Statistik Bulan Mac 2019

Setiap bulan, pasti saya akan lihat statistik blog ini untuk tahu mengenai kemajuan yang dicapai. Bukan mudah kalau mahu menjadi seorang penulis blog yang kekal relevan dengan pembaca, apatah lagi apabila blog anda merupakan blog peribadi dan bergantung sepenuhnya untuk mencari seceduk income. Jadi, angka statistik yang bagus adalah satu keperluan penting.

Jika anda seorang pemilik sebuah blog atau laman web, anda sepatutnya sentiasa melihat statistik terutama angka berkaitan trafik dan juga engagement antara post di dalam blog atau web anda.

Statistik Blog HasrulHassan Bulan Mac 2019

Statistik Bulan Mac 2019
Salah satu cara nak lihat statistik berkaitan blog atau laman web pastilah menerusi Google Analytics. Saya sudah menggunakan Google Analytics semenjak ia mula diperkenalkan lagi. Ia satu laman web yang menyediakan segala keperluan untuk menganalisis statistik blog secara percuma.

Walaupun ada banyak aplikasi atau servis serupa disediakan oleh pihak lain, saya yakin dengan angka dan petunjuk yang diberikan oleh Google Analytics.


Lagipun tak susah nak gunakan Google Analytics ni, cuma perlu explore dan baca mengenainya. Ia boleh menjadi satu tools terbaik bagi membolehkan anda tahu kelebihan dan kekurangan blog yang selanjutnya membantu anda untuk perbaiki dari semasa ke semasa.

Orait. Cukup dah bebel pasal Google Analytics. Mari ke perkara yang ingin saya kongsikan iaitu statistik blog ini untuk Mac 2019.

Statistik Bulan Mac 2019
Daripada apa yang boleh anda lihat, blog ini berjaya dan telah menerima trafik sebanyak 187,180 pageviews atau hits. Daripada jumlah tersebut, 178,839 adalah jumlah trafik unik iaitu satu post telah dibaca oleh seorang pengunjung.

Walaupun angka pageviews agak baik, namun jumlah masa pembaca berada di dalam blog sangat rendah, kurang daripada 30 saat. Ini seterusnya menyebabkan angka bounce rate meningkat menjadi 92%. Ia satu angka yang kurang memuaskan untuk kadar bounce-rate.

[Dah Baca?] Kadar Bounce Rate Tinggi Tanda Blog Tidak Efisien

Daripada statistik am ini, nampak saya perlu bekerja lebih keras lagi untuk mendapatkan trafik yang lebih baik selain memastikan pengunjung berada lebih lama di dalam blog.

Ada pelbagai cara boleh dilakukan, sepertimana perkongsian saya sebelum ini dalam tips blogging. Jadi, saya akan lihat balik tips sebelum ini untuk berikan nilai yang lebih baik untuk statistik blog ini di bulan-bulan akan datang.

Jika anda ada tips nak dikongsikan kepada saya, jangan segan kongsikan di ruangan komen.

Oh ya, terima kasih kepada semua yang membantu memastikan blog ini terus menerima trafik. :)


Post a Comment

5 Comments

  1. Baru nak aktif kembali berblogging setelah lama seepi... terima kasih for the info, definitely blog ni akan jadi bahan rujukan saya nanti

    ReplyDelete
  2. wow hebat sgt.. tahniah HH

    ReplyDelete
  3. tahniah sifu! hebat, menjadi inspirasi untuk blogger2 lain :)

    ReplyDelete
  4. Power betul statistik blog ni. Blog aku punya statistik dah menjunam teruk sebab lama tak update blog. Bila entah nak rajin blogging macam dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala.. boleh je naik tu .. ilmu SEO kan ke ada, takkan team denaihati dulu tak cedok kot?

      Delete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com