"Tak Payah Kak, Saya Tak Nak Beg Plastik!"

Salam.
Baru je baca satu entri pendek tetapi mendetikkan hati saya untuk menulis satu sketsa pendek ini, sketsa ke? Erkkk ... sebelum tu, baca ini: Cakap Tak Serupa Bikin

Dari entri tu, saya langsung cari gambar yang saya ada tangkap guna Sony Ericksson saya yang kecik molek tu. AHa .. dah jumpa .. :)


Saya bawa bekas ini, mulanya memang kosong. Berhenti di Changkat Jering sebab saya nak beli ikan Tamban dan juga kuih muih skit. Kuih muih memang banyak jual kat pasar Changkat Jering ni. Macam-macam, dan kebanyakkannya baru dimasak, maybe ada yang dah dimasak lama tetapi dipanaskan tetapi yang pasti ia tempat singgahan ramai untuk mendapat pelbagai kuih muih yang ada tu memang susah nak dapat kat tempat lain.

Banyaknya kuihhh ... Foto: Lensahasrul

Saya nak beli, lalu saya tanyakan; "Kak berapa ni, macamana kira nih?"
Akak yang jual tu cakap; "Yang ni tiga singgit ..." Sambil hulurkan plastik kat saya.
"Tak payah Kak, saya tak nak beg plastik .." kata saya sambil tunjukkan bekas kosong saya tu.

Bekas makanan memang kami suka kitar semula, dan selalu bawak bekas2 ni balik kampung. Sebab nanti bila balik ke rumah kami, nak tapau masakan dari kampung lak ..hehehe.... 

Jadi, akak tu macam terkejut gak, tapi saya senyum je, sambil hulurkan bekas saya tu untuk diisi kuih. Lalu akak tu tanya saya; "Hmm nak bekal ke mana ni dik ..??" Hmm macam sindir saya je .. hehehe....

"Hmm memang saya bawak bekas ..." saya nak teruskan ayat saya tapi takut nanti akak tu terasa hati ... yelah, takkan saya nak kata dia tak ada kesedaran sivik lak ..huhuhu ..konon bagus la saya ni lak .. jadi, saya biarkan je.

Ingatkan nak sambung cam ni;"Sebab plastik ni bahaya, bahaya pada alam sekitar dan anak cucu kita.." tapi tak terkeluar .... :)

Gitulah, kalau kita sedikit inisiatif untuk cintakan alam, kita boleh lakukan walau kadangkala bendanya simple. Anda pun boleh cuba, katakan TIDAK pada beg plastik!

*p.s: Saya pernah ke tempat pembuangan sampah, dan saya pernah secara tidak langsung berkongsi cerita dengan mereka yang bekerja di tapak pelupusan sampah ...terutama di Pulau Burung, Penang
Copywritting template

Post a Comment

7 Comments

  1. kb pun kdg2 lupe nak bwk bekas pegi kantin bile nak tapau mknan..kena byk 30sen tok beli bekas mknan kat sne..hehehe



    da bertukar wajah gak ye..hehhee

    ReplyDelete
  2. lagipun alam skitar pun akan terjaga kalau tak guna beg plastik...


    Mai la lawat blog saya:
    http://depalma-sp.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. hhmmm...saya selalu terlupa kalo gi shopping hari Sabtu...hari tanpa plastik...ggrrrr.....

    ReplyDelete
  4. MissCt p0n bse xamk beg plastik.. kalu stkat beli brg 2'3 je letak dlm beg.. bse kalu xnk beg plastik, 0rg jge kaunter tu akn letak pelekat PAID tu.. kalu kuih, mmg xpnh bwk bekal tp kalu bley, cmpur je kuih dlm 1 beg plastik.. *at least kurg ckt k0t.. hihihi

    ReplyDelete
  5. kalau kata tak nak plastik, selalu penjual kat pasar pandang pelik dan kendia diorang senyum2. tak kesah la. yang penting, selamatkan bumi, kurangkan beg plastik!

    ReplyDelete
  6. bagus.. sekarang saya kalau lunch, memang bawa bekas sendiri untuk tapau. dan pergi tesco plak memang ada bawa shopping bag.. serius ni.. bukan sebab apa... saya takut nanti kalau ada anak esok esok.. takut mereka tak berpeluang merasai nikmat udara sekarang ni.. alangkah ruginya

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com