14 Julai 2018

Unifi Basic 30Mbps - RM79 Sebulan

Kerja Kosong Sambilan
HASRUL HASSAN Online Blog

Pelan Unifi Basic 30Mbps baru, Harga  RM79 sebulan. Telekom Malaysia pada 12 Julai 2018 telah mengumumkan pelan Unifi baru, dinamakan sebagai Unifi Basic. Pelan ini ditujukan secara eksklusif kepada pengguna isi rumah dengan pendapatan kurang RM4500.

Ianya pelan baru menggantikan pelan sedia ada, dengan penurunan harga lebih 50%.

Unifi Basic 30Mbps - RM79 Sebulan

Unifi Basic 30Mbps - RM79 Sebulan
Harga yang ditawarkan untuk pelan Unifi Basic ini memang murah. Pun begitu, pelan ini hanya menawarkan akses kepada internet sahaja. Walaupun ia ditawarkan pada kelajuan mencapai 30Mbps, tetapi ia diterhadkan kepada penggunaan 60GB kuota data setiap bulan.

Satu pelan yang murah, tetapi ada kuota. Ia bukan unlimited.


Daripada info yang saya terima, pendaftaran untuk Unifi Basic ini boleh dilakukan mulai 15 Ogos 2018 menerusi laman web Unifi. Disebabkan ia merupakan pelan data internet untuk golongan yang berpendapatan kurang RM4500 sebulan, maka permohonan akan bergantung kepada beberapa kriteria khusus.

Jadinya, bukan semua orang boleh mendaftar pelan Unifi Basic 30Mbps ini.

Pihak Telekom Malaysia (TM) bukan setakat umumkan pelan Unifi Basic yang baru, tetapi juga beberapa pakej dan pelan lain, ini termasuklah untuk pelanggan Unifi sedia ada. Ada proses naik-taraf kelajuan untuk pelanggan Unifi sekarang.

Untuk pelanggan Unifi sedia ada, bermula 15 Ogos 2018, kelajuan Internet akan di-turbo-kan berdasarkan kelajuan yang dilanggani sekarang. Naik taraf adalah seperti berikut:
  • 20Mbps kebawah akan dinaikkan sehingga 100Mbps
  • 30Mbps akan dinaikkan sehingga 300Mbps
  • 40Mbps akan dinaikkan sehingga 500Mbps
  • 100Mbps akan dinaikkan sehingga 800Mbps
Ehemmm ...

Bagaimana pula dengan pelanggan TM yang melanggan pakej Streamyx macam saya ni? Takkan saya tak dapat apa-apa naik-taraf? Aha ..

Menurut TM, ia akan memperkenalkan naiktaraf pelan untuk pelanggan Streamyx kepada Unifi di kawasan yang ada liputan Unifi. Jika tidak ada, pelanggan Streamyx sedia ada akan merasai peningkatan kelajuan dua kali ganda tanpa sebarang caj tambahan.

Selain daripada pelan Unifi Basic dan pelan Unifi Turbo ini, TM turut perkenalkan Unifi Lite Plan, Advance Plan dan Pro Plan masing-masing ditawarkan pada harga RM129 (10Mbps) , RM139 (30Mbps) dan RM329 (100Mbps) bermula 15 Ogos ini.

Jika anda bandingkan dengan harga pelan untuk pakej Advance Plan 30Mbps sekarang; ia kini ditawarkan pada harga RM40 lebih murah, iaitu pada harga promosi RM139.

Buat semua pelanggan Unifi dan Streamyx sedia ada, tunggu sahaja surat tawaran daripada pihak TM nanti. Jangan terkejut pulak tetiba anda guna internet, ia tetiba memecut laju ... hahaha ... kalau speed dok sama gak, atau jadi makin kurang .. jangan teragak-agak, buat sahaja report pada TM dan tuntut rebat.

Unifi Basic 30Mbps - RM79 Sebulan Hasrul Hassan 4.5 of 5
Pelan Unifi Basic 30Mbps baru, Harga  RM79 sebulan . Telekom Malaysia pada 12 Julai 2018 telah mengumumkan pelan Unifi baru, dinamakan seba...

Artikel Terkait

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.
EmoticonEmoticon