Anda pengguna Streamyx macam saya tak? Jika ya, dah tahu pasal free speed upgrade dari Telekom Malaysia (TM) tak? Dah semak ke samada layak atau tak? Dah tengok samada di tempat anda ada kemudahan free speed upgrade untuk Streamyx?

Aha, jika belum, anda boleh membuat semakan dan seterusnya pendaftaran untuk mendapatkan free speed upgrade ini, khususnya untuk pengguna Streamyx dan juga Unifi.

Cara Semak Kelayakan Free Speed Upgrade Pengguna Unifi & Streamyx

Cara Semak Kelayakan 'Free Speed Upgrade' Unifi Streamyx
Semakan boleh dibuat secara online di laman web Unifi. Semakan adalah untuk semua pengguna sedia ada pakej Unifi dan juga Streamyx yang kini dikenali sebagai Unifi Broadband.

Cara-caranya mudah sahaja.

Langkah-Langkah Semak Online 'Free Speed Upgrade' TM Unifi/Streamyx

Cara Semak Kelayakan 'Free Speed Upgrade' Unifi Streamyx


  1. Anda pergi ke laman web Unifi semakan Free Speed Upgrade di sini - https://unifi.com.my/turbo-upgrade/index.html
  2. Atau jika anda seorang pengguna Streamyx, boleh terus ke sini - https://unifi.com.my/unifi-en/turbo-upgrade-verify.page?id=Broadband
  3. Anda kemudian diminta untuk mengisi butiran nama, nombor kad pengenalan dan juga ID pelanggan (merupakan id dalam bil TM, contoh: jamil@streamyx). Boleh rujuk - Cara Semak Bil Unifi/Streamyx Secara Online
  4. Masukkan captcha disediakan untuk memastikan anda adalah benar seorang pelanggan TM.
  5. Kemudian, anda akan dibawa ke laman untuk sahkan login id, alamat email, nombor telefon bimbit. Paparan juga akan tunjukkan Free Upgrade Speed yang bakal anda terima.
  6. Seandainya anda layak dan boleh menerima Free Upgrade Speed ini, satu pop up akan keluar, menyatakan "Congratulations". Ia juga akan paparkan tarikh jangkaan untuk anda menerima kemudahan speed upgrade Streamyx anda.

Semak Upgrade Speed TM Unifi/Streamyx
Sukacita dimaklumkan juga, TM Unifi turut menyenaraikan beberapa terma dan syarat untuk melayakkan anda mendapatkan Free Speed Upgrade ini. Ini termasuklah pengguna bebas dari senarai hitam TM, dan kebergantungan terhadap fasiliti naik-taraf yang ada di tempat anda.

[Baca Juga] Cara Semak Coverage Unifi di Tempat Anda

Harga atau caj bulanan akan kekal sama dengan apa yang anda bayar sekarang.

Peningkatan kelajuan percuma untuk pengguna TM dijangka akan bermula pada 15 Ogos merangkumi pengguna-pengguna di rumah kediaman.

[Baca] Pakej Unifi Baru Bermula 15 Julai 2018

Aha, buat mereka yang dah semak, dan didapati layak untuk terima Free Speed Upgrade ni, saya ucapkan tahniah la ye .. huhu...

Saya masih lagi belum dapat akses ke laman web semakan Free Upgrade tu memandangkan ia sedang alami gangguan dek kerana menerima banyak bebanan trafik.

Haha .. aiyo ..


Buat mereka yang mungkin nak membuat semakan seperti saya, baik elok dilakukan malam ini atau esok sahaja apabila bebanan trafik ke laman web TM Unifi tu dah reda sedikit. Tak perlu nak sesak-sesak sangat, sebab tempoh nak naik-taraf pun lambat lagi.

Atau anda boleh je terus ke mana-mana TM Point atau TM Centre untuk buat semakan.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement