Kalau ke Port Dickson (PD), saya sekeluarga rasa tak sah kalau tak singgah ke Muzium Tentera Darat, di Kem Si Rusa, Batu 4, Port Dickson. Ia satu tempat lawatan dalam percutian yang berbaloi untuk pergi, apatah lagi bila membawa anak-anak bersama.

Lagipun, Muzium Tentera Darat Port Dickson ini tidak mengenakan sebarang bayaran pun, jadi kalau anda fikirkan satu percutian kos bajet, nak berjimat tetapi pada masa sama nak berseronok luangkan masa dengan keluarga, memang muzium ini patut berada dalam perancangan percutian di PD.

Muzium Tentera Darat Port Dickson - Tempat Menarik Mesti Pergi Jika Bercuti Dengan Famili 

Muzium Tentera Darat Port Dickson
Muzium Tentera Darat adalah antara tempat menarik di Port Dickson yang memang patut anda pergi kalau bercuti ke Port Dickson.

Anak-anak saya memang seronok dapat ke Muzium Tentera Darat ni. Apatah lagi bila dapat lihat dan pegang senjata dari dekat, selain kelengkapan tentera yang lain. Mereka dapat lihat helikopter dan jet pejuang tanpa ada sesiapa melarang.
Muzium Tentera Darat Port Dickson
Muzium ini mudah nak pergi sebab ia terletak berdekatan dengan Pusat Latihan Asas Tentera Darat. Lagipun, keluar je Lebuhraya Seremban ke Teluk Kemang, dah boleh nampak lokasi muzium ini.

Kalau ada yang tak tahu, Muzium Tentera Darat ini merupakan muzium tentera yang terbesar di Malaysia. Ianya setanding dengan muzium-muzium tentera dari luar negara berdasarkan kelengkapan infrastruktur dan bahan pengisian di dalam muzium ini.

Ini diperakui sendiri oleh Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad.

Cetusan mewujudkan muzium ini diilhamkan oleh bekas Panglima Tentera Darat (PTD),  Jen. Tan Sri Md Hashim bin Hussein. 

Alhamdulillah, hasil dari cetusan tersebut, anak-anak saya boleh belajar secara tak langsung mengenai sejarah Malaysia dan Tanah Melayu. Nak-nak lagi belajar dan ketahui bagaimana Malaysia ini satu ketika dahulu di bawah penjajahan orang luar.

[Dah Baca?] Windmill PD Farm, Tempat Menarik Terbaharu di Port Dickson

Anak-anak kena diberikan pemahaman ini supaya mereka rasa bersyukur dan tidak sia-siakan nilai kemerdekaan dan kebebasan di negara sendiri.
Muzium Tentera Darat Port Dickson
Muzium Tentera Darat Port Dickson


Muzium Tentera Darat Port Dickson
Muzium Tentera Darat Port Dickson
Muzium Tentera Darat Port Dickson
Muzium ini memang lengkap, dari sejarah sebelum merdeka sehinggalah ke era negara kita mempunyai angkatan tentera sendiri yang telah banyak menabur jasa, bukan setakat dalam negara tetapi juga di peringkat antarabangsa.

Anda tentu sedar, bahawa angkatan tentera kita merupakan dan pernah diiktiraf sebagai antara terbaik di dunia.

[Dah Baca?] Lelaki Ini Merupakan Ketua Yakuza di Terengganu

Belajar pasal sejarah ni, kalau nak buat anak-anak rasa seronok dan menghargai, saya memang syorkan bawa mereka ke muzium. Ia lebih menarik dari sekadar membaca di dalam buku teks sekolah.
Muzium Tentera Darat Port Dickson
Muzium Tentera Darat Port Dickson
Selain melihat benda-benda yang dipamerkan tu, boleh menyelinap ke terowong komunis yang ada di bawah tanah Muzium Tentera Darat ini.

Pengalaman baharu tu untuk mereka yang tak pernah masuk terowong manusia bawah tanah.

7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Tempat feveret Syafi ni. Mmg best sgt Kan besar Pula tu

    BalasPadam
  2. selalu saja lalu masa otw ke pantai pd...siak turun bergambar pintu pagar depan hehe

    BalasPadam
  3. LZ dah pergi Muzium Tentera Darat PD ni, memang best terutama bila berada dalam tunnel bawah tanah.. Sangat terkesan dengan penderitaan orang dahulu demi mencapai kemerdekaan..

    BalasPadam
  4. Salah Satu Tempat Yang Akan Singgah Kalau Pergi Dekat PD.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement