Dah start shopping di Shopee ke? Uhh jangan ketinggalan untuk borong kesemua tawaran menarik disediakan di Shopee. Saya tengok ramai gak usahawan kita yang buat promosi gila-gila di Shopee ni sempena jualan 'Birthday's Sale' Shopee 12.12. Inilah masa nak berjimat dengan membeli-belah produk keinginan kita dengan harga murah dan penghantaran percuma.

Sebelum ini saya dah berikan tips bagaimana nak dapatkan harga terendah di Shopee. Ringkasnya ialah, anda kena letakkan produk kesukaan yang ingin anda beli di shopping-cart Shopee. Jadi, bila ada jualan macam 'Birthday's Sale' Shopee 12.12; anda boleh dapat makluman terus harganya telah dikurangkan.

Gila Syok Shopping Online di Shopee Sempena Birthday Sale 12.12

Shopee 12 12
Memang syok beli-belah time macam ni. Gila syok shopping kat Shopee 12.12 ni sebab ada banyak tawaran gila-gila yang sebelum ini sukar nak dapat.

Kalau anda lihat, bermula dari tengah malam tadi, dah banyak produk menarik diturunkan harga lebih separuh. Bayangkan jam tangan yang saya suka, sebelum ini harganya adalah RM50, dah jadi RM17 seutas !! Tak ke gila syok macam tu?

Kaki shopping online memang nantikan peluang macam ni. Mereka tahu, masa inilah waktu paling afdal nak bershopping sakan, dengan syarat gunapakai tips untuk elak kena tipu ... :) Aha .. biasalah, bukan semua orang jujur dalam berniaga ni.

[Dah Baca?] 100,000 Produk Listing Untuk Dijual Menerusi SHOPEE - Panduan Bisnes Shopee

Anda nak dapatkan tawaran beli-belah Shopee terbaik, kena rajin browse apa yang ada dalam Shopee tu. Bila jumpa je, terus masuk dalam cart anda. Lepas tu, lihat promosi-promosi untuk produk yang serupa yang biasanya diletakkan di bawah produk tu. Mesti ada yang berikan tawaran lebih menarik.

Lepas tu, jangan lupa main Shopee Shake tu, leh dapat points yang akan bantu anda dapatkan lebih banyak potongan untuk produk yang anda suka.
Birthday Sale Shopee 12 12


Klik je mana-mana nampak offer atau discount .. anda tak perlu risau sebab anda takkan dicajkan apa-apa selagi tak keluar pop-up pembayaran. Sumbatkan semua dalam shopping-cart Shopee tu.

Orait. Selamat bershopping ... :)

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement