Perghh .. memang mahal ke harga telivision (tv) baharu sekarang ni? Saya terkejut besar melihatkan harga tv yang mencecah puluhan ribu ringgit, malah ada tv yang dijual dengan harga semahal harga sebuah kereta jenama Perodua. Ada ke ehh yang beli tv semahal ini? Apa kelebihannya sampai dijual sehingga RM60K - RM70K sebuah?

Buat mereka yang pentingkan teknologi dan menjadi pengikut setia sesuatu jenama, harga semahal itu mungkin logik buat mereka. Cuba bandingkan dengan harga smartphone di pasaran. Harga iPhone misalnya, ada yang cecah sehingga RM5K hingga RM3K sebuah, berbanding dengan jenama lain seperti MI, Realme dan sebagainya.

Harga Smart TV Semahal Harga Kereta Perodua

harga smart tv
Jenama peralatan elektronik seperti LG, Samsung, Sony dan Panasonic antara jenama 'mewah' dan dipercayai akan kualitinya. Namun, bukan semua barang peralatan elektrik seperti TV, peti ais, mesin basuh dan sebagainya dijual dengan harga yang nampak mengejutkan. Ada je produk yang dijual dengan harga cukup berpatutan.

Harga ditentukan oleh kelebihan yang ada pada sesuatu peralatan elektrik tersebut. Contohnya, sebuah TV UHD Oled; ia mungkin menghasilkan kualiti gambar dan bunyi terbaik seperti di dalam panggung. Gambar nampak lebih realistik dan memuaskan mata menonton.

Smart TV Dijual Sehingga RM60,000 hingga RM70,000 di Lazada

Saya semak di Lazada. Harga sebuah TV UHD Oled jenama LG dijual sehingga RM61,000 sebuah. Ia merupakan smart TV dengan paparan skrin HD 4K, bersama bunyi Dolby Atmos®. Ada ciri-ciri tambahan yang menjadikan ia berlainan dan dijual pada harga RM60K berbanding dengan model serta jenama lain.
harga smart tv


Kalau orang biasa macam saya, mungkin ini harga gila untuk sebuah TV. Yelah, ia melebihi harga sebuah kereta Perodua, baik model Axia, MyVi, Bezza mahupun Alza. Silap-silap boleh dapat dua buah biji kereta second-hand jika buat trade-in TV UHD Oled LG ini.
harga smart tv
harga smart tv
Saya fikir ini memang harga sebuah Smart TV dengan paparan HD Oled. Memang mahal semahal harga sebuah kereta baharu. Saya dah semak di laman web shopping Lazada, yang biasanya menawarkan harga yang jauh lebih murah dari kedai elektrik biasa.

Mana yang mahal tu, disertakan sekali dengan jaminan sehingga 2 tahun. Jadi, dari segi kualiti memang ada jaminan yang cukup baik untuk tv semahal kereta.

Cuba anda tengok sendiri di sini - https://c.lazada.com.my/t/c.OEB

Harga Smart TV Yang Lebih Murah?

Pun begitu, ada je Smart TV jenama terkenal seperti LG, Samsung dan Panasonic yang dijual pada harga jauh lebih murah, malah tak cecah pun RM3,000 sebuah. Lagi-lagi sekarang ada promosi dan jualan sempena musim perayaan.

Contohnya macam di bawah ini ... :)
harga smart tv


Jika anda kaki shopping di Lazada mahupun Shopee, boleh sahaja anda buat carian dan buat perbandingan harga yang mampu. Ada je yang berikan tawaran menarik selain potongan harga sehingga 40%.



5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Uishhhh 10 kali pikir nk beli. ..Mmg xbeli dh. ..

    BalasPadam
  2. perghhh harga >.< mampu tgk jela huhu

    BalasPadam
  3. betul tu murah-murah, ingat nak ambik satu, harganya RM 68,888 sahaja!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement