RinggitPlus Banner

Adwords Tiada Lagi, Dikenali Google Ads Mulai 24 Julai

AI Trade
Platform pengiklanan untuk usahawan dan pemilik bisnes di internet, iaitu Google Adwords akan alami perubahan jenama tidak lama lagi. Adwords bakal dikenali sebagai Google Ads bermula dari 24 Julai 2018, begitu menurut pengumuman yang dibuat oleh pihak Google.

Adwords Tiada Lagi, Akan Dikenali Sebagai Google Ads

Jenama Google Ads ini akan mencerminkan semua jenis kempen pengiklanannya yang telah tersedia termasuklah pada carian, paparan serta video. Anda bakal melihatkan logo Google Ads yang baru berbentuk huruf V terbalik dengan 3 warna tidak lama lagi.
Adwords Akan Dikenali Google Ads

Jika anda salah seorang yang menggunakan platform pengiklanan Google Adwords, jangan terkejut dengan penjenamaan semula ini.

Mulai 24 Julai 2018, anda akan mula melihat jenama atau brand Google Ads ini tersebar - termasuklah nama dan logo yang baharu, di semua platform yang mengandungi iklan dari Adwords terdahulu. Anda akan nampak perubahan ini dalam antaramuka di Adwords, dokumentasi melibatkan pengiklanan Google termasuklah invois dan bil dikeluarkan oleh Adwords sebelum ini.

Malah, perubahan ini turut berlaku pada URL iklan yang tersedia, dari adwords.google.com menjadi ads.google.com.


Adwords Akan Dikenali Google Ads

Pusat Bantuan juga akan berubah dari support.google.com/adwords menjadi support.google.com/google-ads.

Pun begitu, perubahan pada penjenamaan ini tidak akan memberi pengaruh kepada navigasi, prestasi atau pelaporan kempen iklan yang sedang berjalan.

[Panduan] Ketahui Cara Nak Beriklan Dengan Kos Murah Gunakan Adwords

Untuk mereka yang telah menggunakan Adwords sebagai medium pengiklanan di internet ini, boleh dapatkan butiran berkaitan perubahan ini dengan lebih lanjut, termasuk perubahan pada brand DoubleClick Digital Marketing dan Google Analytics 360 Suite,  di sini - jenama baru untuk produk iklan kami.

Semoga informasi ini bermanfaat dan tidak akan membuatkan anda terkejut nanti bila nak beriklan di Google Adwords... hehe.

Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

0 Comments