Musim tengkujuh dah tiba. Bersediakah anda untuk hadapi sebarang kemungkinan buruk yang mungkin berlaku? Sediakan payung sebelum hujan kata orang. Beringat sebelum kena.

Akhir tahun memang semua tahu dan sedar adalah musim tengkujuh. Malah, sejak beberapa minggu ni, dah kelihatan banyak berita mengenai kejadian banjir mengejut sana-sini. Jadi, menerusi blog post ini, saya nak kongsikan beberapa tips bagi mengelakkan anda daripada menjadi mangsa banjir.

6 Tips Untuk Elakkan Kenderaan Anda Hadapi Musibah di Musim Tengkujuh/Banjir

Tips Untuk Elakkan Kenderaan Anda Hadapi Musibah di Musim Tengkujuh
Bila dah berlaku, segalanya terlambat. Anda pasti akan mengalami kerugian serta terpaksa menampung kos akibat musibah banjir di musim tengkujuh ini. Elakkan jadi mangsa, berikut adalah beberapa tips serta panduan yang boleh anda praktikkan.

1. Elakkan Parkir Kenderaan di Ruang Bawah Tanah (Basement)

Ruang parkir bawah tanah adalah tempat terakhir untuk anda parkir kenderaan anda ketika musim tengkujuh dan banjir mudah melanda. Mungkin sebelum ini, anda tidak terfikir banjir boleh berlaku di situ, tetapi dah banyak kejadian ketika hujan lebat tanpa henti atau dalam tempoh yang lama menyebabkan ruang parkir di basement ini ditenggelami air.
Elakkan melalui terowong bawah tanah
Kenderaan anda mungkin akan mengalami kerosakan yang teruk, terutama di bahagian enjin, sistem elektrikal kenderaan dan separuh bahagian dalaman kenderaan anda. Elakkan ya.

2. Elakkan Memandu Menerusi Terowong

Risiko terbabit dalam banjir kilat semakin tinggi apabila anda memandu kenderaan anda melalui terowong bawah tanah. Anda terdedah kepada bahaya apabila menghampiri kawasan yang lebih rendah di mana kawasan ini mudah ditenggelami air bah banjir.

3. Kekalkan Kelajuan & Jangan Berhenti

Panduan pastikan kenderaan selamat di musim banjir
Jika air bah banjir berada pada paras atau takat lebih separuh dari tayar kenderaan anda, maka sebaiknya anda perlu memandu kenderaan dengan mengekalkan kelajuan rendah. Elakkan sama sekali dari berhenti bila melalui kawasan air banjir ini.

Dengan memandu dalam kelajuan dan gear rendah, ia dapat mengelakkan air bah banjir dari memasuki ruangan enjin kenderaan atau memasuki ruang paip ekzos. Pastikan juga jarak kenderaan di hadapan adalah dalam jarak yang selamat.

4. Jangan Hidupkan Enjin Kenderaan Sebaik Sahaja 'Timbul'

Air banjir pastinya telah memasuki ruang enjin, transmisi dan juga sistem bendalir kenderaan anda andai ia ditenggelami air. Jangan terus hidupkan enjin kenderaan anda setelah reda banjir. Tindakan ini akan mengakibatkan kerosakan yang lebih teruk. Dapatkan bantuan daripada mekanik sebagai sahaja kenderaan anda bebas daripada banjir.

5. Tolong Jangan Gunakan Pengering Rambut Mengeringkan Bateri Kenderaan!

Jangan sesekali untuk mengeringkan bateri kenderaan yang basah akibat banjir menggunakan pengering rambut. Minta bantuan mekanik untuk uji bateri kenderaan anda samada masih elok atau telah rosak.

6. Semak Samada Kenderaan Ada Insurans Akibat Banjir

Insurans kenderaan untuk banjir
Tahukah anda ada sesetengah skim insurans kenderaan yang memasukkan perlindungan insuran atas kerosakan disebabkan banjir sebagai satu nilai tambah. Semak samada syarikat insurans ada nilai tambah ini bagi mengurangkan kos membaiki kenderaan anda disebabkan banjir.

Jika tiada? Hubungi syarikat insurans kenderaan anda untuk nilai tambah ini, lebih-lebih lagi jika kenderaan anda mempunyai risiko tinggi untuk terlibat dengan banjir.

Dapat manfaat daripada tips diberikan tadi tak? Saya harap ia sedikit sebanyak membantu terutama buat mereka yang ingin memastikan bahawa kenderaan selamat ketika musim tengkujuh atau banjir ini.

Tips Tambahan Andai Kenderaan Anda Terlibat Musibah Banjir

Apapun, ada satu lagi tips terbaik untuk mereka yang mungkin terlibat dengan insiden kenderaan terlibat dengan banjir dan musibah lainnya.

Andai anda mahu dapatkan alat-ganti terbaik untuk kenderaan anda, saya boleh syorkan anda untuk dapatkannya menerusi Bosch official Lazada store (https://bit.ly/2PWdj6v). Takpun pun dapatkan menerusi dealer Bosch berhampiran anda di sini - https://bit.ly/2DnlYZk
Untuk makluman anda, tips dan blogpost ini dibawakan oleh saya menerusi Bosch Automotive Aftermarket Malaysia, dalam sokongan memastikan kenderaan anda selamat di musim tengkujuh/banjir ini.
Macam saya, baru-baru ini saya telah menukar-ganti pengelap cermin kereta Axia Advanced isteri saya dengan Bosch Aerotwin dengan teknologi Polymer Protected Performance (PPP) yang lembut tetapi cekap memberikan pandangan yang jelas ketika hujan.

Memang best, dan isteri saya pun suka. Tenang kalau hujan lebat sebab pengelap cermin (wiper) ni memang awesome.
Produk Bosch
Produk Bosch

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement