MMSOS Panic Button. Tahu tak pasal benda ni? Kalau tak tahu, dan anda merupakan seorang yang pentingkan keselamatan diri, keluarga dan harta-benda, maka wajar anda baca apa yang akan saya kongsikan ini. Baca sampai ke akhirnya, supaya anda akan dapat manfaat yang disediakan, in Sha Allah.

MMSOS Panic Button adalah merupakan satu aplikasi bantuan kecemasan “Creating Awareness”, yang boleh anda muat-turun secara percuma di Google Play dan App Store. Ia satu aplikasi untuk mendapatkan bantuan dengan hanya satu butang diklik!!

Aplikasi MMSOS Panic Button Untuk Mohon Bantuan Segera

MMSOS Panic Button
Saya pasti ramai yang belum lagi memuat-turun aplikasi ini. Mungkin pengetahuan ramai mengenai aplikasi ini masih rendah dalam membantu diri, keluarga dan masyarakat serta pihak berkuasa dalam kempen kesedaran menanggani jenayah.

Ia satu aplikasi yang amat bagus, dan saya sendiri sedang menggunakannya.

Satu Klik 'Panic Button'

Dengan hanya menekan butang “Panic Button” yang ada dalam aplikasi ini, saya sebagai pengguna yang berdepan dengan kecemasan seperti kecemasan kes ragut, rompakan, serangan, jenayah harta benda, kecurian kenderaan, kebakaran, pembuli jalan raya, cubaan rompakan dan pelbagai lagi akan dapat memaklumkan serta mendapatkan bantuan segera daripada pihak berkuasa serta yang bertanggungjawab.

Malah, aplikasi ini juga akan memaklumkan ahli keluarga saya yang lain bila berlaku kecemasan. Segalanya menerusi satu aplikasi percuma dan mudah untuk digunakan.

Ia juga boleh mengatur bantuan untuk menunda kenderaan yang rosak, mempercepatkan tuntutan insuran, mohon bantuan ‘jump start’ kereta, mendapatkan bantuan untuk mengganti tayar pancit atau rosak atau mengatur perkhidmatan ambulan.

Aplikasi Percuma Dengan Bantuan/Support 24 Jam

Satu aplikasi percuma yang awesome kan? Come-on .. benda ni adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia, malah ia satu aplikasi yang menerima kerjasama bantuan ambulan, polis, bomba, hospital atau klinik, dan banyak lagi agar menjadi mudah untuk diakses.
MMSOS Panic Button
MMSOS Panic Button
MMSOS beroperasi 24 jam, tujuh hari seminggu dan 365 hari sepanjang tahun. Pengguna boleh menggunakan perkhidmatan ini pada bila-bila masa dan di mana sahaja ketika mengalami kes kecemasan. Apabila berlaku kecemasan, mereka hanya perlu menekan butang kecemasan dan team SOS Response akan membantu pengguna mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang dihadapi serta mendapatkan bantuan yang terdekat dengan anda. Anda sebagai pengguna boleh monitor status
anda melalui aplikasi ini.

Download Untuk Kemudahan Anda

Aplikasi ini dimuat turun secara percuma di Play Store dan Apps Store dengan hanya klik http://bit.ly/2mC6Y03.

Kemudian buat pendaftaran dengan memasukkan butiran diri. Simple.

Nak dapatkan lebih banyak kelebihan lain, maka disyorkan supaya anda melanggan aplikasi ini dari serendah RM1 sehari.

Kelebihan Melanggan Aplikasi MMSOS :


  • Kelebihan melanggan aplikasi ini, percuma ‘Personal Accident Insurance’ (bernilai RM50,000).
  • Percuma pemeriksaan kesihatan (bernilai RM365).
  • Diskaun 70% untuk ‘Car Tinted’.
  • Diskaun 40% untuk pakej percutian ke Marina Island (all in package for 2 person, 3D2N + Dining).
  • ‘Special rate’ untuk memperbaharui insuran kereta.
  • ‘Special rate’ untuk penyelenggaraan kereta.
  • ‘Ambulance fees’.
  • Percuma ‘towing’.


Jadi, ia bukan sekadar satu aplikasi yang membolehkan anda mendapat bantuan segera ketika memerlukan, ia ada manfaat lain yang turut ditawarkan sebagai pelanggan MMSOS.

Saya rasakan pengenalan aplikasi ini sangat baik dan tepat pada masanya, sekaligus paling tidak, sebagai ahli dalam masyarakat untuk membantu pihak berkuasas terutama polis dalam memastikan kadar jenayah di Malaysia berada di tahap rendah.

Jom kita bantu menjadikan masyarakat kita prihatin dan proaktif dalam memastikan jenayah tidak mudah berleluasa. Gunakan MMSOS Panic Button ini di waktu kecemasan, dan war-warkan kepada orang lain untuk menggunakkannya sama.

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement