Saya Seorang Pengidap Kencing Manis

AI Trade
Saya merupakan salah seorang daripada ribuan rakyat Malaysia yang mengidap Diabetes atau penyakit Kencing Manis. Saya telah disahkan mengidap penyakit ini sejak tahun 2017, dan telah mula mengambil ubat sejak dari itu.

Saya Seorang Pengidap Diabetes (Kencing Manis)

Saya Seorang Pengidap Diabetes
Jika diikutkan simptom-simptom berkaitan kencing manis ni, saya sebenarnya dah alaminya sejak dari tahun 2016 lagi iaitu di usia 40 tahun. Cuma belum mula diberikan ubat oleh doktor, lebih kepada penukaran cara hidup atau lifestyle dan diet pemakanan.

Tetapi setelah setahun, hasil akhir tidaklah begitu memberangsangkan. Akhirnya saya perlu akur, saya perlu menjalani rawatan pengambilan ubat untuk diabetes. Saya tak mahu ia menjadi lebih teruk, dan mahu diabetes saya berada dalam kawalan.

Terkejut Lihat Bacaan Tinggi Gula Dalam Darah

Saya Seorang Pengidap Kencing Manis
Awal-awal ketika mula buat pemeriksaan untuk diabetes, saya memang terkejut. Bacaan dicatatkan memang tinggi. Saya tak sangka betul.

Bukan apa, sebelum-sebelum ni saya pernah buat pemeriksaan kesihatan, tetapi bacaan gula saya tidaklah mencatatkan kadar yang memungkin saya mengidap kencing manis.

Pada tahun 2016 lah, saya dah rasa diabetes sudah ada pada diri saya... dan nampaknya ia akan kekal begitu.

Kena Kawal Kandungan Gula Dalam Darah

Bacaan gula dalam darah saya agak tinggi, sekitar 8.0 hingga 12.0mmol/L. Untuk info, seorang normal akan mempunyai bacaan gula dalam darah antara 4.4 hingga 8.0mmol/L secara random. Malah, bacaan gula dalam darah saya pernah mencatatkan sehingga 14.0mmol/L !!

Buat masa ini, dengan pengambilan ubat, bacaan gula dalam darah secara random yang biasa dicatatkan adalah dalam lingkungan 6.0 hingga 7.8mmol/L. Bacaan gula dalam darah ini akan naik sedikit sehingga mencapai 12.0mmol/L apabila selepas makan.
Test darah untuk bacaan gula
Kalau ikut doktorlah, bacaan gula dalam darah seperti tu tak berapa bagus.

Saya bernasib baik, setiap kali bertemu dengan doktor, bacaan yang direkodkan hasil pemeriksaan oleh jururawat sentiasa berada di dalam keadaan ok, atau boleh diterima untuk seorang pesakit diabetes.

Takut Kena Cucuk Insulin, Cuba Banyak Produk Kesihatan

Itu sebab saya masih lagi menerima rawatan dalam bentuk ubat pil dan bukannya jenis suntikan insulin yang pastinya saya cuba nak elak.

Takut weihh nak cucuk jarum ke badan sendiri... haha. Pengakuan berani ni.

Dah macam-macam saya cuba buat supaya kadar bacaan gula dalam darah saya tidak begitu tinggi. Antaranya adalah cara tradisional seperti minum air peria, kunyah kayu manis, makan banyak halia dan macam-macam lagi.

Saya juga pernah mencuba beberapa produk kesihatan yang disyorkan dan diberikan oleh rakan-rakan.


Kesihatan Kaki Paling Penting

Apabila mempunyai penyakit diabetes ini, paling utama kena jaga ialah kesihatan kaki dan elakkan diri dari terkena luka terbuka. Ini adalah kerana, mereka yang ada penyakit diabetes agak sukar atau ambil masa lama untuk sembuh.

Saya memang sangat takut dan risau bila ada luka di kaki, hatta disebabkan oleh terkena gigitan nyamuk atau tercucuk duri.

Pesakit diabetes yang luka di kaki boleh jadi melarat sehingga menyebabkan kaki terpaksa dipotong.

