Cara Buat Cruncheese Sendiri Guna Kulit Popia

Ada sesiapa yang nak belajar cara nak buat keropok Cruncheese sendiri yang sedap dan membikin mulut tak berhenti mengunyah? Hehe .. dalam post kali ini, saya nak kongsikan cara nak buat atau resepi sempoi membuat Cruncheese yang sedap dan rangup menggunakan kulit popia.

Tak susah pun. Memang mudah nak buat. Cumanya ia akan ambil masa sedikitlah. Kalau tak berapa nak rajin tu, memang berat sikit nak buat Cruncheese ni. Tu sebab ramai yang jual keropok rangup perisa cheese ni secara online, kerana ramai tak sanggup atau tak ada masa nak membuatnya.

Resepi - Cara Buat Cruncheese Sendiri Guna Kulit Popia

Cara Buat Cruncheese Sendiri Guna Kulit Popia
Baik. Buat mereka yang ada banyak masa di rumah, atau ada kelapangan nak buat sendiri Cruncheese ini, bolehlah gunakan resepi yang saya kongsikan ini.

Bahan-Bahan

Cara Buat Cruncheese Sendiri Guna Kulit Popia
Cara Buat Cruncheese Sendiri Guna Kulit Popia


  1. Kulit popia jenama Noba. Jenama ni isteri saya yang syorkan. Tak tahu pasal apa.
  2. Serbuk cheese (keju). Boleh dapatkan di kedai-kedai buat kek.
  3. Serbuk cili.

Cara Buat


  1. Mula sekali, anda kena gunting segiempat tepat kulit popia.
  2. Gunting untuk hasilkan kepingan segiempat yang kecil.
  3. Boleh gunting sekali banyak kulit popia tu, tetapi nanti anda perlu asingkan ikut slice dia.
  4. Goreng sehingga rangup.
  5. Selepas kulit popia keperangan-perangan, dan nampak rangup .. angkat dari kuali.

Bahan-Bahan Buat Cruncheese Sendiri Guna Kulit Popia
Cara Buat Cruncheese Sendiri Guna Kulit Popia
Ok. Itu satu part. Part seterusnya ialah untuk serbuk cheese tu.

  1. Gaul serbuk cili dengan serbuk cheese. Sebatikan. Biar ia bertukar warna sedikit macam kuning kemerah-merahan. Sukatan ikut sukalah. Nak pedas, letak lebih cili tu. Nak masin-masin, letak banyak cheese.
  2. Lepas tu, campurkan atau gaulkan dengan kulit popia tadi yang telah digoreng tu. Kalau boleh, lepas je popia tu diangkat dari kuali semasa gorengan tadi, terus je tabur campuran serbuk ni. Senang ia nak sebati dan melekat. Okeh, selesai. Siap untuk dimakan.


Sempoi ye tak?

Memang mudah nak buat, cuma ambil masa sedikit kat nak jadikan kulit popia tu kepingan kecil.
Cara Buat Cruncheese Sendiri Guna Kulit Popia
Bolehlah dibuat kudap-kudap sambil tengok drama TV3 tu, atau bawa masa berkelah atau jalan-jalan. Kudapan yang memang sedap dan boleh buat anda ketagih.

Kat rumah saya ni, dah berbalang-balang dok buat. Ingat nak jual, tetapi habis begitu je di atas meja ..haha.

Anak saya ada bawa ke sekolah, dan jual. Feedback awal memang memberansangkan la. Dapatlah tambahan duit poket untuk anak-anak.

Cuma modal nak kena ada lebih sedikit bila nak jual ni, sebab nak kena beli balang. Balang plastik boleh dibeli kat kedai RM2 atau kedai ECO. Murah je, 4 balang kecil/2 balang besar - RM2.10.

Saya tengok ramai je jual Cruncheese ni kat Shopee, dan juga kat Facebook. Memang ada permintaan keropok ni... walaupun sangat mudah nak buat.

Post a Comment

4 Comments

  1. Boleh jual..laris ni pasal rangup kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benda viral macam ni bermusim. Esok2 ramai dah buat, susah dah nak jual .. hehe

      Delete
  2. boleh buat la nnt, nak cari dulu serbuk cheese tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak yang sedap, cari yang jual kat kedai kek. Kalau kat pasaraya tu ... hmmm agak kurang skit melainkan jenamanya sama

      Delete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.