RinggitPlus Banner

Blog Catat 143,536 PV Pada Jun 2018

AI Trade
Sekali lagi, saya bawakan kepada anda statistik trafik blog ini. Post kali ini saya akan kongsikan jumlah trafik atau pagevivews (PV) diterima untuk bulan Jun 2018. Secara amnya, blog ini telah berjaya mencatat sebanyak 143,536 PV untuk keseluruhan bulan Jun 2018.

Blog Catat Penurunan Trafik Blog Kepada 143,536 PV Pada Jun 2018

Stats blog jun 2018


Angka ini menunjukkan penurunan berbanding jumlah trafik pada bulan sebelumnya iaitu bulan Mei 2018 dengan 159,155 PV. Penurunan lebih 10K PV.

Blog mencatat penurunan jumlah trafik kepada 143,536 PV atas banyak sebab. Pertamanya ialah kerana perubahan template blog ini yang sedikit sebanyak mengganggu enjin carian, dan juga Rich Site Summary (RSS) blog.

Butiran trafik tu .. anda boleh tengok seperti di bawah ini yang diambil dari analisa Google Analytics.

Statistik blog hasrulhassan pada Jun 2018
Statistik blog hasrulhassan pada Jun 2018
Saya difahamkan setiap kali template blog berubah, ia akan beri kesan mendadak kepada jumlah trafik blog terutamanya untuk blogspot yang menggunakan servis ping Feedburner. Blog post terbaru akan lambat untuk disiarkan untuk hebahan ke seluruh internet menerusi RSS yang telah terganggu akibat perubahan kod-kod dalaman blog.

Saya sepatutnya sedar akan 'bahaya' ini. Namun, sebagai seorang yang sangat gemar menukar template blog bila dah rasa bosan, maka inilah akibat yang perlu saya tanggung sendiri. Haha .. padan muka.

Kadar bounce rate juga nampaknya telah naik sehingga mencecah 8%.

Manakala, dominasi pengunjung yang singgah adalah terdiri daripada wanita dan mereka yang berumur antara 25-34 tahun.

Pun begitu, blog ini masih ada tarikan dari segi penawaran iklan kerana didapati ramai pengunjung yang datang ke blog mendapatkan info tentang beberapa tajuk niche khusus berikut:
Apa pembaca cari dalam blog hasrulhassan.com

  • Real Estate/Residential Properties
  • Travel/Trips by Destination/Trips to Asia-Pacific/Trips to Malaysia
  • Travel/Hotels & Accommodations
  • Consumer Electronics/Mobile Phones
  • Education/Primary & Secondary Schools (K-12)
  • Financial Services/Investment Services
  • Employment
  • Gifts & Occasions/Wedding Planning
  • Education/Post-Secondary Education
  • Financial Services/Tax Services
Itu sebab kadangkala anda dapat melihat iklan-iklan daripada Google Adsense yang memaparkan iklan berkaitan hartanah, berkaitan pelancongan dan percutian, tempahan hotel dan tempahan penerbangan selain iklan promosi berkaitan telefon pintar dan juga produk konsumer.

Andai anda seorang blogger yang cuba meningkatkan income menerusi pengiklanan Google Adsense, maka perhatikan bahagian Audience - Interests di Google Analytic untuk membantu anda menulis artikel yang menjana pendapatan.

Adsense

Malah, ia boleh dijadikan panduan untuk anda sebagai blogger menawarkan khidmat menulis review atau advertorial berkaitan topik tersebut di blog anda.

Semoga bermanfaat.

Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

0 Comments