Keluarga saya memang ada sejarah penyakit ini. Arwah ayah saudara, ibu saudara, tok wan saya sebelah ayah semuanya meninggal dunia kerana adanya penyakit kencing manis ini. Jadi, boleh dikatakan, saya terkena penyakit ini disebabkan risiko tinggi berpunca dari keturunan.

[Baca] Panduan Berpuasa Untuk Pesakit Kencing Manis

Dari Diabetes ke Penyakit Lain

Diabetes mungkin bukan punca sebenar, tetapi ia boleh menyumbang kepada komplikasi lain yang lebih memudaratkan sehingga menyebabkan kematian. Jika seseorang seperti saya disahkan ada diabetes, maka kemungkinan berikut akan berlaku:
  • Serangan sakit jantung, bermula dengan sakit di bahagian dada.
  • Kerosakan sistem saraf bermula dari kaki.
  • Pandangan menjadi kabur, malah mudah terkena penyakit berkaitan mata seperti katarak dan glaukoma.
  • Kerosakan pada buah pinggang sehingga memerlukan rawatan dialisis atau cuci darah.
  • Bahaya kepada luka yang mudah terdedah kepada jangkitan kuman sehingga sukar sembuh dan melarat menjadi serius.
  • Ingatan jadi kurang baik.
  • Masalah pendengaran.


Sentiasa Pantau Kandungan Gula Dalam Darah

Diabetes disebabkan oleh kandungan tinggi gula dalam darah. Cara nak pastikan untuk pesakit diabetes tidak sengsara adalah mengawal kandungan gula dalam darah agar tidak terlalu tinggi.
Buat bacaan kadar kandungan gula di Farmasi
Jadi, pastinya seorang pesakit diabetes macam saya kena selalu membuat pemeriksaan gula dalam darah. Ada beberapa cara untuk buat pemeriksaan ini:
  • Buat pemeriksaan di hospital kerajaan setiap minggu atau dua kali sebulan. Bayar RM1 untuk bacaan gula dan konsultansi doktor.
  • Dapatkan bacaan kandungan gula di farmasi - bayaran serendah RM3 untuk sekali ambilan bacaan gula.
  • Dapatkan bacaan kandungan gula di klinik-klinik swasta.
  • Gunakan mesin khas untuk buat bacaan kadar kandungan gula. Ianya boleh dibeli di farmasi atau beli secara online. 

Jika Sah Diabetes, Apa Perlu Buat?

Secara amnya, untuk pastikan seorang pesakit diabetes seperti saya kekal dan berada dalam keadaan kesihatan yang memuaskan, mestilah:
  • Minum banyak air masak/putih.
  • Elakkan minuman dan makanan yang tinggi gula.
  • Kena banyak bersenam dan keluarkan peluh.
  • Jaga diet pemakanan harian supaya tidak terlalu banyak/berlebihan.
  • Makan makanan yang bagus untuk seorang pesakit diabetes.
  • Tidur perlu cukup.
  • Pastikan kesihatan tubuh badan terpelihara dan elak dari luka.
  • Makan ubat disyorkan doktor mengikut waktu yang ditetapkan.
  • Lakukan pemeriksaan kadar kandungan gula dalam darah sentiasa.
  • Amalkan cara hidup sihat.

Seorang pesakit diabetes memang banyak pantang-larangnya. Dan pantang larang ini perlu dipatuhi supaya nanti tidak membawa mudarat yang lebih teruk. Mungkin akan hilang beberapa nikmat makanan dan minuman sebelum ini.

Tetapi itulah 'harga' perlu dibayar bila sudah sah mempunyai penyakit diabetes atau kencing manis ini.

[Baca Juga] Bahaya Pilih Saiz Kasut Salah Untuk Pesakit Diabetes

Kepada rakan sahabat pembaca blog ini, saya harap anda sedar bahawa kalau ambil makanan dan minuman yang tinggi gula. Jika boleh, elaklah ... atau kurangkan. Anda tentu tak mahu berisiko seperti saya.

Jangan jadikan diri anda sebagai pengidap diabetes.

p.s: Dalam post akan seterusnya, saya akan kongsikan beberapa tips selain produk-produk kesihatan yang bagus untuk pesakit diabetes. Jadi, jangan lupa untuk langgan blog ini ye di ruangan yang disediakan.



Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

1 Comments

  1. thanks for the info. kena ubah cara pemakanan n exercise selalu nih...

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.