RinggitPlus Banner

Int3tree Makanan Tambahan Terbaik Untuk Anak

AI Trade
Anda tahu pasal Int3tree tak? Aha .. sekarang ni, dah banyak nampak iklan pasal produk ni kat mana-mana. Kalau anda nak tahu, Int3tree ni merupakan makanan tambahan yang bagus untuk anak-anak. Dalam post kali ini, saya nak ceritakan serba-sedikit mengenai produk ni.

Int3tree adalah produk pemakanan terbaru untuk kanak-kanak, dan ianya bagus untuk tumbuhbesaran dan sangat sesuai untuk perkembangan minda, tingkah-laku dan kecergasan.

Int3tree Makanan Tambahan Bagus dan Terbaik Untuk Anak

Int3tree Makanan Tambahan Bagus dan Terbaik Untuk Anak
Saya pasti ramai ibu bapa yang mahukan anak yang cergas fizikal dan mental kan? Seperti juga saya, mestilah saya nakkan anak-anak saya sentiasa berada di dalam keadaan yang sihat, cergas dan cerdas. Jadi, Int3tree ini adalah merupakan pilihan yang sangat bagus sebagai bahan pemakanan tambahan mereka hari-hari supaya dapat bantu dalam perkembangan minda serta fizikal.

Secara amnya, Int3tree adalah merupakan satu makanan tambahan minda berasaskan serbuk coklat gelap (dark chocolate) yang didatangkan dalam bentuk sachet. Ia dipercayai merupakan yang pertama seumpamanya di dunia dalam bentuk ini, khas untuk kanak-kanak.

Kelebihan Int3tree Untuk Anak

Meh tengok apa kelebihan pada produk ini ...

  • Membantu menstabilkan emosi anak. Ia akan menjadikan mereka lebih ceria, gembira, lebih mendengar kata, selain berani untuk ke depan, kurang gugup dan lebih bersemangat untuk belajar.
  • Membantu mencergaskan fizikal dan memberi tenaga tambahan. Jadi, anak-anak tidak akan nampak lemau dan terasa mengantuk semasa berada di sekolah. Ia akan menjadikan mereka sentiasa bertenaga hingga ke petang.
  • Membantu dalam mencerdaskan minda. Anak-anak akan menjadi lebih fokus serta mudah faham apa yang dipelajari di sekolah. 

Cara pengambilan produk ini sedikit unik dan agak lain dari kebiasaan kita mengambil makanan tambahan ni.

Cara Ambil Int3tree untuk Anak

Kalau biasa, produk bentuk sachet, kita perlu bancuh dan minum. Tetapi produk Int3tree ini kita perlu tuangkan serbuk dalam sachet tu terus ke bawah lidah. Aha .. bab cara makan ni, memang kena ajar betul-betul pada anak supaya mereka boleh dapat 100% manfaat daripada Int3tree ni.

Ambil Int3tree hanya sekali sahaja sehari iaitu pada waktu pagi. Koyak sachet, dan tuang terus bawah lidah.

Kenapa kena buat cara makan macam tu? Aha .. mesti ada yang tertanya-tanya kan?

Ini adalah kerana produk Int3tree menggunakan teknologi nano. Saiz molekul yang halus akan membolehkannya diserap terus oleh kapilari darah dan dibawa ke seluruh badan menerusi serapan di bawah lidah. Kajian menunjukkan bahawa kadar serapan nutrien adalah lebih tinggi di bawah lidah dengan kawasan lain di dalam tubuh. Berbanding dengan makanan tambahan yang diambil secara oral (ditelan), makanan akan terus ke perut lalu diurai oleh asid perut. Jadi, peratusan serapan akan berkurang.

Sesuai Untuk Anak Berusia 3 Tahun Ke Atas

Int3tree ini diformulasi untuk anak-anak dari usia 3 tahun dan boleh diambil hingga usia 22 tahun. Jadi cukup hanya 1 sachet setiap pagi.

Namun, kalau ada yang ambil dan nampak kesan baik dari Int3tree ini, boleh teruskan pengambilan produk ini sebanyak 2 sachet sehari - untuk mereka yang berusia lebih daripada 22 tahun.

Dinasihatkan juga, kalau ambil produk ini, mesti kena amalkan pengambilan air masak atau air putih dengan kerap. Ini adalah kerana air merupakan agen untuk peredaran darah yang lancar. Darah ini yang akan bantu salurkan segala khasiat yang ada bila ambil Int3tree ini.

Ingat ya, 1 sachet sehari dan kena minum air putih banyak-banyak. :)

Int3tree Makanan Tambahan Bagus dan Terbaik Untuk Anak
Int3tree Makanan Tambahan Bagus dan Terbaik Untuk Anak


Produk yang berasaskan coklat gelap memang bagus sebenarnya untuk anak-anak, malah untuk orang dewasa juga. Dari segi kajian, coklat gelap didapati dapat meningkatkan aliran darah ke otak dan juga baik untuk jantung. Ia dipercayai sangat membantu meningkatkan fungsi kognitif anak-anak.

Bukan itu sahaja, coklat gelap juga boleh bantu kurangkan stress, dan kembalikan mood. Siapa yang rasa sedih, gelisah dan kurang ceria, elok ambil bahan pemakanan yang ada coklat gelap seperti Int3tree ini.

Int3tree ni bagus sebagai makanan tambahan terbaik untuk anak-anak zaman sekarang. Yelah, zaman sekolah sekarang ni memang mencabar, pagi petang dok belajar dan ada yang kena berada di sekolah dalam tempoh yang panjang.

Ada pula tu, kena hadiri tuisyen atau kelas tambahan untuk catch-up silibus yang terkebelakang.

Sebagai ibu bapa, siapa yang tak nak terbaik untuk anak-anak kan? Cubalah Int3tree ni, anak-anak pasti suka dengan rasa coklat yang ada pada Int3tree ni. Dapat rasa coklat sedap, dapat juga kelebihan yang ada pada Int3tree ini. In Sha Allah.

Info dan Maklumat Lanjut

Kepada sesiapa yang berminat nak mencuba produk ini, atau nak dapatkan info lebih lanjut, boleh hubungi rakan saya:

Puan Khadijah Zulkofli
Mastermind Stokis Kerian
Tel/whatsApp: 0124945524 (Direct WhatsApp)
FB: Khadijah Dee



Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

0 Comments