Hadiah wang tunai RM15,000 menunggu pemenang tempat pertama untuk sebuah kontest SEO !! Cukup lumayan, dan sangat mengiurkan untuk mereka yang ada kemahiran dalam teknik SEO ini. Malah, jumlah keseluruhan hadiah wang tunai tersedia adalah sebanyak lebih daripada RM30,000.

Kontest SEO 2018 - Hadiah Pertama RM15,000; Keseluruhan RM30,000

Kontest SEO Hadiah Pertama RM15,000; Keseluruhan RM30,000
Hebat betul hadiah yang disediakan. Tetapi, ia bukan sebuah kontest SEO untuk semua. Jika anda seorang yang tamak haloba, tak kesah soal halal-haram dalam mendapat duit mudah seperti ini, mungkin kontest SEO ini adalah untuk anda.

Oh ya, buat rakan pembaca yang tidak tahu, teknik SEO adalah merupakan teknik menulis blog dan laman web supaya mudah berada di top enjin carian. Ramai blogger Malaysia malah serata dunia menggunakan teknik SEO ini untuk memastikan blog post atau entri blog mereka berada di tangga teratas carian.

Apabila blog post berada di top enjin carian, maka mudahlah blog mereka mendapat trafik yang lebih tertumpu pada satu-satu tajuk atau topik.

SEO bermaksud Search Engine Optimization atau optimasi untuk enjin carian.

Bila sebut menulis secara teknik SEO, bermakna seorang penulis blog itu menulis menggunakan kaedah-kaedah dan cara tertentu agar apa yang mereka tulis sampai kepada golongan pembaca yang ditarget, menerusi kata kunci carian di enjin carian seperti Google dan Bing.

[Dah Baca?] Rahsia Sebenar SEO Menjana Income

Teknik SEO Hebat

Kerana kepentingan dan kehebatan teknik ini, maka ada banyak syarikat, malah usahawan yang mengupah blogger untuk menulis berkaitan produk dan bisnes mereka supaya akan diketahui menerusi carian kata kunci tertentu di enjin carian.
Kontest SEO Hadiah Pertama RM15,000; Keseluruhan RM30,000

Dan kerana hebatnya teknik SEO inilah, maka wujudnya kontest-kontest SEO yang menawarkan hadiah yang cukup lumayan. Ini adalah kerana, bukan semua orang boleh menguasai teknik ini dengan betul dalam masa yang pantas. Apatah lagi teknik ini sentiasa berevolusi, sejajar dengan perkembangan teknologi carian di internet.

Jangan hairan kalau ada yang anjurkan kontest SEO dengan tawarkan hadiah seperti sejumlah wang tunai sehingga RM30,000.

Kontest SEO Malaysia Hadiah Lumayan

Kontest SEO yang berikan hadiah pertama merupakan wang tunai RM15,000 yang saya sebut di awal-awal blog post ini memang wujud, tetapi saya tak nak war-warkan secara direct kepada anda kerana ianya tidak sesuai untuk blogger Malaysia, terutama yang beragama Islam.
Kontest SEO Hadiah Pertama RM15,000; Keseluruhan RM30,000


Ini adalah kerana kontest SEO ini berkaitan dengan judi bolasepak ... hoho .. kan ke FIFA2018 tengah trending dan menjadi topik utama di enjin carian seluruh dunia. Mestilah tujuannya nak memancing orang untuk sertai judi bolasepak tu ...

Aha... patutlah mampu nak tawarkan hadiah cukup lumayan ...

Kongsi Supaya Faham Kelebihan Teknik SEO

Saya kongsikan info ini supaya nak menunjukkan bahawa, apabila kita tahu berkaitan ilmu dan teknik SEO ini memang banyak kelebihannya. Bukan setakat boleh kuasai kata-kata kunci yang boleh mendatangkan pendapatan (contohnya menerusi pengiklanan, adsense dsb); malah ia juga memungkinkan untuk peluang-peluang hebat mendapat duit dari internet, contohnya macam kontest SEO ini.
Teknik SEO Malaysia
Belajar SEO kena ambil masa. Bukan mudah kalau ada niat nak menjadi pakar SEO, apatah lagi menjadi seorang pakar SEO terbaik di Malaysia ini. Perlu bersaing. Perlu perkemaskan dan praktik ilmu yang ada.

Untuk usahawan, cuba ambil peluang ini untuk dapatkan servis daripada blogger bagi mewar-warkan bisnes dan produk jualan anda menerusi blog mereka. Carilah blog yang punyai kredibiliti dan mampu memikat ramai pembaca sasaran.

Untuk penulis blog, jangan persiakan peluang untuk belajar mengenai teknik SEO ini dan praktikkan di dalam cara serta kaedah penulisan blog anda. Ianya berbaloi apatah lagi apabila anda mahu sampaikan benda yang positif untuk saham akhirat anda.

4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. kna banyak belajar tentang sEO ni..:)

    BalasPadam
  2. Seringkali membaca tips2 SEO di Blog HH.. Dan dari sini lah leya mempelajari teknik2 seo..Tq sifu HH

    BalasPadam
  3. Bila tengok hadiah memang lumayan. Sekali berkait rapat dengan judi. Uish..bahana betul.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau mudah tertarik dengan jumlah nilai hadiah, memang boleh haup gak ni.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement