Traveloka Banner

'Misi Riuh Raya' - Filem Web Raya 2018 Petronas

Dah tonton iklan Raya 2018 terkini dari Petronas tak? Rasanya ramai kot yang menunggu iklan hari raya terkini daripada Petronas, sama juga dengan TNB dan Telekom. Syarikat-syarikat ini selalunya ada iklan raya yang cukup best. Kali ini, Petronas muncul dengan satu filem web raya bertajuk 'Misi Riuh Raya'.

Saya dah tonton iklan raya terkini dari Petronas 'Misi Riuh Raya' ni malam tadi, selepas saya publish pasal iklan raya TNB bertajuk 'Rumah Epik Fantastik'. Hmm memang best. Syok la layan...

'Misi Riuh Raya' - Filem Web Raya 2018 Petronas

'Misi Riuh Raya' - Filem Web Raya 2018 Petronas
Petronas menyatakan bahawa 'Misi Riuh Raya!' adalah sebuah filem web yang dimuat-naik ke YouTube sempena Hari Raya Aidilfitiri yang akan disambut pada 15 Jun 2018. Filem web? Hmmm tak biasa lagi gunakan istilah ni.

Orait. Apa yang menarik dengan filem web 'Misi Riuh Raya' ?

Filem web tersebut mengisahkan kepulangan mengejut dan misi khas lima beradik dalam memastikan Hari Raya disambut lengkap seluruh keluarga.


'Misi Riuh Raya!' boleh ditonton bermula 6 Jun di laman rasmi YouTube Petronas, manakala, bagi iklan komersial 60 saat akan mula ditayangkan di televisyen bermula7 Jun 2018.

Filem web ini juga akan ditayang di pawagam terpilih di seluruh negara mulai 14 Jun 2018.....

[Dah Tengok?] Raya Chin - Sebuah Filem Pendek Raya Tentang Pengorbanan LADY BOSS

Belum tonton filem web atau filem pendek Raya 2018 daripada Petronas ni? Meh tengok di bawah ni, klik je butang 'play'.

Video Misi Riuh Raya dari Petronas



Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.