Kalau anda seorang usahawan yang serius, tentu sudah kenal dengan platform pengiklanan Adwords ini. Kalau belum ... hmmm memang rugilah anda tak ketahui ilmu pemasaran dan promosi Adwords ni. Rugi kenapa? Sebab ia antara medium iklan termurah untuk mengiklan produk ke serata dunia secara online.

Adwords ni dah lama ada, ia merupakan cabang Adsense. Jika Adsense untuk penulis blog dan pemilik laman web untuk jana income online, Adwords ini pula ada platform mengiklan untuk usahawan yang nak dapatkan pelanggan menerusi internet.

Belajar Buat Iklan Adwords Tanpa Hadiri Seminar

Belajar Buat Iklan Adwords Tanpa Hadiri Seminar
Adwords dengan Adsense ni memang berkait rapat .. satu company iaitu Google.

Aha... takkan tak tahu pasal Google kot? Anda guna internet hari-hari, mesti tahu pasal Google. Apa yang Google buat atau sediakan untuk anda? Salah satunya ialah enjin carian.

Tengok macam di bawah ni ...
Belajar Buat Iklan Adwords Tanpa Hadir Seminar
Nombor satu (1) tu adalah bentuk iklan Adwords yang selalunya akan nampak bila anda gunakan Google. Contoh di atas, saya Google "kedai iphone terbaik di Langkawi".

Mereka yang datang ke Langkawi, yang mungkin nak cari tempat beli iPhone bebas cukai atau mungkin nak repair iPhone mereka yang rosak, boleh nampak dua-dua post di atas, ketika mereka gunakan smartphone atau komputer gunakan Google ... cuba try cari .. huhu.

Yang dua (2) tu adalah merupakan cara nak iklan juga, tetapi menggunakan blog atau perkhidmatan/servis oleh pemilik blog macam saya. Pemilik blog macam saya akan tulis review tentang kedai tersebut di blog, bila orang Google akan nampak dan baca, lalu merujuk pada kedai yang dimaksudkan.

Ni dua cara nak letak atau buat iklan di enjin carian seperti Google.

Usahawan Internet Wajar Buat Iklan di Internet



Ramai usahawan yang suka gunakan Adwords kalau nak beriklan di internet ni sebab ianya melibatkan kos yang rendah untuk satu satu tempoh ditetapkan. Lepas tu, boleh letak gambar, video dan macam-macam menggunakan Adwords ni.

Untuk hasilkan sebuah iklan Adwords yang baik, kena lihat banyak faktor seperti ayat apa yang nak ditulis, gambar apa yang mesti dimasukkan, siapa target audience untuk liihat iklan Adwords tersebut dan beberapa lagi setting perlu buat.

Belajar Buat Iklan Cara Betul

Adwords walaupun ianya satu cara pengiklanan murah di internet, anda perlu belajar untuk menghasilkan sebuah iklan yang bagus dan kaedah nak dapatkan kos murah tu. Tak leh nak main hentam sahaja ..

Ada cara nak belajar, samada hadiri seminar atau boleh gunakan ebook Panduan Adwords.

Panduan Adwords ni dah lama ada, dan sudah dikemaskini oleh penulisnya yang memang berpengalaman dalam hal tatacara betul nak beriklan guna Google Adwords ni. Jika berminat nak belajar Adwords, tanpa perlu hadiri seminar, boleh muat-turun di SINI (klik).

Ada info lanjut mengenai panduan ini yang disediakan, boleh baca dulu sebelum ambil keputusan untuk muat-turun.

Ada jaminan berikut diberikan - "Saya Jamin Anda Kini Boleh Beriklan di Google Dengan Lebih Murah & Berkesan Hanya Dalam Masa 30 Minit Sahaja! - Penulis Panduan Adwords"

Oh ya, jika ada sesiapa yang nak dapatkan bantuan saya promosikan produk dan bisnes menerusi blog ini (hasrulhassan.com), boleh hubungi saya menerusi looket.me/hasrulhassan ya...

In Sha Allah, saya akan bantu bisnes anda dikenali menerusi enjin carian Google ... lihat di bawah ..
pakar SEO
.. inilah kepakaran saya di blog ini - sebagai seorang pakar SEO di Malaysia.

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Zaman sekarang ni memang orang lebih suka beriklan di Internet sebab murah dan mudah. Macam-macam cara nak beriklan. LeYa memang suka baca posting tips Abg HH tentang buat duit dengan Internet ni.. Memang benar-benar pakar SEO.. Hee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh terima kasih ... saya cuba buat yang terbaik dengan apa yang saya belajar je. Blogger lain pun boleh ... :)

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement