Dah lama tak singgah makan di Restoran D'Bukit, Changkat Ibol. Baru-baru ni, kami sekeluarga singgah di restoran yang pernah viral dengan Milo Ais Kepal ini. Changkat Ibol terletak di Changkat Jering. Kalau anda keluar tol Changkat Jering, belok ke kanan, dan terus menuju ke simpang menunjukkan arah Changkat Ibol.

Layan Nasi Ayam D'Bukit Changkat Ibol

Restoran ini memang selalu disinggahi ramai orang. Menu makanan yang disediakan memang best-best belaka. Kalau singgah di Restoran D'Bukit Changkat Ibol, jangan lepaskan peluang untuk mencuba Mee Rebus Tulang dan juga Milo Ais Kepal.
Nasi Ayam D'Bukit Sedap

Kali ini, saya singgah dan telah mencuba menu Nasi Ayamnya. Nasi Ayam Restoran D'Bukit tak ada beza sangat dengan menu nasi ayam di tempat lain. Ia sedap, kena dengan selera saya.

Saya sebenarnya jarang makan Nasi Ayam di luar ni; sebabnya ialah isteri saya adalah seorang yang pandai membuat nasi ayam yang sedap. Kalau ada apa-apa event atau ada rakan kami nak datang bertandang ke rumah, mesti juadah Nasi Ayam akan jadi menu utama.
Nasi Ayam D'Bukit Sedap


Nasi Ayam D'Bukit Sedap

Saya makan Nasi Ayam D'Bukit bersama Sup Tulang. Aha .. Sup Tulang D'Bukit memang best. Siap disediakan dengan sos kicap cili api yang terangkat. Kalau makan nasi panas dengan Sup Tulang ni pun dah cukup best. Daging pada tulang mudah lerai, dan lembut untuk dikunyah.

[Dah Baca?] Sup Hameed Penang, Sempoi Cicah Dengan Roti Benggali

Jangan lupa untuk baca beberapa post lain mengenai menu-menu sedap lain yang ada di Restoran D'Bukit, Kg Cengal Jantan, Changkat Ibol ini ye ... boleh gunakan kekotak 'Carian' yang telah saya sediakan.

Komen Anda

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

Bisnes Tudung Online
Sebelumnya Seterusnya
Lubuk Bundle Gred AA

Dropship USD