Hari tu, saya pernah tanya tentang Lady Boss di Facebook. Ramai rakan-rakan saya dalam FB tak ada masalah pun kalau dapat boss seorang wanita. Malah, ramai yang puji boss mereka, walaupun ada masa boss mereka agak moody.
Raya Chin - Sebuah Iklan Raya 2018 dari MStar
Saya tak pernah ada pengalaman kerja mempunyai boss seorang wanita. Tapi, saya tahu ciri-ciri boss wanita yang ramai orang suka .. hehe .. dan saya pernah tulis mengenainya satu waktu dahulu.Video iklan Raya Chin, adalah merupakan iklan Hari Raya terbaru 2018 daripada Star Media Group.
Sebuah iklan Raya 2018 antara paling best selepas video raya 'Rumah Epik Fantastik'.
Iklan Raya Chin ini menyorot kisah seorang boss wanita di tempat kerja, yang mementingkan tugas lebih daripada keluarganya sendiri.
Siapa yang kerja di pejabat memang wajar tonton video Raya Chin ini .. kenapa? kena tontonlah baru tahu mesej yang ingin disampaikan.
Sinopsis Ringkas Raya Chin
Haha sebut sahaja 'lady boss', pasti ramai yang akan membuat pelbagai telahan negatif seolah-olah ketua yang dimaksudkan itu adalah seorang yang tidak bertimbang rasa. Situasi sama berlaku kepada Chin, seorang ketua yang sering dipandang serong oleh rakan sepejabatnya.Namun benarkah Chin sangat tidak bertimbang rasa? Adakah Chin tidak sensitif mengenai puasa dan raya yang hanya disambut setahun sekali? Star Media Group mempersembahkan 'Raya Chin' sempena Aidilfitri 2018.
Video Iklan Raya 2018 - Raya Chin
Anda rasa tersentuh dengan video iklan ini? Adakah anda seorang lady boss di pejabat? Adakah di pejabat anda ada lady boss?
Kongsikan video ini kepada rakan anda yang lain. Buat mereka faham, dan raikan Hari Raya 2018 dengan penuh insaf, syukur dan berterima kasih.
layan jugak
ReplyDeleteBest iklan ni .. hehehe .. siapa yang jadi boss pun mesti ikut teladan boss wanita ni .. hehe. Barulah leh dapat KAD RAYA dari staff .. huhu
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.