Saya dan keluarga memang amalkan percutian berbajet. Jika boleh, kalau pergi bercuti atau melancong ke destinasi menarik, kami pasti akan cari lokasi atau tempat yang tidak mengenakan sebarang bayaran masuk .. hehe .. contohnya macam pantai dan taman.

Di Port Dickson, ada satu tempat menarik untuk dikunjungi bersama keluarga kalau bercuti... iaitu Pusat Ikan Hiasan di Teluk Kemang. Ia tempat yang tidak mengenakan sebarang bayaran, jadi anda boleh angkut satu kampung kalau nak pergi ke sini .. ekekeke.

Pusat Ikan Hiasan, Teluk Kemang Port Dickson - Tempat Menarik Tanpa Bayaran

Pusat Ikan Hiasan, Teluk Kemang Port Dickson
Pusat Ikan Hiasan Port Dickson - inilah pertama kali saya dan keluarga ke tempat ini. Sebelum ini, saya dah sedia maklum tempat ini semasa lawatan kerja satu waktu dulu ke Negeri Sembilan. Tapi waktu tu, saya tak berkesempatan untuk ke Pusat Ikan Hiasan ni.

Saya memang seorang penggemar malah suka membela ikan hiasan. Antara ikan hiasan yang pernah menghuni akuarium kecil di rumah saya termasuklah ikan Arowana (Kelisa) dari beberapa jenis, ikan Kalui Indonesia, Lampan, Haruan, Sepat Emas dan macam-macam lagilah.

[Dah Baca?] Pengalaman Pertama Kali Makan Ikan Kelisa Bela Dalam Akuarium

Anak-anak saya pun agak suka juga dengan ikan hiasan. Mereka pun pernah membela beberapa ekor ikan laga dan ikan Guppy.

Jadi, apabila saya membawa anak-anak ke Pusat Ikan Hiasan di Port Dickson ini, mereka tak ada bantahan, malah suka dan teruja nak pergi.

Lokasi Pusat Ikan Hiasan Port Dickson

Pusat Ikan Hiasan, Teluk Kemang Port Dickson
Pusat Ikan Hiasan ini merupakan sebuah kompleks. Ia terletak di belakang sebuah kedai atau restoran yang agak terkenal dan popular di Port Dickson iaitu Restoran Cendol Bakar. Tak ada bayaran masuk dikenakan di sini.


Kalau tak pasti kat mana lokasi tempat ini, bolehlah lihat berpandukan peta Google di bawah ini ya ...



Kompleks ini tidaklah terlalu besar, tetapi memperlihatkan banyak ikan hiasan untuk tontonan dan sumber pengetahuan para pengunjung. Di luar kompleks pula, ada satu kawasan tempat penetasan penyu. Malah, anda boleh melihat beberapa ekor penyu di situ di kolam terbuka.

Gambar Percutian di Kompleks Ikan Hiasan Port Dickson

Meh saya kongsikan beberapa gambar semasa saya sekeluarga ke kompleks ini ...
Tempat menarik bercuti - Pusat Ikan Hiasan, Teluk Kemang Port Dickson
Kompleks Pusat Ikan Hiasan, Teluk Kemang Port Dickson


Tempat Menarik - Pusat Ikan Hiasan, Teluk Kemang Port Dickson
Tempat menarik bercuti - Pusat Ikan Hiasan, Teluk Kemang Port Dickson
Penyu Karas
Tempat penetasan penyu Port Dickson
Tempat ini sering dikunjungi pelancong luar dan dalam. Jadi, anda pasti akan berhadapan dengan masalah parkir kereta kerana ruang lapang yang agak terhad untuk para pengunjung, terutama sekali di hujung minggu dan cuti am.

Kalau anda mencari tempat menarik di Port Dickson yang tidak mengenakan sebarang bayaran, maka bolehlah pergi ke sini.

Waktu Operasi

Pusat Ikan Hiasan Port Dickson ini dibuka setiap hari bermula jam 9:00 pagi hingga 4:00 petang. Pada cuti umum dan hujung minggu, ia dibuka dari jam 10:00 pagi hingga 4:00 petang.

Selain daripada dapat melihat ikan-ikan hiasan dalam akuarium cantik, anda juga boleh tonton video 3D disediakan di dalam salah satu dewan di kompleks ini. Anda dikehendaki mendapatkan cermin mata khas di kaunter jika nak tonton video tersebut.

Ok.

Moga info ini bermanfaat untuk mereka yang bercadang nak bercuti ke Port Dickson.

5 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Wah tarikan terbaru PD, menarik..
    LZ akan pergi sini sebab suka tengok hidupan laut.. Cantik ikan hiasan tu semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama ada dah ni .. hehe ... ramai tak tahu sbb lokasinya agak terperuk sikit, kena lalu lorong2 rumah.

      Delete
  2. Menarik ni. Saya pun selalu cari tempat yang bayaran masuknya tak mahal sangat atau free haha. BUdak2 memang suka ikan ni. Selalu gi mandi PD je,nanti boleh singgah sekali tempat ni. tq tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak lagi tempat menarik di PD ni .. boleh baca blog Zestoo berkaitan travel guide

      Delete
  3. ain haritu singgah ke sini.... best sangat tengok ikan2 dan penyu yang comel2...rugi siapa tak singgah ke sini..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement