Anda mempunyai keinginan untuk membuat amal kebajikan tak? Ada hasrat untuk menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia atau mendaftar menjadi seorang sukarelawan membantu orang memerlukan? Tetapi pada masa sama berada dalam dilemma untuk memilih NGO yang bersesuaian?

In Sha Allah, dalam post kali ini saya nak berkongsi info mengenai sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang bergiat aktif dalam membantu masyarakat di Malaysia. Malah, NGO ini pernah tersenarai sebagai salah satu daripada 5 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) terbaik di Malaysia oleh pihak iM4U semasa Volunteer Malaysia Awards – A Prime Minister’s Award pada tahun 2016.

Muslim Volunteer Malaysia

Muslim Volunteer Malaysia
Muslim Volunteer Malaysia (MVM). Pernah dengar atau ketahui berkenaan Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia atau Muslim Volunteer Malaysia (MVM)?

Ia adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang telah didaftarkan pada 30 Disember 2014 dan mempunyai lebih daripada 50,000 sukarelawan di Malaysia dengan julat umur antara 18 hingga 24 tahun.

MVM merupakan badan yang memberikan bantuan dalam bentuk tindakan dan penerangan serta lebih memfokuskan kerja-kerja bantuan dan amal di dalam Malaysia dengan lebih daripada 200 program telah dilaksanakan dan sedang dilaksanakan sejak tahun 2016.

Walaupun dikenali sebagai Pertubuhan Sukarelawan Muslim Volunteer Malaysia, kerja-kerja dan bantuan diberikan tidak jumud pada satu golongan sahaja, malah mereka menghulurkan tangan tanpa mengira latar belakang agama, bangsa mahupun fahaman politik.

Dan kalau anda nak tahu, MVM juga pernah menyalurkan bantuan, sumbangan serta bersama dengan NGO lain dalam beberapa program di luar negara.

Kelebihan & Keistimewaan Muslim Volunteer Malaysia

Anda mungkin tertanya, apakah kelebihan dan keistimewaan NGO ini berbanding yang lain? Bukankah semua NGO itu sama sahaja? Kenapa perlu pilih MVM? Kenapa nak mendaftar sukarelawan bersama Pertubuhan Sukarelawan Muslim Volunteer Malaysia ini?

Hmm ...
Keistimewaan Muslim Volunteer Malaysia
Memang susah nak membezakannya, tetapi pihak MVM sendiri telah menjelaskan mengapa mereka berbeza daripada NGO yang lain, antara lain ialah:

  1. MVM memfokuskan kepada program bantuan secara berfasa di mana MVM bukan hanya memberi bantuan “touch n go” tetapi juga memantau perkembangan keluarga penerima bantuan.
  2. MVM juga memfokuskan pembangunan ekonomi penerima bantuan. Contohnya, membantu menyediakan kelengkapan perniagaan bagi menambah pendapatan keluarga asnaf yang berpotensi.
  3. MVM memfokuskan pembangunan sukarelawan di mana sukarelawan MVM berpeluang untuk belajar skill dan kemahiran untuk menjadi seorang sukarelawan kemanusiaan dalam program-program anjuran MVM. Mereka juga berpeluang untuk menimba ilmu menjana dana bantuan awam atau fundraising dan juga korporat.

Nah .. tidak salah kenapa MVM dipilih sebagai antara 5 pertubuhan NGO terbaik di Malaysia. Kerja-kerja yang berfokus menampakkan MVM ini serius menjayakan kerja-kerja membantu masyarakat. Mereka mahukan melakukan sesuatu yang menitik-beratkan pembangunan sosial bersepadu, di mana masyarakat boleh bersama bekerjasama selain penglibatan pihak lain serta penaja.

Program Terbaik Sukarelawan MVM

Selain daripada 3 fokus kerja atau tindakan di atas, Muslim Volunteer Malaysia juga ada program bersegmentasi. Program ini adalah antara aktiviti sukarelawan yang dianjurkan Mari lihat secara ringkas segmentasi program-program dibuat oleh pihak MVM ini ..
Sukarelawan MVM

  1. MVM HOPE - Program berfasa dimana bantuan yang diberikan kepada keluarga penerima bantuan merangkumi bantuan asas, pendedahan kemahiran perniagaan dan pantauan komitmen.
  2. MVM UNITY- Program yang menjadi jambatan cakna yang berbentuk kesedaran melalui pendedahan scenario tersirat dan juga aktiviti sukan yang mengeratkan hubungan sukarelawan dengan masyarakat.
  3. MVM REACH - Program korporat untuk syarikat, pertubuhan, persatuan dan/atau agensi swasta dan kerajaan dengan menyediakan ruang kolaborasi untuk program khidmat masyarakat.
  4. MVM RELIEF - Program bantuan kecemasan bencana yang diberikan kepada mereka yang memerlukan di dalam Malaysia dan antarabangsa yang merangkumi negara Asia dan negara Timur Tengah.
  5. MVM TOUCH - Program bantuan yang berkonsepkan 'one touch' atau tidak berfasa di mana ia berdasarkan aduan yang diterima daripada orang awam.

Apa yang dilakukan oleh MVM ini sangat menarik malah saya boleh nampak dengan jelas hala tuju dan cara mereka melakukan kerja-kerja sukarelawan ini.

