tidak berpuasa), membayar fidyah, (yaitu) memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang mengerjakan kebajikan dengan kerelaan hati, itulah yang lebih baik baginya.

Berpuasa lebih baik bagi kalian jika kalian mengetahui.

(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Qur`an sebagai petunjuk bagi manusia, penjelasan-­penjelasan mengenai petunjuk itu, dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil).

Oleh karena itu, barangsiapa di antara kalian hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, hendaklah ia ber­puasa pada bulan itu, dan barangsiapa yang sakit atau berada dalam perjalanan (lalu berbuka), (dia wajib berpuasa) sebanyak hari yang ia tinggal­kan itu pada hari-hari yang lain. Allah meng­hendaki kemudahan bagi kalian, dan tidak meng­hendaki kesukaran bagi kalian. Hendaklah kalian mencukupkan bilangan (bulan) itu dan hendaklah kalian mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberi­kan kepada kalian supaya kalian bersyukur.” - Al-Baqarah: 183-185

Takziah dan Tahniah

Takziah buat rakan dan anda yang merasai kekurangan dan kehilangan orang tersayang sebaik sahaja ramadan 1440H menjelma.

Tahniah buat rakan dan anda yang mendapat orang baharu dalam kehidupan untuk meneman waktu terbaik dalam bulan Ramadan 1440H.

Mohon Maaf Atas Segala Salah Silap

Saya dan seisi keluarga memohon maaf dan ampun andai kami ada melakukan salah dan silap samada sedar atau tidak kepada anda. Maaf dan ampun jika ada penulisan saya di dalam blog ini yang menjengkelkan. Maaf dan ampun andai blog saya ini membuatkan anda marah dan tidak suka dengan saya.

Saya mohon maaf. Maafkan saya sekeluarga.

Semoga Ramadan tahun ini lebih baik dari sebelumnya. Sama-sama kita berdoa dan memohon agar Ramadan ini memberikan pengakhiran yang baik, dan in Sha Allah ... memperoleh 1001 keberkatan di dalam nya tanpa kurang.

Selamat berpuasa semua. In Sha Allah, sama-sama kita jadi seorang Muslim yang terbaik.

Copywritting template

Post a Comment

6 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com