Saya ada seorang kenalan, seorang gadis yang mempunyai ijazah, masters dan PHD dalam bidang kejuruteraan. Beliau ni, sejak dari ambil masters lagi sudah menjadi sebagai guru tuisyen secara sambilan. Menerusi pendapatan sampingan tersebut, beliau bukan sahaja boleh hidup selesa malah tak ada masalah hutang pun.

Tidak seperti kebanyakkan pelajar yang bergantung dengan duit biasiswa atau pinjaman pendidikan, gadis ini boleh berdikari menampung perbelanjaan pendidikannya. Malah, dengan pendapatan sampingan sebagai guru tuisyen kerja sambilan, beliau dapat melancong dan bercuti ke destinasi pilihannya.

Kerja Sambilan Sebagai Guru Tuisyen Berpendapatan Lumayan

Nampak peluang ini? Kalau ikutkan, sesiapa yang ada kemahiran dan pengetahuan lebih sedikit, in Sha Allah boleh jana income sampingan, contohnya dengan menjadi guru tuisyen. Peluang ini sangat cerah untuk direbut buat golongan lepasan siswazah dan graduan universiti.

Lagipun, sekarang ini bisnes tuisyen ini boleh dilakukan secara sambilan hanya dari rumah.

Jika dulu, kalau nak buat bisnes tuisyen ni, nak kena ada lot kedai atau ruang tertentu lengkap dengan kelengkapan seperti meja dan kerusi, tetapi kini bisnes ini boleh dibuat samada:
  1. Dari rumah ke rumah pelanggan/pelajar
  2. Di rumah sendiri, pelajar datang ke rumah guru tuisyen

Ia dah menjadi satu bisnes yang senang nak dibuat asalkan ada garis panduan dan rujukan untuk memulakannya.

Err .. tadi kata mudah? Tapi nampak macam susah juga tu sebab nak berpanduan? Acaner?

Mudah sebab kos untuk memulakan bisnes ini tidaklah tinggi. Anda boleh memulakan kerjaya sampingan sebagai guru tuisyen hampir serta-merta.

Halangan Utama - Mencari Pelajar Yang Mahu Diajar

Cuma pastinya anda perlukan cara dan teknik untuk memasarkan diri sebagai seorang guru tuisyen. Takkan anda fikir, anda beritahu anda seorang guru tuisyen tanpa latar-belakang sebagai guru, mereka yang berminat akan ambil anda sebagai seorang guru tuisyen mereka?

Kalau saya sebagai bapa pun, mesti nakkan sesuatu yang boleh membuktikan anda seorang guru tuisyen yang bagus untuk anak saya, yakni "worth every ringgit" kan?


Untuk memulakan, pertama sekali selain kelayakan akademik dalam subjek tertentu, mestilah ada perawatakan dan peribadi yang menarik. Kena tampil sebagai seorang yang boleh dipercayai dan bertanggungjawab.

Zaman sekarang, zaman di mana setiap orang perlu rasa skeptikal dan berhati-hati. Jadi, untuk menjadi seorang guru tuisyen sambilan, kena bina kredibiliti dan meyakinkan orang lain.

Jangan jadi seorang guru tuisyen sambilan yang mengejar wang ringgit, tetapi kena ada niat ikhlas nak membantu anak-anak atau pelajar untuk perbaiki kelemahan akademik mereka. Dan paling penting, ianya mestilah sebagai penambahbaikkan atas apa yang telah diajar di sekolah secara formal. Bukan tangkap muat, dengan hanya beri latihan demi latihan bertulis.

Kerja sambilan sebagai guru tuisyen zaman sekarang memang menjanjikan pulangan dan pendapatan yang lumayan. Jangan terkejut apabila ada ibubapa yang sanggup membayar sehingga ratusan ringgit hanya untuk anda ajar anak mereka subjek Matematik Tambahan 3-5 jam dalam seminggu!

Anda perlu menjadikan diri anda sebagai seorang guru tuisyen yang dicari orang!

Jika anda dapat capai tahap ini, jadi memang tak susah lagi untuk anda mencari pelajar untuk diajar, kerana mereka yang akan mencari anda untuk mendapatkan bantuan sebagai seorang guru tuisyen.

[Dah Baca?] 13 Kelebihan Tuisyen di Rumah

Panduan Untuk Bantu Mulakan Bisnes Tuisyen di Rumah

Berminat nak tahu bagaimana nak menjadi seorang guru tuisyen yang menjana pendapatan lumayan secara sambilan di rumah? Boleh gunakan panduan ini - Bisnes Home Tuition
Panduan tersebut adalah perkongsian pengalaman sebenar oleh mereka yang dah buat bisnes ini dan menjana income 4-5 angka sebulan secara sambilan. Malah, ia telah lengkap dengan blue-print bagaimana nak memulakan bisnes ini.

Panduan dalam bentuk ebook ini sesuai untuk golongan lepasan siswazah, pelajar IPT mahupun guru pencen yang mahu menjana pendapatan sampingan sebagai seorang guru tuisyen. Malah, kalau anda mempunyai kelebihan akademik dan suka mengajar subjek popular seperti English, Add Math, Fizik, Kimia, Matematik Moden, Bahasa Arab, Prinsip Akaun juga boleh menceburi bisnes tuisyen ini.

Gunakan panduan yang disediakan sebagai langkah mula.


Potensi Pendapatan

Tahukah anda, sebagai guru tuisyen sambilan, anda tidak memerlukan pelajar yang ramai .. anda cuma kena ada 5-7 orang pelajar ... dah memadai untuk membolehkan anda menjana income sampingan 4 angka dalam sebulan!

Contoh kiraannya... katakan seorang pelajar anda caj RM35 sejam untuk setiap sesi.

Dalam masa sebulan, ada 4 minggu, bermakna, 4 sesi anda akan mengajar mereka (seminggu sekali)
Maka, dari seorang pelajar sahaja, anda sudah boleh jana RM140 sebulan.

Dalam sehari, anda boleh ajar 7 orang.
Kemudian, setiap minggu, anda hanya mengajar 2 hari sahaja, iaitu hari Sabtu & Ahad.
Bermakna, pendapatan yang anda boleh hasilkan ialah....
14 pelajar X RM35 setiap sesi X 4 minggu (sebulan) = RM1960

Pengiraan yang cukup mudah bagi satu kerja yang anda buat secara sambilan.

Jika anda serius nak tahu lebih lagi mengenai bisnes ini, baca panduan disediakan menerusi pautan ini - Klikjer untuk Akses Panduan Bisnes Home Tuition

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. wah ..

    untung kalau ada kemampuan untuk ajar murid ..

    boleh buat duit secara sambilan..tu

    rezeki juga

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement