RinggitPlus Banner

Gambar Raya Serba Biru di Batu Gajah

AI Trade
Kisah Hari Raya 2018. Tak habis lagi, ada beberapa kisah yang nak saya ceritakan. Ada tragedi. Ada detik cemas. Post kali ini, saya nak kongsikan beberapa gambar raya kami sekeluarga di Batu Gajah, Perak.

Batu Gajah adalah tempat kelahiran saya. Tapi saya tak bersekolah di sini. Saya bersekolah di Kuantan, Pahang. Kampung saya di Batu Gajah, terletak di tepi jalan je .. menuju ke arah pekan yang  terkenal dengan Udang Galah, iaitu Tanjung Tualang.

Gambar Hari Raya Serba Biru di Batu Gajah

Siapa pakai baju raya sedondon warna biru pada Hari Raya tahun ini? Aha .. kita geng .. haha. Tapi baju raya yang kami pakai bukan baju baru.... ia baju raya tahun 2016. Saya pernah cerita pasal baju raya warna biru ni, yang kebetulan sama dengan warna kereta Perodua Bezza.

Jem betul...haha. Kalau biasa orang kaitkan baju raya dengan warna langsir atau sofa, tapi kali ni, disamakan dengan warna kereta .. haha. Dah la kami ni tak ada pun kereta Bezza ni.
Gambar Hari Raya Serba Biru di Batu Gajah
Gambar Hari Raya Serba Biru di Batu Gajah
Gambar Hari Raya Serba Biru di Batu Gajah
Gambar raya yang saya ambil ni tak berapa cantik sangat, mungkin kerana setting kamera telefon Oppo R9s tak berapa tepat. Silap betul gunakan flash ... adui. Tapi kalau ambil gambar di luar rumah, kamera telefon Oppo memang cantik.

Cuba bandingkan gambar-gambar raya di 1 Syawal saya sekeluarga semasa beraya di Parit, Perak .. iaitu kampung isteri saya. Jauh beza tu. Boleh tengok di post ini - Beraya 1 Syawal di Parit Perak



Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

0 Comments