Kalau ikutkan jenama-jenama telefon terkenal mempunyai fungsi untuk menyahcas atau 'memotong' aliran elektrik semasa pengecasan jika kuasa bateri dah penuh. Tetapi, itulah .. malang tidak berbau. Mungkin disebabkan ada pengguna menggunakan pengecas bukan original dan tidak berhati-hati, kemalangan dan kebakaran boleh berlaku disebabkan ini.
Telefon Pintar Terbakar Disebabkan Terlebih Cas
Baru-baru ini, tular satu kejadian di mana tangan seorang wanita melecur kerana tersentuh telefonnya dipercayai kerana terlebih cas. Telefon pintarnya itu diletakkan di atas tilam semasa dicas.Menurut sumber Berita Harian online, kejadian ini berlaku di Shah Alam, pada jam 4:20 pagi.
Telefon Keluarkan Suhu Tinggi Sebab Terlebih Cas
Ketika kejadian, telefon pintar milik seorang wanita bernama Nur Filzah Abdul Rahman, berusia 24 tahun yang sedang dicas telah mengeluarkan suhu tinggi sehingga menyebabkan tilamnya mulai terbakar.Ia mengakibatkan tangan Nur Filzah melecur kerana tersentuh telefon pintarnya itu semasa tidur.
“Saya mengecas telefon pintar sebelum tidur dan biasanya saya letakkan di lantai, namun malam itu saya letakkan di atas tilam sebelah kiri saya.
“Saya terjaga kira-kira jam 4.20 pagi apabila berasa panas di belakang badan. Ketika mengiring ke kiri, saya terkuis telefon dan lengan saya terasa pedih.
“Saya terus menghidupkan suis lampu dan sebaik keadaan terang, baru saya sedari bilik dipenuhi asap dan tilam saya berbara,”; menurut Nur Filzah apabila ditemuramah oleh wartawan akhbar.
Bahaya Letak Telefon Dicas Di Tempat Mudah Terbakar
Nur Filzah dan rakan serumah berjaya mengelakkan dari berlakunya kebakaran apabila memadamkan bara tilam terbakar dengan air.Daripada gambar yang dikongsikan oleh Nur Filzah di Facebook, nyata telefon pintarnya hangus dan didapati bahagian bateri telefon tersebut sedikit menggelembung.
Saya tak pasti jenama telefon apa yang digunakan oleh Nur Filzah ini. Anda boleh lihat sendiri di bawah.
Dalam satu laporan akhbar lain ...
“Saya baru sahaja menukar bateri telefon pintar saya buat pertama kali, dua bulan lalu, dan sudah menggunakan telefon itu sejak empat tahun lalu.
“Saya bersyukur kerana tiada perkara lebih buruk berlaku, namun tidak sangka perkara sebegini boleh berlaku ke atas diri saya" - Nur Fizah dalam HMetro.
6 Tips Untuk Elak Bahaya Pengecasan Telefon Berlebihan
Jadi, silalah berhati-hati ye. Memang bahaya kalau telefon pintar ni tidak diawasi semasa dicaj. Mungkin saranan dan tips di bawah boleh diikuti untuk elak kejadian tidak diingini.- Gunakan pengecas bateri telefon yang original atau yang memenuhi spesifikasi pengecasan.
- Letakkan telefon pintar yang dicas jauh dari sumber yang boleh menyebabkan mudahnya berlaku kebakaran.
- Cas telefon di tempat terbuka yang mudah dilihat.
- Matikan suis selepas selesai mengecas dan jangan biarkan ianya terus dicas setelah melihat 100% bateri penuh.
- Pastikan alat ganti telefon adalah original dan tulen. Biar bayar mahal sedikit untuk elak dari kejadian tidak diingini berlaku.
- Beli produk telefon atau aksesori telefon daripada authorized dealer.
Orait?
Semoga perkongsian ini beserta sedikit tips di atas dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh semua. Ia juga ingatan untuk diri saya supaya sentiasa berhati-hati ketika melakukan pengecasan telefon.
alamak takutnya.. seram plak dibuatnya. terus nak alih tempat charging phone ni lah
ReplyDeleteBahayanya, memang tidur selalunya caj guna powerbank je. Tak berani nak caj guna plug elektrik
ReplyDeletebahayanya...
ReplyDeletehammer of thor
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.