Bounce rate. Satu lagi rujukan untuk menunjukkan samada blog kita ni efisien atau tidak, ada ciri-ciri memikat atau tak. Kata ramai rakan blogger, andai bounce rate sesebuah blog itu lebih daripada 50 peratus, ini bermakna blog itu belum cukup baik untuk memikat pengunjung. Pengiklan pun agak kurang suka dengan blog yang ada kadar bounce rate yang tinggi ni.

Jadi adalah penting untuk blogger yang mahu buat duit dengan blog terutama sekali menerusi platform sewa tapak iklan di blog memahami bounce rate ini, dan cuba dapatkan kadar bounce rate yang rendah, jika boleh biar bawah 30 peratus!
Bounce Rate Blog Tinggi Tanda Blog Tak Efisien

Bounce Rate Blog Tinggi Tanda Blog Tak Efisien

Anda boleh semak kadar bounce rate blog anda menerusi banyak laman sesawang yang menyediakan khidmat pantau prestasi blog anda, termasuklah Google Analytics dan juga Alexa.

Kadar bounce rate yang tinggi ini adalah disebabkan pengunjung yang singgah ke blog anda hanya bertahan kurang daripada beberapa saat, atau kurang daripada beberapa minit (tak pasti). Jika setiap pengunjung yang singgah .... lepas baca entri terkini dan kemudian klik pangkah dan meninggalkan blog anda serta merta, ini akan meningkatkan kadar bounce rate secara mendadak.

Cara untuk elak kadar ini tinggi adalah dengan cuba 'sekat' pengunjung dari klik ke luar blog atau pangkah blog anda dalam sela masa yang panjang. Inilah peranan yang perlu seharusnya dibuat oleh related content atau link dalaman dalam entri blog anda.

Namun, penganalisis blog ramai yang setuju, bahawa kadar bounce rate tidak sepatutnya menjadi satu masalah kerana banyak blog yang papar cerita pendek terutama ketika Wordless Wednesday berlaku. Ramai pengunjung lihat gambar dan kemudian terus klik keluar tanpa lihat entri lain kerana apa yang telah mereka cari telahpun mereka dapat.

Bounce rate tidak pengaruhi tahap SEO blog tetapi ada kesan sendiri yang berkaitan. In sha Allah, saya akan cuba kongsikan dengan anda kelak.



10 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Ya ... lagi rendah lagi bagus untuk blog .. kebanyakkan blog sukar nak dapat rate bounce rate bawah 50 peratus terutama blog informasi.

    BalasPadam
  2. Kalau guna blogspot, boleh guna Google Analytics ... boleh baca entri HH mengenainya di sini: http://www.hasrulhassan.com/2012/06/google-analytics-mudahkan-analisis.html

    BalasPadam
  3. Saya punya blog dulu above 50%, tapi sekarang dah under 8% only. Nak turunkan bounce rate. Kena turunkan kadar loading blog (minimalkan loading blog). Tu antara teknik yang saya praktikkan.

    BalasPadam
  4. Terima kasih bro atas entry nie.....

    BalasPadam
  5. aduh.. jauh lagi perjalanan ku. apa pun tqvm entry ni bro

    BalasPadam
  6. Dulu saya pernah juga check bounce rate kat alexa, lebih kurang 30% juga tu huhu.. tp dah lama saya tak check ni. Kena check juga lah nanti.. thanks sharing HH.. :)

    BalasPadam
  7. yang saya tau nak kurangkan bounce rate ,blog kena ringan.yang lain saya tak tau.heheheh..bounce rate blog saya 0.32%

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement