Bila Suami Sidai Pakaian di Ampaian ..

Antara kerja rumah house husband yang sering saya buat ialah menyidai pakaian di ampaian. Ia boleh dikatakan kerja yang agak mudah, selain tugas mengangkat kain. Tugasan rumah yang lain biasa dibuat ialah membasuh kain (guna mesin), basuh pinggan dan juga memasak.

Bab-bab lain dalam kerja rumah ni, kadang-kala saya buat. Contohnya macam sapu sampah, mop lantai, dan pastinya kerja melipat kain adalah tugasan yang tak pernah saya buat ..hehe.

Apabila Si Suami Sidai Pakaian Lepas Basuh ...

Bila Suami Sidai Pakaian di Ampaian
Bila cakap pasal tugas menyidai kain ni, saya awalnya dulu ikut juga protokol tertentu. Macam .. err kalau baju lengan panjang, maka sidai bersama baju lengan panjang. Kalau t-shirt dengan t-shirt .. kalau seluar dengan seluar.

Tapi, bila dah lama-lama .. protokol entah ke mana, teknik entah ke mana .. semuanya ikut dan je .. hehe.

Beza dengan wife saya, kalau sidai kain .. semuanya nampak elok tersusun je. Siap dikepit lagi. Saya lak, asalkan ia nampak bersidai .. dah cukup.

Sebenarnya ada je tempat penyidai yang dah siap berkategori. Ada palang untuk sidai baju, ada bahagian untuk sidai seluar dan ada ruangan untuk sidai pakaian-pakaian saiz kecil yang senang nak kering. Cuma itulah, saya je yang tak gunakan sistem yang dah sedia ada tu.
Namun, biasanya saya akan sidai pakaian gunakan penyangkut baju. Ianya lebih tersusun sedikit dan boleh membuatkan pakaian senang kering walaupun di waktu keadaan lembab dan hujan.

Hmm .. bercakap soal penyangkut baju, saya nak kongsikan satu video yang tunjukkan bagaimana nak pelbagaikan kegunaan penyangkit baju ni, terutama untuk tujuan menyidai pakaian. Kalau kawasan rumah anda tak ada ruang nak sidai baju yang baru dibasuh tu, bolehlah ikut panduan dan tips diberikan.

Tonton video di bawah ni ..


Post a Comment

1 Comments

  1. mama biasa buat tu.. susun ikut jenis masa jemur. seluar, kemeja.. tshirt bodo

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.