Siapa yang tak kenal Peria Katak? Aha .. spesies Peria ni memang terkenal di kalangan pesakit kencing manis atau Diabetes. Ia antara petua paling popular untuk merendahkan tahap gula dalam darah, selain beberapa khasiat lain. Saya boleh katakan, Peria Katak adalah menu rasmi untuk pesakit Diabetes ... namun, buah sayuran ini tidak boleh diambil terlalu kerap kerana dikhuatiri memudaratkan. Ibu mengandung juga dilarang mengambil atau memakan buah Peria Katak kerana didakwa boleh mengakibatkan kelahiran anak pra-matang atau tidak cukup bulan.

Peria Katak atau dalam bahasa Inggeris disebut sebagai Bitter Gourd atau Bitter Mellon dianggap sebagai sayuran hijau dan buah paling pahit di dunia. Di Malaysia, Peria Katak selalu disajikan sebagai ulam-ulaman segar dengan membuang biji di tengahnya. Ada pula yang merebus Peria Katak, dan tidak kurang juga yang menggorengnya dengan tepung dan digaul bersama sambal kelapa. Ada juga yang memasak Peria Katak sebagai masak lemak bersama udang dan juga telur.

Peria Katak, Menu Rasmi Pesakit Diabetes

Peria Katak, Menu Rasmi Pesakit Diabetes
Selain dibuat ulam dan dimasak sebagai menu berkhasiat, Peria Katak juga dibuat jus minuman. Kalau anda mahu nyahtoksikan badan, boleh campurkan jus Peria Katak dengan Hirisan Lemon.... rasanya adalah pahit-pahit, manis masam gitu .. huhu.

Saya selalunya ambil Peria Katak sebagai ulam .. tak pun tumis dengan dicampurkan sedikit telur. Ada juga kadangkala makan Masak Lemak Peria. Kalau anda nak cuba masak dengan Udang Galah, boleh cuba menu resepi ni - Masak Lemak Peria Katak Dengan Udang
Menu Peria Katak
Orang yang ada penyakit Diabetes elok ambil Peria Katak ni sebagai ulam, cicah dengan sambal belacan yang pedas terangkat. In Sha Allah, rasa pahit tak terasa sangat apabila dipadankan dengan sambal belacan original (pakai lesung batu).

Fakta Nutrien dan Khasiat Peria Katak

Sedikit fakta nutrien kesihatan yang terdapat pada Peria Katak:
  • Peria Katak mengandungi kandungan kalori yang rendah.
  • Mengandungi vitamin B1, B2, B3, C, magnesium, asid folik, zink, fosforus, manganese, serta kandungan fiber yang sangat tinggi.
  • Kaya dengan zat besi.
  • Kandungan beta-karotenenya 2 kali ganda daripada yang terdapat dalam brokoli, kalsiumnya 2 kali ganda daripada bayam, potasssiumnya 2 kali ganda daripada pisang.
Khasiat dan kandungan nutrien Peria Katak
Peria Katak baik untuk pesakit kencing manis atau Diabetes sebab:
  1. Peria katak mengandungi sebatian hypoglycemic (dikenali sebagai insulin tumbuhan) yang boleh menurunkan paras gula dalam darah dan air kencing dengan berkesan.
  2. Antara masalah pesakit yang mengidap kencing manis ialah masalah kerabunan, dengan ambil Peria Katak yang tinggi kandungan beta-karotenenya, in Sha Allah dapat membantu memperbaiki penglihatan mata.
  3. Dipercayai dapat tingkatkan sistem imun dan ketahanan badan terhadap jangkitan penyakit.
Dan ada banyak lagi khasiat kesihatan Peria Katak ini.

Awas!

Namun begitu, Peria Katak tidak boleh diambil terlalu kerap. Memadai anda ambilnya dalam sekali dalam seminggu. Bukan apa, risau ia akan datangkan masalah lain dek kerana keupayaannya untuk turunkan paras gula dalam darah.

Lazimnya, benda pahit memang ada khasiat tersendiri .. apatah lagi ia berasal dari sumber alam semulajadi. Ini adalah nikmat Allah S.W.T untuk manusia ... terutama untuk mereka yang hadapi masalah penyakit kencing manis atau Diabetes.

1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement