Shopping Online di Laman Web Mr.Diy La Pulak ..

Semua orang mula beralih berniaga secara online. Ini termasuklah pasaraya dan kedai-kedai besar. Mereka tahu potensi perniagaan secara online memang cukup besar. Apatah lagi kos menguruskan kedai atau bisnes online jauh lebih murah, dan boleh memberikan keuntungan yang lebih baik.

Jadi, saya tak hairanlah bila kedai serbaneka iaitu Mr.Diy pun ikut menyediakan platform kedai online mereka sendiri untuk para pelanggannya. Senang dan mudah. Saya dah pun mula berbelanja secara online di laman web shopping online Mr.Diy ini.

Pengalaman Pertama Shopping Online Mr.Diy

Shopping online di Mr.Diy
Kalau ikutkan, di tempat saya ni, iaitu Parit Buntar ada dua kedai MrDiy yang cukup besar, malah ada satu lagi kedai MrDiy yang berdekatan di Nibong Tebal, menjadikan ada 3 lokasi MrDiy yang boleh saya pergi kurang dari 10 minit perjalanan dari rumah.

Tapi, itulah ... saja saya nak merasa pengalaman pertama bershopping online di MrDiy online ni. Ok ke tak. Paling penting, nak lihat senarai produk dan harga yang ditawarkan.
Shopping online di Mr.Diy
Jadi, saya pun jenguklah laman web Mr.Diy ini. Ok gak. Ada baucer disediakan untuk pelanggan pertama kali. Uhh apa lagi, saya terus gunakanlah.

Kebetulan pula ada jualan besar-besaran 11.11, jadi saya ambil kesempatan untuk cari produk yang best untuk dibeli. Hmm .. dapatkan empat lima barang, semuanya harga tawaran dengan diskaun. Ditolak lagi dengan baucer yang disediakan ..maka, pembelian pertama dari Mr.Diy online ni memang cukup berbaloi.

[Dah Baca?] Apa Yang Best di Parit Buntar, Perak

Tak susah pun nak beli-belah di Mr.Diy ni. Hanya pergi ke laman web, pilih produk .. masukkan ke dalam shopping-cart, isi maklumat penghantaran dan bayar. Saya bayar guna FPX, terus tolak dari akaun bank saya.

Penghantaran Percuma ke Depan Pintu

Shopping online di Mr.Diy
Saya tak tunggu lama. Seperti dijanjikan, barangan yang saya pesan dan beli dari Mr.Diy secara online tiba pada hari kedua selepas pembelian. Ia dihantar menerusi perkhidmatan NinjaVan.

Semua barangan dihantar sempurna. Dibungkus dengan bubble wrap untuk elakkan rosak.


Kesimpulan Bershopping Secara Online di Mr.Diy

Secara amnya, saya puas hati dengan servis oleh Mr.Diy.

Produk dijual dengan harga jauh lebih murah dari kedai biasa mereka. Dan dapat pula baucer diskaun tambahan, lepas tu, penghantaran juga sangat memuaskan. Tiada komplen.

Kalau nak beli barang-barang kecil, mungkin saya akan lihat apa yang ditawarkan oleh Mr.Diy ini. In Sha Allah, saya akan kembali shopping online di Mr.Diy yang setakat ini memang puas hati.

Post a Comment

4 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.