Saya dan keluarga bukanlah kaki jalan sangat. Ada duit, in Sha Allah .. kami akan bawa anak-anak berjalan di tempat-tempat dan destinasi menarik yang ada di Malaysia. Nak bawa jenjalan ke luar negara, memang di luar kemampuan. Pernah melancong ke Bandung, itupun 'tumpang' dengan rombongan orang lain.

Apa kurangnya tempat menarik di Malaysia. Sebenarnya masih banyak tempat best dan syok untuk dilawati di Malaysia ni. Salah satunya ialah Magic World di Penang. Magic World adalah antara tarikan pelancong yang semakin mendapat sambutan selain Galeri Wonderfood Penang di Lebuh Pantai, Georgetown.

Magic World Penang - Tarikan Best dan Menarik di Pulau Pinang

Magic World di Penang
Baru-baru ini, saya dan isteri berkesempatan untuk bawa keempat-empat anak kami jalan-jalan cuti sekolah ke Pulau Pinang. Mulanya, kami cadang nak tengok tapak IKEA Penang yang akan dibuka, bersebelahan dengan Design Village di area Batu Kawan.

Tapi last-last tukar plan.

Isteri saya ajak kami ke Wonderfood Penang. Ramai yang suggest kami untuk pergi ke galeri makanan yang dah banyak kali dapat anugerah kategori muzium di TripAdvisor ni.

Abis sahaja 'lawatan' ke galeri makanan tu, saya pun ajak anak-anak saya untuk ke satu lagi tarikan best di Penang iaitu ke Magic World.

Lokasi Magic World ni tak berapa jauh dengan Wonderfood Penang, jadi tak susahlah nak mencari.
Magic World di Penang
Magic World terletak di Lebuh Victoria. Kiranya dekat dengan Jeti Feri Pulau Pinang. Jika anda dari arah jeti feri, memang tak berapa jauhlah, in Sha Allah .. ada stamina lebih, boleh je jalan kaki dari situ ke bangunan Magic World ini.

Dari arah jalan besar, memang tak nampak Magic World ini. Anda kena masuk menyusuri lorong di situ, baru akan nampak bangunan Magic World ini. Ia bangunan dua tingkat dengan ciri kolonial.

Bayaran Masuk Magic World Penang

Bayaran dikenakan kalau nak masuk ke Magic World ini. Anda boleh dapatkan harga diskaun menarik di Shopee (selagi stok/tawaran masih ada). Nak? Cuba lihat di sini - http://invol.co/clb0qf

Harga tiket normal seorang adalah seperti di bawah ini:

Warganegara:

  • Dewasa: RM16
  • Kanak-kanak: RM12
  • Warga emas: RM12

Pelancong asing:

  • Dewasa: RM27
  • Kanak-kanak: RM16
  • Warga emas: RM16

Jadi? Apa yang best pasal tempat ni? Ok .. kalau anda sentiasa berasa kagum dengan pertunjukkan silap mata, maka Magic World akan bolehkan diri anda untuk berada dalam aksi silap mata itu ..

Dalam Magic World, anda boleh jadikan diri anda sebahagian daripada alam silap mata itu sendiri. Dengan beberapa trik khas yang akan dibantu oleh staff Magic World, anda boleh merakam aksi diri anda melakukan aksi silap mata.

Magic World di Penang
Macam-macam trik silap mata boleh anda ketahui, ada di antaranya digunakan di dalam pembikinan filem aksi dan juga superhero. Anak-anak saya cukup teruja bila dah lihat hasil trik silap mata yang mereka buat.

Jadi, kena pastikan ada bawa kamera atau video kamera untuk rakam segalanya. Tiada sebarang caj tambahan dikenakan, malah ... staff Magic World yang akan bantu anda mengambil dan merakam gambar dalam Magic World.

Mereka nak pastikan tiada sesiapa yang bayar tiket tertinggal kenangan di dalam Magic World ini. :)

Tempat ni best kalau bawa anak-anak. Serius memang seronok.

Anak-anak saya cukup suka berada dalam Magic World Penang. Hampir semua trik magic kami cuba. Dan kalau timing anda kena, anda boleh tonton aksi silapmata secara LIVE tanpa sebarang caj tambahan diperlukan.
Magic World di Penang


Magic World ni tak besar mana, kurang sejam anda boleh 'selongkar' semua misteri magic yang ada dalam Magic World Penang ini. Tapi, jika betul-betul nak merakam aksi sebagai kenang-kenangan, kemungkinan tempoh sejam tu boleh jadi tak cukup .. hehe.

Orait, nak lihat apa yang ada dalam Magic World?

Meh lihat beberapa gambar yang dapat saya kongsikan semasa kami berada dalam Magic World Penang.


Magic World di Penang
Magic World di Penang
Magic World di Penang
Magic World di Penang
Magic World di Penang
Dalam bangunan Magic World ini ada Ice Cafe, dalam Ice Cafe tu ada Igloo yang tak berapa nak sejuk .. hehe ... nak rasa pengalaman makan minum dalam Igloo .. bolehlah masuk ke Magic World Penang.

Di situ, anda boleh tahu trik bagaimana 'orang ais' dihasilkan macam dalam filem Marvel Captain America: First Avengers.
Magic World di Penang
Magic World di Penang
Memang banyak gambar kami ambil masa berada dalam ni .. semuanya tentang trik magik. Memang menarik kalau dibukukan dalam Photobook.

[Promo] Abadikan Gambar Smartphone Anda Menerusi Hard Cover Photobook

Aha .. agak-agak .. apa yang anak saya Amri dan Najmi ni sedang alami dan lihat? Huhu ....
Magic World di Penang
Trik yang biasa digunakan dalam filem untuk gambarkan sebuah bangunan itu terlalu tinggi atau gaung yang terlalu dalam. Anda tahu teknik apa yang digunakan?
Magic World di Penang
Saya harap post ini akan perkenalkan tempat menarik dan tarikan best ini kepada mereka yang nak bercuti ke Penang. Bolehlah masuk jika tak pernah masuk lagi. Alami sekali dalam seumur hidup gitu .. hehe...
Peringatan/tips penting:
  • Bawa kamera dan ambil gambar.
  • Rakamkan dengan video beberapa aksi silap mata yang anda lakukan sendiri.
  • Ambil masa anda untuk rakam cara terbaik untuk hasilkan trik menarik dengan gambar.
  • Minta bantuan staff untuk bantu hasilkan trik magik paling best.

Orait. Semoga bermanfaat.


8 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Bestnyaa Tuan, lama Saya tak ke Penang.
    Dulu pergi anak-anak masih kecil, sekarang anak dah besar, memasing susah pulak nak cuti adeiii..
    One day nak pergi juga..

    Terima kasih tips nya Tuan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pergilah. Best kalau bawa anak-anak. Mereka lebih appreciated magik macam ni

      Padam
  2. terngin nk pergi sini. harga pon berpatutan ja tu;)

    BalasPadam
  3. Sy memang selalu ke Penang tapi tak berpeluang untuk ke tempat tarikan kat sana...nnt nak pujuk en suami la ...

    BalasPadam
  4. Wahhh...Menarik.. Memang ada plan nak holiday ke Penang. InsyaAllah ade bajet boleh singgah sini. Tq abg HH

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masuklah ... hari tu isteri saya tak masuk sekali. Saya dengan anak-anak je melayan magic world ni.

      Padam
  5. peeehhh...wonderfood dah pergi...tempat ni pulak boleh jadikan lawatan pulak nnt ke Penang

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement