02 Julai 2018

Top 5 Negeri Popular Destinasi Pelancong Domestik 2017

Kerja Kosong Sambilan
HASRUL HASSAN Online Blog

Saya nak kongsikan satu fakta hangat menarik mengenai data pelancongan untuk tahun 2017. Ia adalah mengenai keputusan satu survey yang menunjukkan negeri-negeri yang menjadi tumpuan para pelancong domestik untuk tahun 2017.

Top 5 Negeri Popular Destinasi Pelancongan Domestik 2017

Top 5 Negeri Popular Destinasi Pelancongan Domestik 2017
Info begini sebenarnya bagus untuk mereka yang mengusahakan produk-produk pelancongan seperti hotel penginapan, homestay, pakej pelancongan dan sebagainya. Ia juga sesuai untuk mereka yang mungkin nak tahu destinasi tempatan manakah paling syok untuk dilawati di Malaysia.

Mengikut infografik yang disediakan oleh Bernama, menerusi Survey Pelancongan Domestik 2017, lima negeri yang menjadi tumpuan domestik ialah Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak.

Infografik Survey Pelancongan Domestik 2017

Top 5 Negeri Popular Destinasi Pelancongan Domestik 2017


Kajian menunjukkan Selangor menjadi negeri paling popular dengan mencatatkan jumlah pelawat domestik sebanyak 25.5 juta untuk tahun 2017. Negeri Perak pula menjadi tumpuan kedua tertinggi, dengan mencatatkan jumlah pengunjung domestik sebanyak 20.1 juta pelancong.

Perak menjadi antara negeri popular untuk destinasi pelancongan mungkin disebabkan oleh promosi Tahun Melawat Perak 2017 yang giat dibuat. Saya sendiri secara tidak langsung terlibat dalam mempromosikan negeri Perak sebagai destinasi pelancongan tempatan pilihan untuk tahun 2017 .. hehe..

[Dah Baca?] 24 Perkara Perlu Tahu Jika Mahu ke MAPS Perak

Kuala Lumpur pula berada di tangga ketiga menjadi negeri tumpuan untuk pelancongan domestik pada tahun 2017. Survey mencatatkan sebanyak 19 juta pelancong domestik telah berkunjung ke Kuala Lumpur yang menjadi destinasi utama untuk membeli-belah di Malaysia.

5 Tujuan Utama Perjalanan Pelancong Domestik

Lima tujuan yang dikenal-pasti menerusi kajian tersebut adalah:
  1. Melawat saudara-mara dan rakan - 41.9%
  2. Membeli-belah - 31.1%
  3. Percutian atau mengisi masa lapang - 13.2%
  4. Hiburan, acara khas dan sukan - 5.8%
  5. Rawatan perubatan dan penjagaan diri - 3.6%

Hasil pelancongan domestik ini membabitkan perbelanjaan di kalangan pelancong juga meningkat sebanyak 11.1 peratus berbanding pada tahun 2016, berkadaran dengan peningkatan jumlah pelancong tempatan ke destinasi-destinasi pilihan di Malaysia iaitu sebanyak 8.5 peratus.

Hmm nampaknya, rakyat Malaysia masih lagi tiada masalah untuk melancong dan membuat perjalanan di tahun 2017. Malah, terdapat peningkatan dari segi itu. Ia satu lifestyle Malaysia.

Rakyat Malaysia memang gemar bercuti dan melancong. Apatah lagi terdapat banyak tempat menarik yang ada di Malaysia yang belum diexplore sepenuhnya, selain tertarik dengan pelbagai promosi berkaitan pelancongan domestik yang disediakan oleh syarikat-syarikat pengendali pakej pelancongan.

[Dah Baca?] Pakej Percutian Korea di Musim Sejuk

Keadaan seperti ini sebenarnya bagus untuk ekonomi negara, kerana ia membantu menggiatkan perniagaan dan pengaliran wang di dalam negara. Harapnya tahun 2018 juga begitu juga. Siapa lagi nak bantu ekonomi negara bergerak cergas kalau tidak rakyat Malaysia sendiri kan?

Sumber: Bernama

Top 5 Negeri Popular Destinasi Pelancong Domestik 2017 Hasrul Hassan 4.5 of 5
Saya nak kongsikan satu fakta hangat menarik mengenai data pelancongan untuk tahun 2017. Ia adalah mengenai keputusan satu survey yang menun...

Artikel Terkait

1 Komen so far

Pelik jugak Penang tak ada dalam senarai Top 5 tapi Selangor?

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.
EmoticonEmoticon