Apa nak buat jika roadtax atau lesen kenderaan motor (LKM) hilang? Tak kisahlah apa sebabnya samada keciciran, dah rosak, hilang dicuri bersama dompet dan sebagainya, memang ada cara nak dapatkan kembali roadtax atau LKM yang baharu.

Cara Dapatkan Roadtax Baharu Jika Hilang

Cara Dapatkan Roadtax Baharu Jika Hilang Tanpa Geran
Tak susah pun sebenarnya. Apa yang diperlukan adalah dua benda iaitu salinan geran (jika ada), dan kad pengenalan. Jika tak ada geran pun tak mengapa, asalkan tahu nombor pendaftaran kenderaan anda tu - nombor plet.

Apa yang perlu anda lakukan ialah pergi ke mana-mana cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang berhampiran, isi borang K (seperti gambar di bawah), ambil nombor giliran dan tunggu permohonan diproses.
Cara Dapatkan Roadtax Baharu Jika Hilang Tanpa Geran
Anda akan dikenakan bayaran denda kerana kehilangan roadtax ini. Bayaran untuk mendapatkan salinan baharu roadtax kenderaan anda adalah sebanyak RM20 (motorsikal) dan RM50 (kereta).

Proses nak mendapatkan salinan roadtax baharu tak ambil masa yang lama. Dah siap isi borang dan buat bayaran yang dikenakan, anda akan terima roadtax baharu menerusi urusan di kaunter JPJ.

Ok.
Cara Dapatkan Roadtax Baharu Jika Hilang


Perhatian sekali lagi.

Jika hilang roadtax, sediakan perkara berikut:
  • Kad pengenalan
  • Salinan geran kenderaan atau beritahu nombor plet kenderaan
  • Isi borang K

Jika anda bukan pemilik kenderaan? sediakan perkara berikut ...
  • Sediakan salinan kad pengenalan pemilik kenderaan
  • Salinan geran kenderaan atau beritahu sahaja nombor plet kenderaan
  • Salinan kad pengenalan anda sebagai wakil
  • Isi borang K

Kecuaian boleh berlaku bila-bila masa terutama sekali mereka yang menggunakan motorsikal. Memang banyak kes di mana roadtax motor hilang .. al maklumlah, roadtax motor tu murah je, cuma bayar RM2 je setahun .. huhu...

Jaranglah saya dengar kes roadtax kereta hilang.... tak macam roadtax motor yang memang mudah nak hilang kalau tak simpan elok.

Macam kes pak mertua sayalah yang kehilangan roadtax motor ni. Ntah mana hilangnya pun tak dapat nak dipastikan.

Bila dah hilang, maka terpaksalah isteri saya yang setelkan masalah disebabkan nama pemilik motorsikal adalah atas nama isteri saya.

Tak susah nak dapatkan balik roadtax baharu ni. Jadi, jangan panik atau gelabah. Hanya pergi ke cawangan JPJ berhampiran, dan minta bantuan pegawai yang bertugas. In Sha Allah, mereka akan bantu selesaikan macam apa yang saya tulis di atas tu.

13 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Mudah je..asalkan bayar, JPJ bagi lah salinan hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Benda leh setel ... tak perlu gabra .. haha

      Padam
  2. Ooo termasuk tak kalau roadtax tu dah macam rosak tak melekat ye?
    Suami saya punya dah macam haper roadtaxnya, pelik juga sebab dia tercabut, maybe kesan cahaya panas ...
    Nak trylah...terima kasih tuan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kira boleh la tu, bayar je .. in Sha Allah dapat roadtax baharu.

      Padam
    2. Maaf ye tumpang tsnya,saya adik kepada owner motor roadtax hilang tidak dapat menjadi wakil betul ke? Saya pergi ke JPJ KKB

      Padam
    3. Betul. Kalau persendirian, kena owner. Kalau motor atas nama syarikat, baru dibenarkan. Apapun kena call talian JPJ untuk pengesahan.

      Padam
  3. wah.. senangnya dan mudah membuat roadtax yang hilang.

    BalasPadam
  4. saya pergi jpj tadi.
    dia kata hanya pemilik kenderaan yang boleh reprint roadtax.
    kalau wakil hanya boleh renew roadtax kereta yang didaftarkan atas nama syarikat.

    BalasPadam
  5. Kalau roadtax tu hilang pastu dh lama tk pegi baharukan roadtax tu lebih 2 thun dah cmne ye .... Kene denda lagi byk ke? Boleh terangkan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pertama sekali kena bawa kenderaan ke PUSPAKOM/JPJ untuk pemeriksaan. Kena buat akuan bersumpah. Ada borang untuk semak pasal owner kenderaan.

      Padam
  6. jika geran lori syarikat hilang apa dokumen yang di perlukan dan berap bayaran nya

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement