Mee Bandung Tulang di Changkat Ibol

Lama saya tak bawa famili makan di kedai makan D'Bukit yang terletak di Changkat Ibol, Changkat Jering berdekatan Taiping ni. Saya boleh katakan ia merupakan kedai makan kegemaran kami kalau melalui jalan Changkat Jering. Kalau lalu highway, sanggup keluar tol tu semata nak makan di sini.

Memang best menu masakan yang ada di kedai makan ni. Antara yang menjadi kegemaran saya ialah Mee Bandung. Mee Bandung di kedai makan D'Bukit ni ada beberapa versi, yang terkini saya merasa ialah Mee Bandung Tulang.

Mee Bandung Tulang Kedai Makan D'Bukit, Taiping

Mee Bandung Tulang Kedai Makan D'Bukit, Taiping
Ini merupakan kali pertama saya makan Mee Bandung Tulang. Sebelum ini, saya dok melayan Mee Bandung Udang je.

Mee Bandung, ciri utamanya ialah kuahnya sedikit masam rasa tomato dan ada telur yang separuh masak. Kalau tak ada dua benda ni, memang bukan Mee Bandung buat diri saya.

Err bukan cerewet, tapi biarlah kena dengan nama resepi dan masakan. Takkan nak letak Mee Bandung kalau dah rasa kicap .. ye tak? Mestilah kalau dah rasa kicap, jadi Mee Kicap .. tak gitu?

Boleh tahan juga rasa Mee Bandung Tulang ni.
Mee Bandung Tulang Kedai Makan D'Bukit, Taiping
Saya berkesempatan untuk merasa Mee Bandung Tulang di kedai makan D'Bukit semasa reunion geng sekolah isteri saya yang dibuat di Taiping. Kami bawa lima famili makan di kedai ni .. uhh riuh tu ....
D'Bukit, Taiping
D'Bukit, Taiping


Mereka rasa nak datang sebab nak cuba Milo Ais Kepal yang memang terkenal di kedai makan ni. Saya pernah cerita sebelum ni .. :)

Mee Bandung Tulang memang padu. Ada tulang dengan isi daging yang senang nak lerai. Jadi, tak adalah lelah nak cungkil isi daging dari tulang.

Sedap.

Kalau anda nak makan Mee Bandung Tulang, bolehlah datang ke kedai ni. Tak susah pun.

Keluar dari tol Changkat Jering, belok ke kanan, pasti jalan terus sampai jumpa simpang menunjukkan Changkat Ibol. Ikut je jalan tu, teruss sampai anda nampak kedai makan ni di atas bukit di sebelah kiri jalan. In Sha Allah, tak akan terlepas.

Post a Comment

6 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.