Beri Impak Positif Pada Sukarelawan

Ia bukan setakat memberikan kesan baik kepada mereka yang menerima bantuang, tetapi turut  memberikan impak positif kepada sukarelawan yang telah mendaftarkan diri dan menjayakan program dan aktiviti sukarelawan MVM.
Sukarelawan MVM
Buat masa sekarang, ada beberapa kempen yang sedang diusahakan oleh pihak MVM untuk membolehkan masyarakat serta individu seperti anda dan saya untuk turut serta menjadi sebahagian masyarakat prihatin.

Masyarakat, walaupun tidak mendaftar sebagai sukarelawan, boleh memberikan sumbangan kepada MVM untuk mengisi beberapa dana yang diusahakan oleh NGO ini. Ada beberapa cara untuk menyumbang, antaranya menerusi:

Kempen 10

Kempen RM10 ini diadakan bertujuan memberi peluang kepada para individu dan masyarakat untuk turut serta dalam membantu MVM agar terus aktif mempergiatkan program amal yang telah dirancang. Ia dilancarkan pada bulan April 2016 untuk membantu persatuan ini menanggung kos perbelanjaan tadbir urus dalam usaha melaksanakan program dan aktiviti setiap bulan.

Tabung Bantuan Salam

Tabung Bantuan Salam
Program Bantuan Salam MVM adalah antara inisiatif MVM yang bertujuan untuk meringankan beban keluarga penerima bantuan dengan memberi bantuan dalam kadar yang segera. Pemilihan keluarga penerima bantuan adalah berdasarkan kepada laporan orang awam yang diterima oleh pihak pengurusan MVM di bawah Unit Salam MVM dan juga perlu menepati kriteria ditetapkan. Antara kriteria penerima bantuan yang layak perlulah terdiri daripada warganegara Malaysia dan pendapatan keluarga RM1,500 ke bawah.

Tabung Bantuan Perniagaan

Tabung Bantuan Perniagaan ini sentiasa dibuka selama setahun dan dana yang terkumpul akan disumbangkan kepada penerima bantuan yang berkelayakan untuk menampung kos keperluan perniagaan mereka. Antara kriteria penerima bantuan yang layak isi pendapatan keluarga RM1,500 ke bawah, mempunyai perniagaan sendiri dan komited untuk menambah pendapatan keluarga melalui perniagaan

Jom Sedekah Online

Website Donation MVM adalah satu platform website yang memaparkan semua kempen tajaan yang sedang dijalankan oleh Muslim Volunteer Malaysia. Ia bagi memudahkan orang ramai mendapatkan informasi terkini tentang kempen tajaan dan menghulurkan sumbangan atas talian.

Layari website donation: www.donation.mvm.org.my

Sumbangan bukan setakat dari orang perorangan atau individu, untuk syarikat korporat, ada ruang dan peluang disediakan untuk bersama menyumbang bagi menjayakan segala aktiviti dan projek kebajikan diusahakan oleh MVM ini.

Seandainya ada, boleh terus menghubungi :
Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia
Tel: +603-8074 0434
atau
Unit Fundraising MVM | Hasbullah : +6012-235 6854
atau
klik link whatsApp berikut: http://sumbanganmvm.wassap.my/

Aduan Salam

Katakan di tempat anda mempunyai keluarga atau sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan, maka gunakan servis percuma dibuat oleh MVM menerusi Aduan Salam. Ini adalah salah satu cara anda bertindak sebagai salah satu anggota dalam komuniti untuk menjadi masyarakat prihatin.

Aduan Salam merupakan satu platform dimana keluarga asnaf yang menepati kriteria sebagai penerima bantuan yang telah dinyatakan dalam kempen bantuan salam boleh memohon bantuan kepada Unit Salam di MVM.

Dengan menggunakan Aduan Salam, anda boleh menghubungi pihak MVM bagi memastikan mereka yang memerlukan dapat dibantu sepatutnya.

Sekiranya anda mempunyai maklumat keluarga yang memerlukan bantuan ini, boleh hubungi wakil MVM seperti berikut:
No.Telefon : 03 80740484
Email : aduan.mvm@gmail.com
Atau
Isi borang aduan berikut : http://bit.ly/aduansalammvm

Bagus apa yang disediakan oleh pihak MVM ini. Bukan setakat menyediakan bantuan kepada memerlukan, tetapi juga memberikan peluang kepada orang lain untuk terlibat sama membantu menerusi menjadi sukarelawan.

MVM terbuka untuk semua, samada nak menyertai sebagai sukarelawan, nak menjadi penaja, nak menyumbang atau sekadar menjadi pelapor untuk membantu mereka yang memerlukan.

Jom Bersama Menjadiu Masyarakat Prihatin

Jadilah individu prihatin, mari sama-sama memberikan khidmat menerusi Muslim Volunteer Malaysia ini. Tak kira anda tua, muda, bergaji kecil, besar, CEO, selebriti atau orang marhein macam saya ... MVM ada peluang dan ruang untuk membantu masyarakat.

Memang padu. Kerja mulia yang patut diberikan tempat untuk dihebahkan pada semua.

Jika anda ada sebarang kemushkilan atau persoalan nak tanya, di bawah ini cara anda boleh menghubungi pihak Muslim Volunteer Malaysia ini. Jangan ragu-ragu kerana mereka adalah pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.

7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement