Inilah Pelakon Cantik Jadi Iblis Dalam Munafik 2

AI Trade
Ramai kot yang dah tengok filem box-office Munafik 2. Filem genre keagamaan dan seram ini mendapat sambutan yang tersangat hebat sehinggakan ada pawagam menayangkannya setiap 15 minit. Ia memang luarbiasa. Tak pernah lagi sebuah filem Melayu mendapat penangan tak keruan daripada penonton.

Nyata, apa yang cuba dibawakan oleh pengarah Syamsul Yusof tidak sia-sia. Filem Munafik 2 mendapat tempat di kalangan peminat, sehingga berjaya cecah jualan tiket sehingga lebih 20 juta dalam masa 4 hari tayangan.

Weni Panca - Wanita Iblis Dalam Munafik 2

Weni Panca - Wanita Iblis Dalam Munafik 2


Filem ini memang dinanti-nantikan ramai. Apatah lagi sebelum tayangan perdana, dah viral poster filem Munafik 2 sehingga ia tular di media sosial. Malah, peminat dari Indonesia juga tak sabar nak tonton filem ini yang menampilkan seorang pelakon Indonesia cantik bernama Weni Panca.
Weni Panca - Wanita Iblis Dalam Munafik 2

Aha .. Weni Panca?

Siapa tu?

Weni Panca adalah pelakon cantik dari Indonesia yang menjadi wanita Iblis bertelekung di dalam filem Munafik 2.

Saya pasti siapa dah tonton filem ini di pawagam pasti akan ingat kelibat wanita iblis ini yang sering mengacau Ustaz Adam.
Weni Panca
Weni Panca - Watak Wanita Iblis dalam Munafik 2
Pelakon yang lahir pada tahun 1990 ini baru dua tahun menceburi dunia hiburan. Di Indonesia, filem pertama lakonannya iaitu Missing You pada tahun 2016 telah memikat hati penonton dan menapakkan namanya dalam industri di sana.
Weni Panca memang biasa berlakon filem seram di Indonesia, jadi lakonannya dalam Munafik 2 ini memang beri kesan seram sejuk apabila wanita misteri muncul. Dah ada pengalaman gitu.

Tahniah dan syabas buat pengarah filem Munafik 2 serta barisan pelakon filem ini.

Hebat boleh mendapat jumlah kutipan yang besar di sebalik genre sebegitu.

Lagi gambar Weni Panca ...
Weni Panca - Watak Wanita Iblis dalam Munafik 2
Weni Panca - Watak Wanita Iblis dalam Munafik 2
Weni Panca - Watak Wanita Iblis dalam Munafik 2
Weni Panca - Watak Wanita Iblis dalam Munafik 2

Kredit: Instagram Weni Panca

Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

1 Comments

  1. Cantik jugak budak nih, harap boleh kembangkan lakonan ke tempat yang lebih tinggi

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.