Berikut adalah senarai terkini Menteri Kabinet di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan. Ia menampilkan 13 menteri baru dilantik selain 23 timbalan menteri di bawah lebih 20 kementerian yang diwujudkan termasuklah Jabatan Perdana Menteri.

Senarai Penuh Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet 2018

Senarai Penuh Menteri & Timbalan Menteri Kabinet Malaysia 2018
Senarai di bawah adalah senarai penuh Menteri dan Timbalan Menteri yang dilantik untuk menjadi ahli Kabinet Kerajaan Persekutuan untuk tahun 2018. Perlantikan dan senarai Menteri dan Timbalan Menteri ini telah diperkenankan oleh DYMM Yang Dipertuan Agong, Sultan Muhammad V yang sebelum ini sudah menerima senarai nama Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet pada 20 Jun 2018.
Senarai Penuh Kabinet Malaysia 2018
Perdana Menteri
Tun Dr Mahathir Mohammad

Timbalan Perdana Menteri
Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail

Jabatan Perdana Menteri
Menteri (Agama) - Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa
Timbalan Menteri (Agama) - Fuziah Salleh

Menteri (Undang-undang) - Datuk Liew Vui Keong
Timbalan Menteri (Undang-Undang) - Mohamed Hanipa Maidin

Timbalan Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial) - Dr. Md. Farid Md. Rafik

Kementerian Kewangan
Menteri - Lim Guan Eng
Timbalan Menteri - Datuk Ir. Amiruddin Hamzah

Kementerian Dalam Negeri
Menteri - Tan Sri Muhyiddin bin Yassin
Timbalan Menteri - Datuk Mohd. Azis Jamman

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Menteri - Datuk Zuraida Kamaruddin

Kementerian Pertahanan
Menteri - Mohamad Sabu

Kementerian Hal Ehwal Ekonomi
Menteri - Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali

Kementerian Pendidikan
Menteri - Dr. Maszlee Malik
Timbalan Menteri - Teo Nie Ching

Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Menteri - Gobind Singh Deo
Timbalan Menteri - Eddin Syazlee Shith

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Menteri - Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail
Timbalan Menteri - Hannah Yeoh Tseow Suan

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Menteri - Haji Salahuddin Ayub
Timbalan Menteri - Sim Tze Tzin

Kementerian Kesihatan
Menteri - Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad
Timbalan Menteri - Dr. Lee Boon Chye

Kementerian Pengangkutan
Menteri - Anthony Loke
Timbalan Menteri - Datuk Kamarudin Jaffar

Kementerian Sumber Manusia
Menteri - Kulasegaran a/l V. Murugeson
Timbalan Menteri - Datuk Mahfuz Omar

Kementerian Pembangunan Luar Bandar
Menteri -  Rina Harun
Timbalan Menteri - R. Sivarasa


Kementerian Belia dan Sukan
Menteri - Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Timbalan Menteri - Steven Sim Chee Keong

Kementerian Pembangunan Usahawan
Menteri - Mohd. Redzuan Md. Yusof
Timbalan Menteri - Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli

Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli
Menteri - Dr. Xavier Jayakumar
Timbalan Menteri - Tengku Zulpuri Shah Raja Puji

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Menteri - Datuk Saifuddin Nasution
Timbalan Menteri - Chong Chieng Jen

Kementerian Kerja Raya
Menteri - Baru Bian
Timbalan Menteri - Mohd. Anuar Mohd. Tahir

Kementerian Luar Negeri
Menteri - Datuk Saifuddin Abdullah

Kementerian Industri Utama
Menteri - Teresa Kok Suh Sim
Timbalan Menteri - Shamsul Iskandar Md. Akin

Kementerian Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar
Menteri - Yeo Bee Yin
Timbalan Menteri - Isnaraissah Munirah Majilis

Kementerian Wilayah
Menteri - Khalid Abd. Samad
Timbalan Menteri - Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Menteri - Ignatius Darell Leiking
Timbalan Menteri - Dr. Ong Kia Ming

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya
Menteri - Mohamaddin Ketapi
Timbalan Menteri - Bakhtiar Wan Chik

Mesti ramai yang kurang mengenali mereka yang telah dilantik menjadi Menteri dan Timbalan Menteri seperti di dalam senarai di atas tu kan? Saya sendiri pun tercari-cari wajah mereka ...kerana memang tidak maklum secara mendalam mengenai arena politik Malaysia ni.

Harapan Terhadap Kabinet Malaysia 2018

Pun begitu, saya dan ramai rakyat Malaysia mengharapkan mereka yang telah dilantik ke jawatan-jawatan tertinggi di dalam kabinet serta kementerian ini akan dapat menjalankan amanah serta tanggungjawab terbaik untuk rakyat.

Pastinya kita mahu menteri-menteri dan timbalan menteri ini bebas dari korupsi, lebih telus dan tanpa niat lain selain menjadikan Malaysia sebuah negara aman, damai, makmur serta dipandang tinggi oleh negara luar. In Sha Allah.

3 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement