Jom Kurangkan Gula Sebagai Lifestyle Sihat

Kempen manis, tetapi kurangkan gula. Tak lama lagi akan tiba bulan Ramadan, ia mungkin menjadi satu tempoh terbaik untuk mengurangkan gula dalam pengambilan makanan. Dan mudah-mudahan ia membawa kepada bulan seterusnya dan kekal sebagai satu lifestyle atau gaya hidup yang sihat.

Jom Kurangkan Pengambilan Gula Dalam Makanan & Minuman

Jom Kurangkan Gula Sebagai Lifestyle Sihat
Gula hanya satu sudu dalam secawan minuman. Itu prinsip asasnya untuk kurangkan pengambilan gula.

Adehh ... satu sudu je? hmmm ... adehh adehhh ... larat ke? Hmm tapi kalau nak sehat, kenalah berkorban. Memang bukan mudah .. tapi itulah yang harus diterima. Bukan mudah .. memang.. benda baik memang pahit. Tak mudah disangka .. tetapi pulangannya kelak pasti berbaloi.

Apa yang saya nak sampaikan ini juga merupakan satu pesanan untuk diri saya juga. Apabila anda dah dikesan sebagai pengidap kencing manis atau diabetes ... masa tu anda akan terkenangkan saat-saat di mana anda ada peluang untuk kurangkan gula dalam pemakanan harian anda.

Betul ni. Saya tak tipu ...

Apatah lagi jika sakit tu sudah menjadi kronik. Kaki rasa berdenyut, saraf banyak dah rosak, buah pinggang pun tak berfungsi dengan baik, badan jadi letih lesu ... dan macam-macam akibat kencing manis.

Maka sebab itu, kempen kurangkan gula patut disambut baik, dan perlu dipraktikkan sebagai gaya hidup sihat.

Jom sama-sama berkempen nak. Poster di bawah ini asalnya dalam format pdf. Anda boleh download di laman web kementerian kesihatan. Kat situ ada banyak poster cuma .. anda tak boleh buat posting dalam blog. Saya dah tukar dalam format ini .. jadi kalau anda nak .. nak letak kat blog anda..silakan .. saya ok je.

Post a Comment

4 Comments

  1. jom jalani hidup lebih sihat..

    ReplyDelete
  2. bukan orang tua sahaja boleh kena kencing manis. Budak-budak kecil yang sering di beri makanan manis tanpa kawal pun boleh jadi mangsa

    ReplyDelete
  3. sekarang pun tengah kawal pengambilan gula...

    ReplyDelete
  4. wahh teh potong kaki tuu.,

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.