Tahun 2018 dah berlalu, malah sudah hampir 2 bulan ianya menjadi sejarah dalam kehidupan. Dalam kesempatan ini, saya sudi nak berkongsi jumlah trafik atau pageviews yang telah diperoleh blog ini dalam tahun tersebut. Ia mungkin agak basi untuk diceritakan, tetapi .. well ... ini kan blog personal saya .. hehe.

Perkongsian ini sebenarnya bukan nak tunjuk hebat, cuma sebagai satu rujukan untuk diri sendiri dan kepada mereka yang berminat ingin tahu tentang kekuatan yang ada pada blog ini, khususnya untuk tujuan marketing.

Jumlah Pageviews 2018 Blog HasrulHassan.com

Jumlah Pageviews 2018 Blog HasrulHassan.com

Jumlah pageviews blog ini sepanjang tahun 2018 boleh dikatakan agak baik pada pandangan saya, walaupun ada waktunya trafik yang masuk agak kurang. Pun begitu, secara keseluruhannya, trafik masih lagi stabil dan kekal konsisten, sesuai dengan isi kandungan yang dikongsikan.

Catat 2.5 Juta Pageviews

Jumlah Pageviews 2018 Blog HasrulHassan.com
Trafik sepanjang tahun 2018 adalah sebanyak 2.5 juta pageviews, dengan 1,196,092 adalah unik. Ini bermaksud, lebih kurang 1.2 juta pembaca membaca isi kandungan blog ini lebih dari sekali.

Walaupun purata masa pembaca berada di dalam blog tidak sampai 30 saat, saya tak berapa nak risau ... memandangkan kandungan blog yang agak ringkas dan tidak panjang melebihi 500 patah perkataan.

15 Saat Penting

Asalkan ... paparan blog melebihi 15 saat, ia sudah cukup baik untuk sebarang iklan dipaparkan. Melihatkan kepada kadar bounce-rate yang tercatat menerusi Google Analytics di atas, saya andaikan ada pengunjung yang telah klik pada iklan-iklan yang muncul di blog ini.

Jadinya, dari segi pemasaran, saya lihat ia satu petunjuk yang positif, walaupun dari segi SEO, ianya tidak berapa baik.


Kalau dari segi SEO, blog yang mencatatkan kadar bounce-rate terlalu rendah, di bawah 10% adalah blog yang kurang kualiti. Apabila kurang kualiti, jadinya ia agak sukar untuk berada di dalam enjin-enjin carian utama internet.

Begitulah, ada pro dan kontra.

Bukan mudah nak maintain sebuah blog biasa apatah lagi ianya kurang kandungan viral atau trending; berbeza dengan blog yang penuh memuatkan isu artis, selebriti, kisah kontroversi, hiburan dan seumpamannya.

Biar trafik rendah tetapi ia boleh berikan sesuatu yang baik kepada masyarakat... tak gitu? Hehe.

9 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. datang singgah sini, jemput singgah blog saya
    https://nurulnajihah38.blogspot.com/2019/02/when-you-feel-give-up.html

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Terima kasih . tapi masih tak boleh lawan dgn beberapa blog hebat yang lain. Apapun alhamdulillah.

      Padam
  3. Terbaik laaa... Saya antara pengunjung tahun 2018 tuu. Hehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana sudi support blog saya ni. Jgn serik ekkk .. hehe

      Padam
  4. Wah! Tahniah tuan HH. Konsisten menertbitkan artikel baharu untuk tatapan pembaca. Saya juga dapati blog ini amat informatif.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement