Traveloka Banner

Mc Donald's Malaysia Tidak Lagi Sediakan Straw Mulai 1 Ogos

Siapa sini suka makan di restoran makanan segera Mc Donald's? Anda tahu tak mulai 1 Ogos 2018, anda tidak akan lagi menjumpai bekas penyimpanan straw di restoran yang terkenal seluruh dunia ini. Mulai tarikh berkenaan, Mc Donald's Malaysia tidak lagi menyediakan straw atau penyedut minuman kepada pelanggan-pelanggan mereka.

Kempen 'Say No to Straws' oleh Mc Donald's Malaysia

Mc Donald's Malaysia Tidak Lagi Sediakan Straw
Apa yang dilakukan oleh restoran ini bukan sesuatu yang baharu. Malah, banyak dah restoran di luar negara yang turut berkempen untuk mengurangkan penggunaan bahan plastik di restoran dan premis mereka.

Anda sedar kan? Bahawasanya plastik ini adalah salah satu benda yang merosakan bumi untuk jangkamasa panjang?

Ia merupakan bahan yang sukar terurai, dan tidak terbiodegrasi. Jika hari ini anda buang plastik di halaman rumah anda, lagi 100 tahun ia mungkin masih ada di situ dalam keadaan yang agak baik.

Kerana kesedaran ini, kempen untuk mengurangkan penggunaan plastik dibuat di hampir semua negara di dunia.

Dan itulah yang cuba dilakukan oleh Mc Donald's Malaysia ini.

Sebagai permulaan, perkara paling mudah, ialah tidak lagi menyediakan dan menggunakan straw yang diperbuat daripada plastik.
Say no to plastic straws

Tiada Lagi Straw Disediakan di Restoran Mc Donald's Seluruh Malaysia

Kempen 'Say No to Straw' atau 'Katakan Tidak Kepada Straw' akan dibuat oleh semua restoran Mc Donald's di seluruh Malaysia mulai 1 Ogos 2018.

Walaupun kenyataan rasmi daripada syarikat itu masih belum dikeluarkan untuk kempen seluruh Malaysia ini, namun dah terdapat beberapa cawangan restoran makanan segera ini menayangkan poster 'Say No to Straw' ini.
Kebanyakkannya tu, di Pulau Pinang iaitu tempat saya, dan juga di sekitar Lembah Klang. Di tempat lain, masih belum ada apa-apa khabar yang saya terima. Namun, saya percaya ... tak lama lagi ramai pelanggan aka mula menyedari mengenai kempen ini.

Takpe.

Kalau anda tak percaya, bolehlah jenguk-jenguk di beberapa restoran makanan segera tu sekarang. Lihat sendiri poster yang terpampang, terutama yang berdekatan kaunter tu. Lihat ada tak macam dalam gambar di bawah ini ..
Straw minuman tidak disediakan mulai 1 Ogos 2018


Itu sebab, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, saiz straw dari Mc Donald's sangat kecil. Ini dah bagi signal kepada pelanggan yang mereka memang serius untuk mengurangkan penggunaan bahan plastik itu dalam penyediaan servis makanan dan minuman di restoran mereka.

Rakyat Malaysia Gemar Pakai Straw Plastik

Kalau anda nak tahu, rakyat Malaysia secara amnya menyumbang kepada penggunaan lebih 31 juta straw minuman setiap hari. Malah, angka penggunaannya meningkat berkali-kali ganda ketika bulan Ramadan.
Katakan tidak kepada straw plastik
Juga untuk pengetahuan anda, sebatang straw dikatakan mengambil masa selama lebih 200 tahun untuk proses penguraian. Ini bukan saya kata ehh .. ini ada kajian yang beritahu. Fikir. Kecil-kecil macam tu pun, perlukan masa yang sangat lama untuk jadi bahan terurai.

Tu belum lagi bahan-bahan lain yang diperbuat daripada plastik ... yang saiznya gedabak dan berkali ganda lebih.

[Dah Baca?] Ini Sebuah Kisah Puasa Si Miskin

Jom Sokong Kempen Ini

Kempen macam ni, sepatutnya dah lama dibuat dan sepatutnya kerajaan Malaysia menyokong penuh usaha-usaha seperti ini. Dah la di Malaysia ini dilambakkan dengan bahan-bahan buangan plastik dari luar negara. Udah jadi macam negaraku tercinta ini tempat pembuangan sampah dunia dah.

Teruk.

Jom kita semarakkan lagi kempen memerangi penggunaan plastik ini untuk kesejahteraan kehidupan anak-anak masa depan.

Apa yang boleh kita buat?
  • Bawa bekas makanan sendiri kalau nak tapau (bungkus) membeli makanan di kedai-kedai.
  • Bawa bakul ke pasar.
  • Bawa beg serba guna ke pasaraya.
  • Gunakan bekas yang boleh terbiodegrasi untuk pembungkusan.
  • Asingkan sampah terutama yang diperbuat daripada plastik seperti botol plastik, bekas makanan plastik.
  • Jangan buang sampah berupa plastik merata-rata, buang di tong sampah khas untuk plastik.
  • Kurangkan penggunaan beg plastik atau apa jua diperbuat daripada plastik yang tidak boleh terurai dengan  mudah ini.
  • Ajak adik-beradik, sanak-saudara, kawan-kawan, jiran tetangga serta sesiapa sahaja yang anda kenal untuk bersama dalam kempen mengurangkan penggunaan plastik ini.
  • Sayangi alam sekitar dan bumi kita. Lestarikan ia sehabis baik.

Mungkin waktu awal ini agak sukar nak amal perkara yang teramat baik ini. Tetapi jika kita tidak mulakan dan biasakan dari sekarang, sampai bila-bila ia akan terus memudaratkan masa depan untuk anak-anak.

[Baca] Cara Saya Sokong Kempen Bebas Plastik

Takkan kita nak anak-anak, cucu-cicit kita hidup dalam timbunan plastik yang tidak boleh terurai?

Dah la proses untuk melupuskannya gunakan teknologi terkini makan kos yang tinggi. Bila dibuat pulak, ramai yang menentang habis-habisan ... huhu.

Kredit: https://www.ohmymedia.cc/

p.s: Itu sebab ramai zaman sekarang yang suka bermuka, berwajah dan berperangai macam plastik.



Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

7 Comments

  1. Lepas ni kena bawak bekal straw dlm handbag, kalo tak kejap2 kena touch up lipstik..haha

    ReplyDelete
  2. Kempen bebas plastik memang LZ dah praktik lama tapi bebas straw masih baru, kena mula kempen. Bila dah biasa nanti takde laa masalah demi menjaga alam sekitar.

    ReplyDelete
  3. Susah la nk minum air sejuk tanpa atraw...

    ReplyDelete
  4. Thanks for sharing this info.
    Saya baru tahu tapi selain itu selagi McD ada jual menu yang berunsur durian selagi itulah takkan masuk makan kat situ.. ekekeke..

    ReplyDelete
  5. Kalau ada anak pergi drive thru memang kena tggu stop le baru minum, kalau tidak haru le dalam kereta..
    Tapi memang bagus kempen ni, saya pun turut serta nanti..

    Baru nak komen, layout ni saya suka, mesra view dr sebelumnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh ... layout ni syok ekk .. mestilah kena syok, bayorrr kot .. hehe

      Delete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.