Misi Musim Sejuk Pelarian Syria Bersama Ikon-Ikon Muslim Volunteer Malaysia 2019

Jutawan Homestay
Ingat lagi tentang perkongsian saya mengenai Muslim Volunteer Malaysia (MVM) atau Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia tu tak? What? Tak baca lagi? Come on, benda baik kot apa yang dibuat oleh NGO ni. Ok. Cari balik post tu ehh.

Kali ini, saya nak kongsikan satu lagi perkara bagus yang telah dan sedang dilakukan oleh pihak MVM. Jika anda seorang warga prihatin dan mempunyai rasa peri-kemanusiaan, maka elok baca sehingga habis, dan bertindak dengan kemampuan yang anda.

Pelarian Rakyat Syria Perlukan Bantuan, Mereka Kesejukan Sampai Ke Tulang

Pelarian Rakyat Syria Perlukan Bantuan, Mereka Kesejukan Sampai Ke Tulang
Membimbangkan. Beginilah keadaan yang sedang berlaku di kem-kem pelarian rakyat Syria. Mereka sedang bersedia dengan segala kemungkinan yang berlaku, apatah lagi di dalam musim sejuk yang sejuknya sampai ke tulang. Anda pasti tahu bahawa ramai rakyat Syria yang telah menjadi pelarian kerana peperangan yang berlaku di negara mereka.

Kita wajib simpati dengan keadaan mereka. Itulah yang sedang digerakkan oleh MVM.

Crowd-Funding untuk Misi Bantuan Syria

Dalam satu sidang akhbar untuk memperkenalkan ikon-ikon baharu MVM, pihak MVM juga telah memberitahu bahawa satu crowd-funding sedang dibuat untuk membantu pelarian rakyat Syria ini.
Crowd-Funding untuk Misi Bantuan Syria MVM
Tahukah anda bahawa pihak MVM telah bekerjasama dengan Global Peace Mission (GPM) untuk membantu menyalurkan bantuan Baju Sejuk dan Kotak Makanan kepada 6,000 rakyat Syria di kem pelarian Syria Gaziantep, Syria - Turki?

Penyaluran bantuan ini memerlukan dana untuk digerakkan. Jadi, dengan kerjasama ikon-ikon baharu MVM untuk tahun 2019, serta anda yang prihatin .. diharapkan segalanya akan dipermudahkan untuk segera memberikan bantuan kemanusiaan kepada pelarian rakyat Syria di kem Gaziantep.

Untuk pengetahuan anda, MVM akan menjalankan kempen pengumpulan dana tersebut melalui media sosial (crowd funding) selama 2 bulan mulai bulan ini untuk mengumpul dana sebanyak RM 300,000 bagi tujuan misi ini.

Malah, mereka sangat mengalu-alukan sumbangan atau tajaan dari badan-badan korporat yang mahu bekerjasama dalam misi kemanusian ini.

MVM dijangka akan menghantar sukarelawan bagi menghantar sendiri bantuan kepada mereka yang memerlukan di sana pada 16 hingga 25 Januari 2019 bersama sukarelawan dari GPM.

Apa yang dilakukan bukanlah misi pertama atau baharu.

Alhamdulillah, pada misi yang pertama MVM telah berjaya menghantar RM100,000 bantuan yang merangkumi bantuan kit musim sejuk dengan kerjasama Malaysia Life Line For Syria (MLLFS). Manakala, pada awal Januari 2018 yang lalu pula (misi yang kedua), sekali lagi MVM bekerjasama dengan MLLFS telah menghantar bantuan sejumlah RM200,000. Bantuan tersebut merangkumi bantuan Baju Sejuk, Selimut dan Susu Bayi.

Ia telah memberikan manfaat kira-kira kepada 3000 pelarian di Kem Pelarian Syria di Turki dan Syria.

Tuntasnya, andai misi bantuan pada tahun ini berjaya dilaksanakan, jumlah keseluruhan dana
yang telah dihantar adalah sebanyak RM600,000. Ia merupakan satu jumlah bantuan yang agak besar daripada sebuah organisasi NGO Malaysia.

Pun begitu, tanpa sokongan daripada rakyat Malaysia yang prihatin seperti anda, selain penglibatan pihak korporat yang lain, usaha murni ini pasti akan terganggu dan tertangguh.

Mari Membantu Misi Musim Sejuk Pelarian Syria MVM 2019

Sehubungan dengan itu, rakyat Malaysia tak kira bangsa dan agama, termasuklah badan korporat atau NGO lainnya yang ingin menghulurkan sumbangan ikhlas dalam merealisasikan misi ini, bolehlah melayari website donation MVM di www.donation.mvm.org.my

Berilah sumbangan anda dalam bentuk wang tunai kerana dana inilah yang sangat diperlukan supaya misi bantuan kemanusiaan ini dapat dijalankan dengan sebaik mungkin. Tanpa dana ini, pasti rakyat Syria di dalam pelarian akan terus menunggu bantuan untuk sampai dalam kesejukkan yang amat.

Ikon-Ikon MVM 2019

Ikon-Ikon MVM 2019
Dalam majlis sama, pihak MVM juga telah mengumumkan beberapa nama selebriti ternama Malaysia untuk menjadi ikon-ikon baharu MVM bagi tahun 2019.

Mereka terdiri daripada Ustaz Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff Bin Mohd Kashim (Personaliti Dakwah Malaysia), Noorsyarmilla Binti Jirin (Penyanyi dan Usahawan), Kumpulan Inteam (Nasyid berkumpulan Malaysia), Dai’ Ahmad Izzhar Bin Ahmad Nazri (Pendakwah Milenia Musim Kedua) dan Puan Ernayanee Binti Nur Julaimi (CEO De’Xandra).
Ikon-Ikon MVM 2019
Ikon-Ikon MVM 2019


Barisan ikon baharu ini telah bersetuju untuk bekerjasama dan bersedia memainkan peranan dalam menyebar kebaikan kepada masyarakat tempatan terutama berkaitan kerja-kerja amal serta sukarelawan dilakukan oleh MVM.

Pemilihan Ikon MVM kali ini merupakan kali yang ke-3 untuk MVM dengan menjalinkan kerjasama dengan selebriti-selebriti terkenal tanah air. Tahun 2017, MVM telah berjaya bekerjasama sehingga kini bersama dengan Dato’ Fadzilah Mohamad Kamsah, Datuk Prof. Dr.Muhaya Mohamad, Heliza Helmi, Hazwani Helmi, Diana Amir dan Azmi Saat.

Info Ringkas Mengenai MVM

Sedikit info ringkas mengenai Muslim Volunteer Malaysia (MVM) ini.
  1. Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia atau Muslim Volunteer Malaysia (MVM) adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang telah didaftarkan pada 30 Disember 2014 dan mempunyai lebih 50,000 sukarelawan di Malaysia dengan julat umur 18 hingga 24 tahun.
  2. Pada 2017 MVM telah disenaraikan sebagai TOP 5 NGO pada majlis Volunteer Malaysia Awards 2016 – Anugerah Perdana Menteri yang dianjurkan oleh IM4U dan disokong oleh Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).
  3. Pada tahun 2016 MVM telah berjaya menganjurkan sebanyak 33 program manakala pada tahun 2017 MVM telah berjaya menganjurkan sebanyak 55 program dan in Sya Allah pada tahun 2018 MVM akan terus memperbanyakkan lagi program-program kebajikan.
  4. MVM memberi bantuan dalam bentuk tindakan dan penerangan. Pembangunan sosial secara bersepadu melalui kerjasama dengan masyarakat setempat, rakan kerjasama dan pihak penaja. Membantu mereka yang memerlukan tanpa mengira latarbelakang politik, bangsa dan agama.
  5. MVM telah mengembangkan sayap operasinya dalam pelbagai bidang termasuk membantu menghubungkan NGO-NGO lain dengan kerajaan, menghantar sukarelawan-sukarelawan MVM ke NGO-NGO yang memerlukan, membantu golongan keluarga fakir miskin, anak-anak yatim dan belia-belia Malaysia.
  6. Berpaksikan ‘Tindakan Hari Ini, Mengubah Masa Depan’, program-program kelolaan MVM dijalankan dalam bentuk berfasa dan ini meliputi fasa seperti transformasi, latihan perniagaan, pemantauan ekonomi serta bantuan dana untuk suatu jangka masa tertentu.
  7. Harapan MVM untuk mewujudkan masyarakat yang prihatin di mana komuniti diupayakan, tanggungjawab sosial dilaksanakan dan masyarakat bersatu meringankan penderitaan golongan yang lebih memerlukan.
  8. MVM sangat terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana agensi sama ada kerajaan, swasta, individu mahupun pertubuhan atau persatuan lain.

Akaun Sumbangan

Nama: Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia
  • Maybank (56480 164 7699)
  • CIMB (8602 5378 07)
  • Bank Islam (1230 0010 0030 65)
  • Emel : account@mvm.org.my

Media Sosial


Post a Comment

0 Comments